DIARI LUPUS SLE

BERJAYA BUAT TEMPAHAN SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA

BERJAYA BUAT TEMPAHAN SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA | Assalammualaikum semua. Pasti ramai harini yang kecewa dengan pendaftaran Vaksin Batch kedua untuk AstraZeneca. Harini pula laman sesawang dibuka jam 12.15pm tadi. Maka ramai lah yang berpusu-pusu masuk laman tersebut sampai server down. Tidak kurang juga ada pelbagai masalah lain yang turut dihadapi oleh pngguna sesawang.

Harini Cikza nak berkongsi dengan korang yang bersyukur sangat diriku berjaya tempah slot janji temu Vaksin AstraZeneca. Pasti ada yang berkata ” Alaa! itupun nak berkongsi..” bagi Cikza itu hak masing-masing. Mungkin akan dijadikan moment terakhir untuk tatapan anak cucu nanti. Maklumlah Cikza ni dikategori pesakit kronik juga. Maklumlah Weakness Immunity SLE dalam badan. Jadi sangat-sangat memerlukan sangat vaksin.

JAM 12.00 TENGAHARI TERASA MACAM NAK PERGI BERTEMPUR 

Seawal jam 11.45 pagi, Cikza dah duduk depan laptop sambil buka laman sesawang TEMPAHAN SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA sebab katanya hanya dibuka untuk 1 juta slot sahaja. Mujurlah tempohari dah ada pengalaman nak buat pembelian Sambal Nyet KhairulAming jadi takdelah terasa susah sangat. Tapi waktu nak buat pembelian Sambal tu memang betul-betul bercinta berbanding dengan nak dapatkan janji temu vaksin ini sahaja.

Syarat Untuk Tempahan Slot Janji Temu Vaksin Astrazeneca

  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berdaftar dengan Aplikasi MySejahtera
  • Menetap di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor atau W.P. Kuala Lumpur sahaja
  • Boleh memilih SATU TARIKH sahaja

WAJIB MELENGKAPKAN BUTIR PERIBADI MENGIKUT PENDAFTARAN MYSEJAHTERA

Yang ni penting, pengguna perlu wajib mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera. Bagi yang belum mendaftar boleh terus ke Pendaftaran Apklikasi Mysejahtera. Kerana itu salah satu syarat wajib bagi mendapatkan vaksin tersebut. Macam biasa lengkapkan butiran peribadi sahaja mengikut pendaftaran MySejahtera. Disebabkan nak cepat beberapa kali error jugak. Yang paling penting no telefon untuk dihubungi tu sama seperti dalam Aplikasi MySejahtera.

BERCINTA BILA PART NAK PILIH NEGERI UNTUK TEMPAHAN SLOT ASTRAZENECA

Ini sangat orang kata nak bercinta sakan sebab nak tunggu browser tu bukak part pemilihan negeri tu. memang mengambil masa yang agak lama. 10 kali refresh pun belum tentu dapat masuk terus ke tarikh tempahan. Cuma part nak buat pemilihan tu perlu klik Catpcha memang kat situ rasanya dah makan masa yang agak panjang.

Cikza dan mama BERJAYA BUAT TEMPAHAN SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA memilih tarikh selepas dengan temujanji untuk TCA SLE senang nak rujuk pakar sebagai langkah persediaan, dan dalam asessment dah tertulis Cikza alah dengan ubat jadi kita tunggu tindakan selanjutnya.

Bila dah berjaya, segala MAKLUMAT TELAH DITERIMA jadi Cikza dan mama perlu menanti dalam masa beberapa hari untuk dapat satu lagi notifikasi menandakan telah dikemaskini dalam MySejahtera dekat ruangan Vaksin Covid-19. Cikza faham ramai yang gagal buat pendaftaran berikutan ramai yang terjah laman tersebut. Masa Cikza nak buat pendaftaran tu, niat satu sebab kesihatan sahaja, mulut tak lepas baca Rabbi Yassir Wala Tu Asir sampai penghujung. Apapun ramai yang beri tanggapan buruk tentang vaksin tersebut. Tapi orang kata usaha selagi boleh.

ABAH MENOLAK TAPI MINTA DIDAFTARKAN SEMULA UNTUK SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA

Tepat jam 1.28 petang, pendaftaran telah pun ditutup, tapi abah pada awal menolak untuk divaksinkan alasan takut selepas melihat pelbagai keburukkan yang orang lain dapat selepas disuntik vaksin. Setelah mendapat penerangan dari mama yang juga merupakan medicl staff abah terus terbuka hati. Namun setelah 30 kali refresh rupanya pendaftaran telah ditutup. Jadinya abah kena tunggu tarikh baru yang diberikan oleh KKM.

KEMUNGKINAN AKAN DIBUKA BATCH KE-TIGA UNTUK TEMPAHAN SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA SEBAB SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Mana yang tak dapat lagi daftar dalam TEMPAHAN SLOT JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECA, usah khuatir. kemungkinan akan ada slot seterusnya. Kita doa baik-baik. Mana yang berjaya tu Tahniah diharapkan jangan menolak disaat akhir. Ramai lagi yang memerlukan vaksin tersebut. Semoga dipermudahkan urusan Cikza sekeluarga.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge