Pengalaman Guna Servis Repair Laptop Murah Mudah Terbaik di Techouz

Pengalaman Guna Servis Repair Laptop Murah Mudah Terbaik di Techouz | Waktu pandemik ni ramai yang mengeluh terutamanya di kalangan pelajar yang mempunyai masalah laptop rosak, loading lambat dan sebagainya. Seperti Cikza sendiri pernah juga tanya beberapa kedai komputer tentang servis dan caj yang di kenakan untuk baiki laptop kesayangan yang menjadi sumber rezeki Cikza. 

Kat mana nak cari kedai repair laptop murah ni? Nak mencari kedai repair laptop murah KL bukan senang. Agak mencabar sebab kita bukan selalu guna servis dari kedai baiki laptop ni kan. 

Selepas tanya sini dan situ, ternyata harga yang diberikan wajar dan berpatutan tapi Cikza sebagai pelanggan sudah tentu mahu cuba mencari lagi tempat yang paling murah. Mengikut budget yang kita ada. Maklumlah nak dekat raya, banyak nak guna pakai duit ketika ini. Mujurlah Cikza ada terbaca postingan dari blog sahabat Cikza, Sis Hawa Dot Com tentang perkongsian beliau mengenai tempat terbaik untuk servis laptop dengan harga yang murah. 

Lepas baca postingan tersebut, terus Cikza mencari TECHOUZ yang katanya tersangat murah dan berpatutan. Khabarnya yang baiki laptop tu semuanya abang-abang kacak yang berpengalaman. Yang bagusnya ada servis dickup untuk ambil dan hantar laptop pelanggan ke kedai untuk baiki kemudian apa pula servis delivery setelah laptop dah siap baiki. 

Memang mudah dan pantas. Orang KL dan Selangor usah risau TECHOUZ sentiasa berdekatan dengan korang. Cikza sendiri dah selamat gunakan servis pickup delivery laptop dari mereka. 

SIAPA TECHOUZ SEBENARNYA YANG DIKATAKAN BAGUS SANGAT TU?

Korang pasti tertanya-tanya siapakah gerangan TECHOUZ yang berjaya menawan hati anak gadis dan teruna sampai berduyun-duyun tak menang tangan mereka terima tempahan baiki laptop atau PC ni. 

Kalau korang nak tahu, Techouz merupakan team yang menghimpunkan ramai pakar-pakar membaiki laptop dan komputer. Mereka mempunyai ramai technician yang berpengalaman, beroperasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. 

Korang yang ada masalah komputer dan sebagainya, boleh menarik nafas lega sebab servis yang ditawarkan sangat murah dan cepat. Berbaloi dengan budget korang nanti. Bukan itu sahaja, hasil kerja yang menarik dan penerangan secara terperinci adalah tarikan utama sampai pelanggan datang repeat berkali-kali lepas guna servis diaorang. Cikza pun tak mustahil akan jadi salah seorang pelanggan tetap mereka nanti. 

5 SEBAB UTAMA KENAPA TECHOUZ BERJAYA MENAMBAT HATI INI 

  1. SERVIS MURAH MUDAH DAN BERPATUTAN

Baru-baru ni Cikza ada bertanyakan di beberapa kedai berhampiran kawasan kediaman Cikza berkaitan masalah laptop yang Cikza hadapi sekarang. Ternyata ada yang cas sampai RM500++, katanya banyak barang perlu ditukar ganti. Cikza tahu memang harga SSD tu sangat mahal tapi tak sangka pula semahal tu! Kalau nak diikutkan agak kurang berkemampuan lagi tapi nak buat macamana, laptop itulah sumber rezeki Cikza dalam buat copywriting dan blogging. Nak tak nak Cikza kena ikhtiarkan sesuatu supaya kerja Cikza menjadi semakin lancar. 

Sebab tu, lepas Cikza tengok Charge harga Quotation di TECHOUZ, Cikza sangat terkejut okay! Bayangkan, harga yang dicaj oleh Techouz adalah separuh dari harga yang ditawarkan dari kedai di luar.  Dan yang paling menariknya lagi, rupanya Cikza tak perlu tukar SSD pun. Hanya buat format dan cleaning semula sahaja. Alhamdulillah tak perlu bayar sampai RM500++. Kedai lain repair begini tanya mahal tapi kedai ni murah giler. 

 

Bagusnya mereka beritahu apa jalan penyelesaian untuk masalah laptop Cikza sampaikan tak perlu nak keluar duit lebih. Banyak keperluan yang nak didahulukan untuk musim perayaan ni dan syukurlah berjumpa servis yang tak cekik darah begini. 

  1. SERVIS PICKUP DAN PENGHANTARAN SANGAT MENJIMATKAN MASA

Bagi mereka yang duduk di kawasan bandar KL Selangor ni, kebiasaan ramai yang tiada masa dan berasa agak leceh nak hantar laptop ke kedai untuk dibaiki. Cikza salah seorang. 

Tapi dengan Techouz usah risau, servis pickup dan servis penghantaran juga turut disediakan. Sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa korang nanti. Jadi korang tak perlu bersusah payah nak ke kedai baiki laptop kerana runner telah disediakan. Korang hanya perlu tunggu sahaja. Mudah kan? 

  1. JANGKAMASA SERVIS BAIKPULIH SANGAT PANTAS TERMASUK KONSEP SERVIS DAHULU, BAYAR KEMUDIAN

Rasa macam tak percaya. Bukan apa kebiasaan kedai XXX (ehem ehem) mengambil masa dari 7 hingga 14 hari untuk baik pulih siap sepenuhnya. Tapi kedai repair laptop murah dari team Techouz hanya mengambil masa 1 hingga 3 hari sahaja. Cepat dan pantas betul mereka semua buat kerja. 

  1. HASIL BERKUALITI DAN TERBAIK

Setiap baik pulih yang dilakukan untuk pelanggan nampaknya dilakukan dengan ketelitian, dan yang paling bagusnya Techouz ni turut menggunakan konsep, baiki dahulu dan bayaran dibuat apabila proses baik pulih siap sepenuhnya. 

Cikza sendiri tak perlu siapkan duit langsung untuk booking semasa runner datang pickup laptop Cikza untuk di bawa ke kedai untuk repair. Cikza hanya perlu siapkan duit mengikut jumlah yang sudah tertera semasa proses booking di buat setelah confirm laptop siap dan akan di hantar mengikut tarikh dan masa yang dipersetujui. 

  1. BOLEH BUAT PILIHAN TECHNICIAN YANG BERPENGALAMAN 

Ini sangat menarik, masa Cikza nak buat tempahan tu, part pilihan lokasi pusat servis berhampiran, korang boleh pilih sendiri mengikut rating dan review komen yang paling tinggi. Disamping tu, boleh lah comparekan harga dan servis yang berpatutan. Dan pusat servis yang mana menjadi pilihan. 

4 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN DI TECHOUZ.COM 

Langkah 1 – Layari Laman sesawang TECHOUZ.COM, Di situ tertera pilihan perkhidmatan dan servis yang diperlukan. Dalam masa yang sama, korang boleh melihat dan membuat pilihan mengikut lokasi kawasan perumahan termasuk budget yang ada. 

Langkah 2 – Para pelanggan boleh membandingkan kesemua harga menerusi senarai technician yang berada di paparan skrin. Termasuk korang boleh membaca semua ulasan – ulasan dari pelanggan yang pernah mendapat khidmat servis dari setiap techician tu. 

Langkah 3 – Daftar dan terus buat tempahan. Selebihnya pihak Techouz akan menguruskan semuanya termasuk Servis Pickup sehingga servis penghantaran setelah selesai baikpulih. Tak payah siapkan sebarang duit booking pun. 

Langkah 4 – Bayaran boleh dilakukan setelah laptop / pc siap untuk dibaikpulih. Bayaran boleh dilakukan menerusi dua kaedah iaitu menerusi Perbankan Internet atau Kad kredit /Debit. Segalanya mudah. Sangat-sangat mudah!

KESELURUHAN RAMAI YANG BERPUASHATI DENGAN SERVIS YANG DISEDIAKAN OLEH TECHOUZ

Dari komen yang dibaca Cikza rata-rata ramai yang sangat berpuashati dengan servis yang ditawarkan oleh Techouz. Melalui pengalaman Cikza sendiri, Servis yang ditawarkan sangat terbaik. Bermula dari servis pickup dan diakhiri dengan penghantaran. 

 

Khidmat pelanggan Techouz pun sangat friendly dan berhemah. Walaupun baru bertapak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cikza percaya Techouz boleh pergi jauh ke semua negeri yang ada. Dan memang Cikza suggest dekat kawan-kawan dan saudara mara untuk mencuba sendiri pengalaman bersama Techouz. 

Ini bukan review yang sengaja nak promote Techouz tau! Ini benar-benar review yang jujur dari Cikza. Korang sekitar KL dan Selangor, jika benar perlukan servis baiki laptop murah area KL, Cikza sarankan cubalah servis dari team Techouz.

Untuk Techouz, Cikza harap kalian di team Techouz ini dapat kekalkan mutu servis yang bagus dan terbaik seperti sekarang ni. Cikza benar-benar happy dan semoga akan berjaya seperti usahawan yang lain, terutamanya dapat meringankan beban para pelajar dan mereka yang terkesan dengan COVID-19 ini. 

Laptop rosak? Dah lama nak baiki tapi tak juga baiki baiki? Dapatkan servis baiki laptop dari Tecouz, kedai repair laptop terbaik dan murah di KL. Masalah laptop rosak? Motherboard rosak? Bateri rosak? Skrin pecah? Semuanya boleh!! Kedai repair laptop murah area KL, Techouz tempatnya. 

 

TECHOUZ.COM

KEDAI SERVIS REPAIR LAPTOP DAN KOMPUTER MURAH KL SELANGOR

Website | Facebook | Instagram 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge