BESTNYA BERCUTI DI HOTEL GRAND LEXIS, PORT DICKSON | Dah Setahun asyik berkurung dalam rumah sahaja. Baru-baru ni kerajaan mengumumkan untuk rentasan negeri makin diperketatkan. Tapi diberi kelonggaran pada mereka yang nak melancong sahaja. Rasanya dah cukup jadi berita gembira buat kita semua.

Berbalik pada keinginan, rindunya nak bercuti-cuti Malaysia, walau dalam Malaysia sekalipun rindunya tu meluap-luap. Baru-baru ni, seminggu Cikza berkurung dalam WAD di PPUKM disebabkan SLE ACUTE FLARE. Tapi dalam sakit-sakit tu masih sempat buat whistlist tempat menarik yang Cikza rasa nak pergi selepas keluar WAD nanti.

Lamanya tak bercuti kesana, walau dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) rasanya tak salah kalau Cikza buat perancangan awal terlebih dahulu. Sedangkan Air-Asia pun dah buat announce comeback pastinya Cikza memilih Apps Traveloka untuk senaraikan whistlist yang diperlukan. Dan salah satunya adalah Hotel Grand Lexis Port Dickson. Jujur Cikza tak pernah sampai lagi dekat situ, walaupun sebelum PKP memang selalu ke Port Dickson atas urusan kerja. Rasanya lepas PKP ni dah boleh terjah.

GRAND LEXIS PORT DICKSON MENJADI PILIHAN PERCUTIAN CIKZA SELEPAS PKP

Ramai yang nak tahu, kenapa Cikza memilih  Grand Lexis Port Dickson sebagai salah satu whistlist lokasi percutian dalam Malaysia. Salah satunya yang menarik minat Cikza sebab ada privacy sendiri, macam pool sendiri tanpa ada gangguan. Lagi pula jauh dari kesibukan kota, suasana tenang dan mendamaikan.

Ruang Bilik Yang Besar

Itu salah satu pilihan Cikza, kenapa memilih Grand Lexis, Port Dickson. Impian Cikza nak kumpulkan 2 famili dalam satu masa, rasanya kapasiti bilik di lengkapi 2 katil besar dah cukup untuk memuatkan lebih dari 7 orang dalam satu bilik. Dua Katil besar tu, dilengkapi extra bed juga tau, Cikza dah survey.

“Private Pool” Dalam Bilik

Pilihan ini adalah bertepatan dengan famili kami, sebab muslimah friendly, jadi aurat masing-masing terjaga satu sama lain. Jadi tidaklah berasa malu untuk terjun bagaikan rumah sendiri. Konsep pool bertutup ruangan persekitaran pool pun dah macam gaya santai tepi pantai. Tapi ada beberapa bilik yang Cikza tengok lah kan, with private pool pun still boleh bukak tingkap hirup udara laut.

 “Kakitangan Mesra Pelanggan” Yang Mendapat Komen Tertinggi Dari Pengunjung

Salah satu sebab Cikza memilih Grand Lexis, Port Dickson kerana rata-rata setiap komentar yang ditinggalkan di ruangan feedback, memang sangat memberangsangkan. Rata-rata ramai pengunjung yang memuji Kakitangan yang sangat mesra dengan pelanggan. Kata orang kalau kakitangan mesra dah tentu ramai yang suka.

Kemudahan Pelbagai Fasiliti Yang Boleh Dilakukan Bersama Keluarga.

Cikza tengok kan, kemudahan fasiliti memang terlalu banyak, termasuk boleh buat aktiviti riadah keluarga. Yang paling buat Cikza tertarik, rupanya dekat sini boleh buat aktiviti memancing. Jangan tak tahu, kalau musim ketam dan candat sotong memang best sangat. Bukan apa, Cikza sekeluarga memang kaki mancing tapi sekarang dah jarang.

HUJUNG JARI DENGAN TRAVELOKA SEGALANYA MUDAH

Nak tahu tak, tak perlu beratur panjang kalau nak buat tempahan Staycation yang sangat mudah, cuma di hujung jari sahaja pun, pengalaman Cikza sendiri adalah menggunakan Traveloka ni sebenarnya sangat friendly. Most yang percutian Cikza yang lepas-lepas semuanya menggunakan Traveloka yang sentiasa menjadi pilihan.

Rasanya sambil duduk-dudk santai-santai tu, dah boleh buat kira-kira budget untuk rancang percutian selepas PKP. Yang paling best sekali bila satu percutian tu ada Famili besar yang turut serta. Kalau korang nak tahu, Apps Traveloka ini sahaja telah dimuat turun lebih dari 60 juta kali dan menjadikan aplikasi ni sebenarnya adalah pilihan ramai di rantau Asia Tenggara betapa menariknya apps ni rasanya tak boleh lah korang tengok sahaja.

Tunggu tau, After PKP next posting pasal Staycation Grand Lexis, Port Dickson. Tak sabar nak tunggu habis PKP sebab boleh berkumpul bersama keluarga.

2 thoughts on “BESTNYA BERCUTI DI HOTEL GRAND LEXIS, PORT DICKSON”
  1. Terima kasih Cik Za, share tentang Percutian kat Grand Lexis, saya terfikir fikir keadaan disitu nak menempatkan anak seramai 7 orang. Aduhai takkan nak ambik 2 bilik kan? Mana nak seronok kalau terpisah dua. Thanks again dari Kak Nora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge