LIFESTYLE

PRIVATE MANDATE DDNK PELABURAN TERBAIK HARI TUA

PRIVATE MANDATE DDNK PELABURAN TERBAIK HARI TUA | Private Mandate rupanya  pelaburan yang baru untuk diperkongsikan,  namun  sejak musim pandemik Covid-19, rata-rata yang bekerja dari rumah perlu mengambil peluang untuk mencuba melibatkan diri dalam bentuk pelaburan dan dagangan saham. Tak rugi untuk mencuba.

“Private Mandate merupakan portfolio pelaburan beliau yang sangat fantastic dan terbaik setakat ini yang beliau ada..” – Mr Beddan A/L Veerasamy

Private Mandate DDNK Pelaburan Terbaik Hari Tua

Pelaburan Private Mandate by DDNK ini sesuai untuk mereka yang ingin portfolio pelaburan (minima RM100K) diuruskan oleh team DDNK dengan tatacara yang lebih berisiko rendah tetapi mendapat pulangan yang baik dan terjamin. Siapa yang tak kenal dengan DDNK pakar dalam pemasaran dan pelaburan saham yang sentiasa menggunakan tagline “Tak hensem Takpe janji Kaya”. Private Mandate sebenarnya bermaksud kaedah pelaburan secara terus di Bursa Saham melalui Licensed Fund Manager. Penentuan segala keputusan pelaburan saham ini ditentukan berdasarkan pilihan dan strategi Licensed Fund Manager tersebut sepenuhnya.

Private mandate atau nama lainnya ialah Private Managed Account For Retirement (PMART), mempunyai kepelbagaian samada private mandate unit trust (UT), private mandate ETF atau private mandate saham. Dan saham ini punya blue chip, dividen yield, opportunities dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis Private Mandate yang ada di dalam pasaran. Seperti yang diperkatakan di awalan tadi, private mandate tu lebih kepada maksud upah pengurus dana. Tapi bukan semuanya sama. Ada labur hanya dalam unit trust dan ada yang melabur dalam bursa saham. Ini bergantung kepada fund manager.

Untuk private mandate blue chip, ia tidak ada nama dana kerana pelaburan adalah KHAS untuk individu tersebut dan saham yang dilaburkan juga KHAS untuk individu (PRIVATE) tersebut. Ia seolah-olah dana dicipta untuk pelabur tersebut – bukan untuk public. Saham yang dilaburkan juga lebih kurang sama dengan unit trust iatu ada Top Glove, Dialog sebagai contoh nya.

Pulangan Modal Private Mandate Yang Bakal Diperolehi

Perbandingan pada pelaburan yang lain, semuanya bergantung pada prestasi semasa. Apa pemahaman Cikza nampak Apa Itu Private Mandate dibawah kelolaan DDNK ini, memberi pulangan lebih 15% dalam masa 5 bulan dari modal asal. Rasanya sangat menarik untuk di cuba, tak rugi untuk melabur dalam waktu pandemik Covid-19 ni, tapi biarlah pada mereka yang berpengalaman. Namun, jika anda hanya suka-suka melabur dengan amaun rendah RM100 ke RM1000 pasti tiada masalah jika rugi. Berbeza dengan Private Mandate, pelaburan minimum adalah RM50,000 di mana Licensed Fund Manager melabur dengan serius dan mempunyai target keuntungan tertentu, kerana konsep perkongsian keuntungan. Jika anda nak upah Fund Manager uruskan duit anda, maka anda perlu buka akaun Private Mandate.

Gross Profit Yang Menarik Dan Tinggi Setakat Ini

Seperti yang semua maklum, dalam bidang jual beli saham, ianya straight forward sahaja. Beli kaunter saham yang syariah atau non syariah. Jadi ianya sangat mudah. Walaupun semudah itu, pihak private mandate ddnk tidak ambil mudah. Untuk memastikan ketelusan pelaburan private mandate ddnk di pantau dan di audit. Setakat ini private mandate ddnk mempunyai return yang cemerlang. Rekod terkini, ada akaun client yang telah mencapai 324% dalam tempoh 18 bulan. Pencapaian itu adalah sangat membanggakan. Tak perlu susah payah nak pening kepala, Private Mandate by DDNK ni memang terbaik dalam pengurusan dana anda secara ‘customised’ oleh fund manager professional mengikut profail risiko pelaburan anda. (Sumber : Private Mandate DDNK)

“Selama setahun bersama DDNK, sudah mencapai 100% pulangan ROI dari portfolio Private Mandate ini..” – Dato Haji Mohd Nawi

Siapa Sebenarnya DDNK Dan Adakah Beliau Boleh Dipercayai? 

Dato Dr. Nazri Khan (License No: eCMSRL/B9561/2019) adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau kini adalah pengurus wang bertauliah Inter-Pacific Asset Management, anak syarikat Berjaya Corporation Group di dalam pasaran saham global. Dua dari Dana Amanah yang dikendalikan beliau (Dana Safi Syariah dan Dana Ekuiti Dinamik Interpac) adalah yang terbaik di Malaysia untuk Januari – April 2020 mengikut sumber Lipper Investment.

Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillip Capital Management dan Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun. Beliau berpengalaman selama hampir 23 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa didalam ekonomi dan pasaran saham serantau. Beliau juga telah dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Universiti Multimedia, Cyberjaya Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran beliau di dalam dunia pelaburan saham.

Pernah dinobatkan sebagai salah seorang daripada ‘Financial Service Industry’ dari The ONE Awards 2018 (Malaysia Outstanding National Entrepreneurs 2018) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau juga diiktiraf sebagai Top Opinion Leader 2015-2017 dan Social Influencer 2019 Outstanding Contributions di BursaMarketPlace dari Bursa Malaysia.

Jika Berminat, Bagaimana Caranya Untuk Hubungi Untuk Mendapatkan Rundingan Beliau

Rasanya program ni sangat dipercayai dan team DDNK yang menguruskan bukan calang-calang orang tau. Sesiapa yang berminat boleh lihat details dengan lebih lanjut di www.private-mandate.com atau hubungi di sini https://wa.link/eikpmp. Rasanya berbaloi sangat dalam waktu-waktu sekarang kita semua membuat pelaburan seperti ini untuk pulangan jangkamasa akan datang.


Ini Buktinya Betapa Bagusnya Private Mandate

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge