Krave Koffee Kopi Brew Setanding Dengan Jenama Terkenal

Krave Koffee Kopi Brew Setanding Dengan Jenama Terkenal | Buat penggemar kopi, harini Cikza nak berceloteh sikit. Disebabkan Cikza merupakan penggemar tegar kopi. Tapi kopi yang Cikza cuba ni lain dari yang lain. Siapa suka minum kopi tanpa gula. Tapi rasanya ramai yang tak suka kopi tanpa gula, sebab rasanya pahit. Sebenarnya yang pahit tulah sedap. Tak percaya cubalah.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ni, nak bergerak kesana-kesini pun payah. Even nak lepak kedai mamak pun tak boleh, mengenangkan kes capaian Covid-19 semakin meningkat naik ye. Hanya mampu tengok sahaja. Tapi baru-baru ni, tekak terasa nak sangat minum kopi. Kebetulan, kawan-kawan Cikza ada buat promosi dekat media sosial pasal kopi ngopi ni. Macam biasalah jari Cikza ni gatal kalau bab-bab nak membeli. Apa lagi terus order online dekat Krave Koffee.

Krave Koffee Kopi Brew Setanding Dengan Jenama Terkenal

Krave Koffee ni sebenarnya hirupan pertama pun terasa nak berkali-kali nak lagi. Di brew dengan biji kopi terbaik, termasuk penyediaan oleh barista terbaik setanding dengan jenama terkenal di luar sana. Aigo! penatlah Cikza nak berceloteh, tak nak cerita banyak jom baca sampai habis listing di bawah apa yang Cikza order. Punya excited tau, sampai suami yang sebenarnya tak minat kopi terus jadi penggemar kopi tanpa gula.

  • 1 x Cold Brew White
  • 1 x Cold Brew Black
  • 1 x Super Latte
  • 1 x Hot Mocha
  • 1 x Hot Latte
  • 1 Pair Elixir ( 2 Bottle )
    • Boleh diminum terus atau dicampur dengan ais. ( Cikza tabuh terus dalam Hot Latte) 

Krave Koffee Sesuai Untuk Mereka Yang Penggemar Tegar Kopi 

Waktu sampai kopi tu, Cikza dapat fresh hot tau. Jadi terus minum sahaja. Cuma raa macam kureng sikit, Cikza tambah elixir sikit, korang yang tak biasa boleh jadi tintong kepala tau nanti. Tapi letak elixir tu dekat latte cup 12oz tu meremang bulu roma sebab sedap, pahit gitu. Kadang ada yang tak biasa boleh jadi migrain sehari lepas minum kopi pahit camtu. Macam Cikza sememangnya tegar, memang itu farvourite sepanjang zaman, sejak zaman sekolah lagi.

Iced latte ni, ada 2 jenis satu yang tiada gula dan satu lagi yang ada sugar. Dua-dua memang umpph! Kebetulan asben order spageti memang kena lah dengan waktunya. Rasa iced latte walau pahit tapi menyegarkan tau. Tapi kalau yang tidak biasa minum tengah malam jangan dibuat. Confirm mata tu nanti buntang. Berjaga macam Cikza disebabkan kopi ni jugalah jam 5 pagi baru dapat tidur,

Seperti Super Latte dan Super Black nak lagi sedap, masukkan dalam peti ais biarkan semalaman, esoknya korang cuba minum memang padu dan kaw pahitnya. Selain tu juga Cold brew latte dan Cold brew Black pun kalau korang nak tahu, suami pun terkejut Cikza boleh hadap 2 botol tu dalam satu masa. Sambil buat kerja dan sambil santai tengok TV.

Krave Koffee Keseluruhan Adalah Terbaik Dan Menepati Citarasa Mereka Penggemar Kopi 

Secara keseluruhan, Krave Koffee ini, sangat terbaik yang Cikza pernah cuba. Bagi penggemar kopi korang sendiri dapat menilai mana yang terbaik. Dengan kopi gourmet premium yang terbaik, buat korang akan terpaku seketika. Yang paling best, sarapan pagi korang dah cukup syarat dengan penyediaan kopi tersebut. Kalau korang dah tak sempat nak buat sarapan pagi, apa kata cipta kelainan sarapan bersama yang tersayang di atas katil sambil menikmati Krave Koffee. Jom dapatkan di rangkaian yang terpilih, mudahnya semua di hujung jari.

Grab: 

FoodPanda:

Online store: 

https://www.kravekoffee.com/gift

 jangan lupa follow Krave Koffee ni dekat media sosial:

Instagram@kravekoffeeco  Facebook: Krave Koffee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge