Drama terbaru, Takdir Yang Tertulis akan mula bersiaran pada 21 Januari 2021 di slot Megadrama TV3 bagi menggantikan drama 15 episod, Bougainvillea sebelum ini. Macamana perasaan anda semua? Geram tak tengok drama tu. Emosi habis betul tak?

Baru- baru ni Cikza scroll instagram, nampaknya ramai tidak sabar akan munculnya sekali lagi pelakon cantik, Nad Zainal di kaca tv. Jika sebelum ini, beliau membintangi dalam drama Hati Yang Tersakiti dan kali ini muncul kembali dalam drama terbaru Takdir Yang Tertulis. Kalini, Cikza tengok teaser pun dah berderau, itu baru teaser belum lagi full day drama tu. Mau tercampak pinggan mangkuk semua. Tengok teaser pun, nampak jalan cerita kisah seakan Hati Yang Kau Sakiti jugak ni.

Selain daripada Nad Zainal, terdapat 3 lagi pelakon hebat lain seperti Nazim Othman, Alvin Chong dan Elvina Mohamad. Dari apa yang kita lihat keempat-empat pelakon ini adalah pemegang watak utama kerana melakonkan watak dalam kadar yang sama. Tidak lupa juga, pengarah Shahruleza Mohameddin ini pernah mengarahkan drama Nur 1 dan Nur 2 tau, yang paling best ada kak Uchee Fukada tau.

Info Takdir Yang Tertulis 

  • Tayangan : 15 episod di TV3 (slot Samarinda)
  • Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
  • Penerbit : Shahrulezad Mohameddin
  • Skrip : Shahrulezad Mohameddin
  • Terbitan : Radius One Sdn. Bhd
  • Pelakon :
    • Nad Zainal,
    • Nazim Othman,
    • Alvin Chong,
    • Elvina Mohamad,
    • Isaac Iman,
    • Didie Alias,
    • Uchee Fukada,
    • Iman Suhana,
    • Muaz Fitri dan ramai lagi

Sinopsis Takdir Yang Tertulis 

Drama Takdir Yang Tertulis ini mengisahkan kehidupan Azlan (Nazim Othman), Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad) yang mana persahabatan yang telah terjalin sejak zaman universiti lagi dan kini dipenuhi dengan kekacauan apabila kesetiaan dan kepercayaan diuji antara satu sama lain.  Azlan menyimpan perasaan terhadap Ruhila tanpa mengetahui bahawa dia sebenarnya kekasih Ean. Jadi timbul konflik antara mereka. Apakah jadi seterusnya? Anda kena tonton sehingga tamat

Tayangan Episod Penuh Drama Takdir Yang Terulis

Episod 1 | Takdir Yang Tertulis

Episod 2 | Takdir Yang Tertulis

Episod 3 | Takdir Yang Tertulis

Episod 4 | Takdir Yang Tertulis

Episod 5 | Takdir Yang Tertulis

Episod 6 | Takdir Yang Tertulis

Episod 7 | Takdir Yang Tertulis

Episod 8 | Takdir Yang Tertulis

Episod 9 | Takdir Yang Tertulis

Episod 10 | Takdir Yang Tertulis

Episod 11 | Takdir Yang Tertulis

Episod 12 | Takdir Yang Tertulis

Episod 13 | Takdir Yang Tertulis

Episod 14 | Takdir Yang Tertulis

Episod 15 (Akhir) Takdir Yang Tertulis

 

 

 13,524 total views,  18 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge