Aimy Homemade Cookies Setanding Famous Amous | Cikza sejujurnya suka buat review jujur, jarang nak buat tak jujur, lebih-lebih lagi bab-bab makanan. Kalau sedap, Cikza akan kongsikan, Kalau tak sedap pun Cikza akan kongsikan tapi takkan makanan ada yang tak sedap, sebab semuanya sedap-sedap belaka.
Cikza sebenarnya penggemar setia Coklat, tapi kan kalau bab coklat ni, yang paling menarik minat Cikza adalah kalau datangnya dari cookies atau brownies memang itu adalah makanan syurga bagi Cikza.
Aimy Homemade Cookies Setanding Famous Amous Betul Ke ?
Baru-baru ni, suami ada suggest cuba dapatkan cookies dekat Aimy Cookies, katanya beliau dah rasa 1001 puas hati tersangat sedap. Biasalah Cikza tetap tak puas hati, betul ke sedap Aimy Cookies tu, Sampai suami kita dah kemaruk. Susah nak cakap dengan orang kemaruk. Kisahnya semalam, kita terus contact owner Aimy Homemade Cookies sebab nak cuba dapatkan sebalang yang dikatakan sedap.
Waktu nak dapatkan tu, katanya memang betul fresh from oven. Korang kalau dapat yang fresh from oven sekalipun mesti korang suka betul tak? Bukan apa kalau fresh from oven ni rasanya sangat sedap tapi belum cuba belum tahu. Nak tahu sedap ke tidak sila baca sampai habis. Cikza akan rungkai satu persatu.
Coklat Cip Aimy Homemade Cookies Setanding Famous Amous
Ini bukan tipu, tapi betul dan berbaloi. Cikza dah rasa sendiri Coklat Cip tersebut, memang terlalu sedap dan 10 kawan Cikza yang telah mencuba sendiri, 100% bagi feedback yang sedap. Choc Chip pun tak kedekut, rasa pun terlalu sedap tak manis dan sedang-sedang elok. Rata-rata kawan-kawan Cikza berebut-rebut nak masuk list order.
Kalau dekat Famous Amous jer, 100g dah RM8++ , Dekat Aimy Cookies ni, 25 biji RM15 Murah sangat ni. Rasa memang tak boleh cakap, 100% nak kata sama pun tak boleh, tapi setanding dengan Famous Amous sedapnya. Yang bagusnya stok sentiasa ada.
Kek Marble Jelita Aimy Homemade Cookies Gebu Dan Basah Memang Menggoda
Berbalik pada Coklat cip, satu lagi produk keluaran terbaru dari Aimy Homemade Cookies, Kek Marble Jelita. Yang ni tak perlu nak cakap kalau mereka yang terlalu suka sangat kek, Korang boleh jengah dekat Aimy Homemade Cookies mesti korang pun sama terjebak nak membeli.
Berbalik pada Kek Marble Jelita tu, Rasa satu suapan tu akan berulang dan ulang lagi sebab sedap. Dengan gebu dan basah moist kek tu, memang orang takde gigi pun boleh kunyah. Sedapnya jangan kata, macam Cikza kata 10 orang yang Cikza bagi rasa, semua memberi kata putus yang kek ni terlalu sedap gebu and basah.
Ada baki kek tu, Cikza saje letak dalam air fryer tau, wangi tu satu rumah jangan kata lah. Dah lah sedap wangi pulak tu jangan kata. Rasa nak order lagi. Tapi mengenangkan ada pula keluaran baru, Mango Cheese Cake, lagi lah menghentak-hentak kaki nak membeli.
Almond Choc Cornflakes Dari Aimy Homemade Cookies Rasa Sekali Tak Nak Kongsi
Ini produk terbaru keluaran mereka, Yang ni Cikza dah cuba sendiri, “Kak Za, Cubalah Biskut terbaru Aimy..” bila dah macam tu, takkan nak kata tidak. Memang sedap. Bab coklat Cikza takkan berkongsi kalau terlalu sedap. Sanggup simpan atau sorok dekat mana-mana. Yang terbaru ni, jarang nak dapat dekat mana-mana. Coklat yang di gunakan bukan calang-calang, beryls tau!
Kesedapan tu, tak boleh nak cakap, yang bagusnya Cookies keluaran Aimy Homemade Cookies ni semuanya padu dan sedap. Tak manis sangat, semuanya sedang-sedang elok. Keluaran 100% muslim buatan sendiri tau. Bukan timbang kilo macam produk kosmetik.
Aimy Homemade Cookies 100% Fresh From Oven Dan Bukan Timbang Kilo
Sejujurnya, Cikza suka semua produk keluaran Aimy Homemade Cookies Dari Kek Sampailah ke biskut. Semuanya sedap-sedap belaka. Kadang ada sesetengah orang suka beli dan rebranding balik produk tersebut. Tapi Di Aimy Homemade Cookies semuanya 100% fresh from oven. Kalau nak compare dengan jenama terkenal kat luar sana, memang Cikza prefer Aimy Homemade Cookies, sebab fresh sangat. Rasa tak sabar nak order kek satu lagi. Mango Cheese Cake.
Baru-baru ni, Cikza ada recommended dekat kawan-kawan alhamdulillah ada yang terus order, yang dekat area kawasan perumahan Cikza ni pun, Cikza promote, Alhamdulillah katanya ada yang dah buat tempahan. Sedapnya tu tak perlu nak cakap, Kalau sedap simpan balang makan sorang hahahahah.
Jadi yang mana nak rasa makan cookies kayangan tu, tak payah susah payah nak pergi mall, Cari Aimy Homemade Cookies sahaja, sebab rasa dah sama harga pun jauh lebih murah.
Facebook Aimy Homemade Cookies
| Instagram Aimy Homemade Cookies | W/Apps Aimy Homemade Cookies
[…] payah nak fikir panjang, Cookies The Duchess Kitchen sangat berbaloi untuk dijadikan gift korporat atau untuk yang tersayang. Tak […]