Teknik Zero Kos Marketing 2021 Mampu Hasilkan Berbilion Ringgit | Rasanya kalau CZ sebutnya RichWorks International pasti ramai yang dah tahu kerana ramai yang dah kenal. Umum kita dah pun ketahui RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar dalam bidang bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran terbesar di Malaysia.
Kalau nak tahu, telah ramai Usahawan dilahirkan di bawah jenama Richwork International yang pengasasnya adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman, merupakan seorang Business, Marketing & Leadership Coach yang terkenal dan nombor 1 di Asia. Walaupun menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak, Beliau masih mampu membantu Usahawan mencipta nama di setiap pelosok dunia.
SIAPA DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN YANG MENJADI KECAMAN HEBAT NI.
Sedikit info mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman, ramai yang tak sangka beliau sangat terkenal dengankeupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat hasilnya dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjayamenerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.
Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat termasuk lebih 1 juta peserta melalui seminar yang dianjurkan dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, dapat membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 – 24 bulan.
Sejujurnya CZ suka tengok Facebook Page Datuk Wira Dr Azizan Osman ni, sebab pelbagai kata-kata motivasi dan secara tak langsung merangsang pemikiran dan minda CZ sebagai peniaga kecil yang sangat terjejas pendapatan. Bukan CZ sahaja yang terkesan rasanya seluruh dunia terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 ni. Kebanyakkan jenama-jenama besar bakal menutup perniagaan akibat dari wabak tersebut.
Menyedari dengan itu, RichWorks International bakal menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing secara selama 3 hari secara PERCUMA tapi Terhad 3000 Peserta Pertama Sahaja. Seminar ini bertujuan khusus untuk membantu usahawan dan bakal usahawan melengkapkan diri dan strategi perniagaan bagi permulaan tahun 2021. Dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang terkesan dengan akibat krisis pandemik COVID-19 sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini.
PROGRAM VIRTUAL ONLINE KUASAI MARKETING 2021 – FORMULA ZERO KOS MARKETING PERCUMA UNTUK USAHAWAN DAN TEMPAT TERHAD ADALAH INISIATIF TERBAIK
Melalui program ini, setiap Usahawan yang menyertai akan mempelajari Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO. Kerana itulah misi sebenar RichWorks International untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021. Buktinya dalam tahun 2020 sahaja, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.
Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, Semua usahawan PKS tersebut dibawah Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019.
Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Kenaikan ini terbukti bukan hanya omongan kosong sahaja. Berbekalkan ilmu dan mentoring termasuk latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.
PROGRAM VIRTUAL ONLINE KUASAI MARKETING 2021 – FORMULA ZERO KOS MARKETING BAKAL MENGUBAH FENOMENA DUNIA
Kenapa Cz katakan sedemikian, kerana mereka yang menjadi anak didik di bawah jenama RichWorks ini seperti Neelofa, Najib Assadok, Sabella, Hasnuri, Mamasab dan Das Abdul itu salah satu pengasas yang terkenal di bawah mentoring Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri. Baguskan? Jadi apa tunggu lagi.
Sebelum tu, adakah perkataan ini sentiasa bermain di minda dan kotak pemikiran kalian?
- Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
- Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
- Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
- Dah capai RM 1 juta yang pertama?
Jika YA! Anda perlu cepat-cepat layari website www.zerokosmarketing.com untuk maklumat lanjut mengenai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing dan kongsikan peluang ini kepada rakan-rakan yang lain.
PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 – FORMULA ZERO KOS MARKETING
Tarikh:
25 – 27 Disember 2020 (Jumaat – Ahad)
Masa:
9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat:
Aplikasi Zoom Webinar
CZ dah daftar tau, tak sabar nak tunggu tarikh tersebut, pasti banyak perkongsian yang akan membantu CZ sebagai peniaga kecil sambilan ni. Perlu diingatkan, setiap ilmu pemasaran akan berubah hari demi hari, dan di RichWorks, mereka sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters.
Facebook Page:
www.facebook.com/azizanosmanofficial
Instagram:
www.instagram.com/azizanosman_official
Twitter:
www.twitter.com/azizanofficial
TikTok:
www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_
Youtube:
www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels