Nak Kurus! Jom Amalkan Bobba Fitz Untuk Turun Berat Badan Dengan Pantas | Adakah anda peminat coklat dan suka minuman berasaskan coklat? Jika Ya! Kita punya persamaan lah sebab berkongsi makanan kegemaran yang sama. Tapi untuk harini, Cikza nak berkongsi dengan anda semua satu minuman coklat yang sangat berbaloi untuk di cuba. Ramai kawan-kawan blogger Cikza dah cuba, kiranya Cikza ni dah terpengaruh dengan rakan yang telah mencuba minuman coklat tersebut. Nak tahu pengalaman Cikza sendiri atau berjayakah Cikza dapat menurun berat badan yang diidamkan, sila baca artikel sampai habis.
Bobba Fitz Minuman Diet Pertama Berperisa Coklat
Bobba Fitz merupakan minuman diet pertama dengan perisa coklat bobba yang dikatakan sangat berkesan dalam proses penurunan berat badan. Cikza sendiri telah mencubanya. Namun bukan Cikza seorang telah mencuba minuman coklat tersebut, ramai kawan-kawan Cikza memberikan testimoni terbaik tentang produk tersebut tapi wajib mengamalkan pemakanan yang seimbang. Sedikit info mengenai Bobba Fitz ni, untuk pengetahuan anda semua, produk tersebut adalah yang terbaru dari Syarikat Bumiputera yang aktif menghasilkan produk menggunakan bahan semulajadi 100% keasliannya. Tejja Herbs yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435-D.
Minuman Coklat Bobba Fitz Sambil Bersantai
Dengan hanya satu sachet sehari, sudah cukup membuatkan perut terasa kenyang seharian. Cikza sendiri mengamalkan dan minum dengan cara santai sambil buat tugasan di pejabat ataupun di rumah. Jadi tak perlu bersusah payah nak kurus dalam masa yang singkat dengan menelan berbotol-botol pil kurus yang ada kesan sampingannya. Dengan Bobba Fitz ni anda boleh minum walau di mana anda berada sekalipun. Bercerita pasal nak kurus ni, dah tentu ramai yang tertanya-tanya. Betul ke produk tersebut berkesan? Yakin ke produk tersebut mampu menurunkan berat badan? Apa keistimewaan produk tersebut sampai dah viral? Rileks-rileks tak habis lagi Cikza nak bercerita ni. Jangan lah cepat sangat melatah.
Rasanya ramai yang dah tahu, dekat pasaran hampir pelbagai produk-produk kurus yang di promosikan tanpa kesan sampingan. Tapi bagus atau tidak pilihan di tangan masing-masing. Berbalik pada produk Bobba Fitz keluaran Tejja Herbs ni, apa yang Cikza nampak lah depan mata sendiri tentang ciri-ciri produk tersebut :-
- Mengandungi 10 sachet dalam satu kotak
- Berat 1 sachet adalah anggaran 20gram.
- ia mempunyai sijil KKM dan Halal.
- boleh digunakan oleh pengguna berusia 18 tahun dan ke atas
- Sesuai untuk mereka yang susah nak kawal selera makan tapi nak kurus. ( Melalui pemakanan dan diet yang seimbang )
- Kesannya dapat dilihat selepas 7-14 hari penggunaan. Bergantung pada tindak balas metabolisme badan masing-masing.
- Tidak rasa berdebar jika minum.
Kelebihan dan Keistimewaan Bobba Fitz sebagai Produk Turunkan Berat Badan
Bobba Fitz mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang perlu anda tahu. Kesemuanya yang Cikza kongsikan ini adalah telus dan jujur melalui pengalaman sendiri. Antaranya adalah :
- Membakar lemak tepu degil dan kalori lebih cepat dan pantas.
- Meningkatkan metabolisme dalam mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.
- Minuman paling mudah untuk mengurangkan selera makan.
- Membuang lebihan toksin lama melalui sistem pembuangan yang sihat.
- Mengecilkan bahagian pinggang, lengan dan peha yang besar dan menggeleber.
- Mengenyangkan perut itu sudah pasti.
Kandungan di dalam Bobba Fitz
Kandungan yang ada dalam Bobba Fitz ini 100% mempunyai jaminan yang sah dari alam semulajadi seperti :
- Cocoa powder – serbuk koko yang terpilih yang sedap.
- Non-Diary Creamer – krimer bukan tenusu sebagai pengganti kepada susu segar.
- Hoodia Gordonii – tumbuhan seperti kaktus yang tumbuh di Afrika Selatan, Botswana, Namobia dan Angola. Ianya banyak dipasarkan untuk penurunan berat badan.
- Fructose – Gula fruktosa ini adalah gula alami dari buah-buahan yang jumlahnya tak terlalu banyak.
- Whey Protein – Biasanya kalau orang bina badan selalu dikaitkan dengan whey protein ini yang merupakan makanan tambahan mampu membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan kolestrol.
- Garcinia Cambogia – merupakan bahan yang terkenal dalam penurunan berat badan.
Cara Pengambilan Minum Bobba Fitz
- Amalkan Bobba Fitz sehari satu sachet selepas breakfast. Yang paling penting anda perlu ambil sarapan sebelum minum Bobba Fitz.
- Cara pengambilannya mudah je. Cikza menggunakan 1 sachet Bobba Fitz dengan 120ml air sejuk tapi boleh bancuh dengan air suam. (Seeloknya menggunakan shaker)
- Shake dan Shake sampai sebati.
Pengalaman Cikza Setelah Pengambilan Sekotak Bobba Fitz
Pada awalnya, Cikza tidak mempunyai rancangan untuk mengamalkan sebarang produk diet atau produk kurus yang lain di pasaran. Tapi setelah terjebak dengan rakan – rakan yang telah mencuba, terus Cikza dapatkan pada pengedar yang berdekatan. Kalau anda nak tahu, Cikza akan ambil sarapan terlebih dahulu dan menu wajib adalah Daging masak kunyit dan nasi sebagai tenaga untuk bertahan sepanjang hari. Tapi itu pun tak dapat menahan seharian, waktu tengahari dah terus mencari nasi lagi dan lagi.
Selepas beberapa sachet nampak beberapa perubahan yang ada dalam diri Cikza. Badan lebih ringan. Jika dulu selalu sakit lutut mungkin berat semakin bertambah. Pada awalnya berat 79kg kini setelah penggunaanya turun 1 kg dan ada beberapa baju yang dulu tak muat, kini dah muat nak gayakan ke pejabat.
Salah satu faktor penurunan berat badan, adalah kawalan hormon badan Cikza sendiri. Jika sebelum ni, period kebiasaan akan datang selepas 48 hari. Baru-baru ni terkejut, asbab dari penurunan berat period datang selepas 35 hari dari habis period sebelumnya. Itu yang baru Cikza perasan. Memang betul, kalau berat Cikza naik hormon terganggu termasuk perjalanan period Cikza.
Fuh! Rasanya dah cukup penerangan tentang Bobba Fitz ni. Bagi yang berminat nak cuba turunkan berat dengan Bobba Fitz ini, boleh terus ke website atau sosial media Bobba Fitz. Jika terasa nak tambah pendapatan, boleh daftarkan diri program dropship tanpa sebarang modal.
BOBBA FITZ – Minuman Diet Pertama Rasa Coklat Bobba
Harga sekotak RM79 (SM), RM89 (SS)
Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut, sila hubungi team Tejja Herbs melalui detail di bawah ini :
Website :
Facebook :
https://www.facebook.com/BobbaFitzHQ
Instagram :
https://www.instagram.com/bobbafitz.hq