Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga 28 ( AKHIR ) Di TV3 Slot Akasia | Salam pembaca semua, Drama Bidadari Salju telah ditayangkan di slot Akasia TV 3 bagi menggantikan drama Cinta Sekali Lagi yang telah pun tamat. Macamana ending Cinta Sekali Lagi? Terkesan tak? Jom kita tengok drama baru yang tengah hot ni. Bila Cikza tengok dalam drama ini ada Sweet Qismina dan Adam Lee, serius terkejut jugak. Ramai ke peminat Sweet Qismina dalam kalangan pembaca Cikza ni?

Mana yang belum tahu lagi, drama Bidadari Salju ini, bakal bersiaran untuk slot Akasia terbitan TV3. Jangan lupa setiap 7 Malam tau. Cikza tengok sebab ada Sweet Qismina dan Adam Lee sahaja. Jom tengok barisan pelakon yang dikatakan “Panas” tu.

INFO DRAMA BIDADARI SALJU SLOT AKASIA TV3

  • Drama : Bidadari Salju
  • Jumlah Episod : 28
  • Mula Tayangan : 15 Disember 2020
  • Waktu Siaran : Isnin-Jumaat | jam 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
  • Pengarah : Reza Badarudin
  • Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
  • Novel Asal : Mia Kiff
  • Pelakon :
    • Sweet Qismina sebagai Kayra
    • Adam Lee sebagai Hariz
    • Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
    • Zaki Azeman sebagai Aiman
    • Syazuwan Hassan sebagai Raqib
    • Fimie Don sebagai Naufal
    • Chacha Maembong sebagai Dania
    • Jaja Iliyes sebagai Anita
    • Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
    • Siti Khadijah sebagai Marissa
    • Nizam Kama sebagai Asyraf
    • Puteri A’teeqah sebagai Athira
    • Damia Qaissarah sebagai Yaya

Sinopsis Penuh Drama Bidadari Salju 

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya.

Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku.

Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga. Mampukah Kayra Menepis Perasaan Benci Yang Rupanya Bertukar Menjadi Cinta?

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28 AKHIR Di TV3 ( Slot Akasia)

Episod 1  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  2 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  3 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  4 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  5 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  6 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  7 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  8 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  9 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  10 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 11  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  12 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 13  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 14  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 15  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 16  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 17  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 18  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 19  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 20  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 21  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 22  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 23  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 24  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 25  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 26  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod  27 – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia

Episod 28  – Drama Bidadari Salju TV3 Akasia (AKHIR)

 5,693 total views,  1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge