Tonton Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda TV3 Full Episode | Salam semua, baru-baru ni Cikza ternampak ada drama baru lah. Lain daripada lain drama yang kalini Cikza follow. Nak kata adaptasi drama WORLD OF MARRIAGE tapi korang boleh nilaukan sendiri rasanya. Drama Hati Yang Tersakiti, drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang menggantikan drama Bicara Cinta. Drama Hati Yang Tersakiti sebanyak 15 episod ke semuanya. Drama Hati Yang Tersakiti ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan ramai lagi pelakon lain.
Info Drama Hati Yang Tersakiti
- Tarikh Tayangan : 15 September 2020| Jam 10 malam
- Siaran TV : Slot Samarinda TV3
- Bilangan Episod : 15 Episod
- Karya : Shida Zali
- Penulis Skrip : Azril Hamzah
- Pengarah : Feroz Kader
- Produksi : Art Ornament Sdn Bhd
- Para Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti :-
- Remy Ishak
- Nad Zainal
- Mimi Lana
- Riz Amin
- Husna Mustaffa
- Meor Mohd
- Fad Anuar, Ainina Ahmad
- Rahim Jailani
- Sharifah Anthash
Sinopsis Penuh Drama Hati Yang Tersakiti
Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.
Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.
Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.
Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Haris terpaksa akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Apakah akan terjadi selepas itu? Jangan lupa saksikan drama Hati Yang Tersakiti.