Sarapan Pagi Roti Sarang Burung Special RM5.00 Sahaja Di Keramat | Selamat Pagi, Salam hujung minggu. Tak kemana ke? Pasti korang yang duduk KL tengah buntu nak sarapan apa pagi ni. Lama tak buat perkongsian pasal kedai sedap di sekitar Kuala Lumpur ni. Port yang Cikza nak kongsi dengan korang khusus buat peminat Roti Sarang. Cemana rupa roti sarang tu? Baca sampai habis.
Sarapan Pagi Roti Sarang Burung Special RM5.00 Sahaja Di Keramat
Ramai yang tak tahu, dekat Keramat Setiawangsa ada Cafe yang menyajikan sarapan pagi cukup enak dan padu, Cikza sendiri pun dah repeat hampir 3 kali tau, Kedai sentiasa penuh di hujung minggu. Turut menyajikan Roti Sarang Burung, bezanya korang boleh pilih nak yang Roti Sarang Burung Biasa atau Roti Sarang Burung Special. Tapi pilihan Cikza adalah tentulah yang special
Waktu Cikza pergi, memang penuh, sampai tokey kedai tu kenal dengan Cikza untuk kali yang ketiga. Keistimewaan Roti Sarang Burungg Special ni terletak pada inti tau. Kalau Sarang burung biasa cuma pecahkan 2 biji telor biasa sahaja. Berbeza dengan Special, ada inti daging dan di tabur daun bawang.
Lokasi kedai tak jauh mana pun, Jika korang dari Kuala Lumpur mengambil masa hanya 5 minit sahaja untuk sampai kedai tersebut, landmark yang paling dekat adalah AEON AU Keramat. Kedai hanya di tepi jalan besar sahaja, cuma yang paling leceh tak mesra parking. Nak lagi mudah, kiranya siapa cepat dia dapat lah ni.
Sejujurnya CIkza tak berminat nak makan telor separuh masak camtu, selepas suapan pertama sahaja terus jatuh cinta, Cikza lagi suka gaulkan telor tersebut bersama intinya, rasa intinya sudah cukup sempurna. Lain dari yang lain menu ni. Korang patut Cuba. Selain Roti Sarang, kedai tersebut seperti biasa turut menyediakan roti canai, murtabak dan beberpa hidangan lain seperti nasi dagang dan nasi lemak berlauk. Banyak pilihan.
Beza kedua-dua jenis roti tersebut hanyalah RM2.00 sahaja. Tapi kedua-duanya sedap yakmat. Terus terang Cikza katakan setiapkali datang kedai ni, mesti tak cukup satu roti sarang special, kalau suami order dua keping, biasanya Cikza akan tibai separuh daritu.. Roti Sarang ni sebenarnya dah lama viral, cuma bezanya terletak pada cara penyediaanya. Jadi korang tak perlulah nak pening kepala fikir nak bawa anak-anak sarapan kat mana. Terus bawa di EPL Cafe yang terletak di Keramat.
Licinnya Cikza hadap, setiap kali datang kesini, Jadi tak rugi dan sangat disyorkan korang untuk mencuba Roti Saran Special yang disediakan disini. Kalau sedap beritahu rakan-rakan. Bukan apa, bantu war-warkan kedai sedap pun dapat pahala tau.
EPL CAFE KERAMAT SETIAWANGSA
Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
FACEBOOK EPL CAFE | INSTAGRAM EPL CAFE