Part 1 : Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane, Kuala Lumpur | Selamat petang semua, eh! harini Cikza nak berkongsi berita gembira, Baru-baru ini, korang ingat lagi tak Cikza ada buat rayuan dekat BPH Putrajaya untuk dapatkan kuarters di Jalan Cochrane yang berhampiran dengan pejabat dan radius paling hampir dengan HUKM tempat Cikza temujanji dengan doktor pakar. Bulan 3 tempohari Cikza telah cuba buat rayuan dan baru-baru ni awal Oktober 2020, pegawai dari BPH Putrajaya ada call untuk menawarkan unit kuarters di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Cochrane. Waktu tu, terkejut tau. Tapi disebabkan PKPB ada beberapa ketika kena buat temujanji untuk mengambil surat tawaran tersebut.

Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Pada 16 Oktober 2020,  Cikza dapat surat tawaran menerusi email serta tarikh temujanji untuk ambil surat tawaran sebenar, berikutan PKPB ada beberapa langkah yang perlu dibuat dahulu seperti penyediaan beberapa dokumen Pra-pendaftaran yang perlu dapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Waktu tu, nak kejar Pengarah Bahagian Sumber Manusia memang payah, sebab PKPB ni kebanyakkan mereka hanya bekerja mengikut jadual sahaja. Cikza mengambil masa seminggu untuk selesaikan semua. Tapi pasti korang nak tahu apa yang diperlukan.

  • 1 Email Tawaran Yang Lengkap
  • 1 Salinan Kad Pengenalan
  • 1 Salinan Slip Gaji Terkini Dan Bulan Mac ( Sebelum Dan Selepas Moratorium) 
  • 1 salinan surat tawaran perlantikan @ surat pengesahan perlantikan
  • @ surat pengesahan jawatan/perkhidmatan @ surat keputusan kenaikan pangkat terkini @ surat dipinjamkan @ surat perlantikan kontrak  (yang berkaitan & TERKINI) (
  • 1 salinan sijil nikah @ kad nikah/ sijil daftar perkahwinan (jika telah berkahwin) @ sijil penceraian (yang berkaitan)
  • 1 surat asal Pengesahan Perkhidmatan Pegawai Dan Persetujuan Untuk Potongan Kuarters seperti di LAMPIRAN (dikeluarkan oleh UNIT SUMBER MANUSIA  yang menguruskan buku rekod perkhidmatan) – Tuan/puan hendaklah memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat adalah tepat termasuk peratusan potongan sebelum dan selepas potongan kuarters.
  • 1 salinan salinan muka depan & muka surat yang menyatakan alamat rumah dalam Perjanjian Jual Beli * hanya untuk pembelian rumah/ tanah melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan @ pembelian Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Hampir 6-7 Tahun Menanti Tawaran Kuarters Sejak Permohonan Dari Tahun 2013 

Cikza percaya, masih ramai yang masih menunggu untuk dapatkan kuarters kerajaan ni. Cikza mula-mula nak mohon kuarters tu fikir 3-4 kali jugak, bukan apa terfikir apa keperluan kalau Cikza dapat, rupanya dah tertulis selepas kahwin selepas buat rayuan terus tersangkut tawaran di KKKA Jalan Cochrane tu. Sahabat Cikza sendiri mohon sejak tahun 2012, selepas 8 tahun baru dapat KKKA jugak, tapi keperluan di Jalan Duta.

Jom baca sampai habis setiap peringkat perkongsian Cikza, bila korang ditawarkan unit kuarters, ada beberapa dokumen yang bakal korang kena selesaikan sebelum dapat kunci rumah. 5 November tempohari, bermula perjalanan kami suami isteri untuk selesaikan beberapa urusan dokumen, setelah Pra -Dokumen telah terisi, semua dokumen perlu diserahkan kaunter Unit Penawaran Kuarters di BPH Putrajaya. Setelah beberapa dokumen siap terisi, baru surat penawaran akan diberikan termasuk semua borang-borang yang berkaitan.

BORANG MAKLUMAT KELUARGA PENGHUNI | Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
SIJIL AKUAN PATUH KEPADA PERATURAN ( PERLU DAPAT PENGESAHAN KETUA JABATAN ) | Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
SIJIL AKUAN MASUK RUMAH 3 SALINAN PERLU DIISI | Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
2 BUAH BUKU- SURAT PERJANJIAN MENDUDUKI KUARTERS ( PERLU DIMATIKAN SETEM DI LHDN BERHAMPIRAN DENGAN BAWA SLIP GAJI TERKINI | Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Dokumen di atas perlu di siap sediakan segalanya dalam tempoh 30 hari selepas dapat surat tawaran, tapi secara kebetulan ada dokumen yang dah selesai. Maka BPH dah keluar surat tawaran original kepada Cikza. Namun kesemua dokumen diatas perlu Cikza selesaikan tau. Nanti Cikza buat perkongsian setiap peringkat.

 

Korang,  tunggu tau entri seterusnya pengalaman Cikza nak selesaikan dokumen ni, subhanallah besar dugaan yang Cikza tempuh. Tapi apa pun tersangat semua tu pengalaman yang berharga dari Cikza.

Part 2 – Permohonan Akaun Baru Bekalan Air Di SYABAS ( COMING SOON )

 470 total views,  4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge