Kedai Cermin Mata Murah Dan Servis Terbaik Di Sg Wang Plaza | Assalammualaikum, Sebenarnya dah lama Cikza nak buat perkongsian tentang cermin mata. Tapi baru berkesempatan untuk berkongsi harini. Secara kebetulan Cikza tengah survey mencari cermin mata murah. Walaupun ianya biasa-biasa asalkan mengikut budget yang ada ni. Maklumlah nak pindah rumah perlukan kos yang banyak.

Cikza ni sangat cerewet nak pilih cermin mata, tapi Cikza sebenarnya mempunyai silau yang tersangat tinggi dan tahap rabun dekat mata tu dah naik jugak tau. Kalau tanya kedai harga yang ditawarkan kebanyakkannya sekitar anggaran dalam RM 400 dan keatas. Itu disebabkan silau yang tinggi dan power pada cermin pun terlalu tinggi. Pada awalnya Cikza hanya nak mencari cermin mata cukuplah sekadar untuk di pakai bekerja sahaja. Sebab cermin yang ada ni masih elok lagi dan sesuai untuk guna driving.

Kedai Cermin Mata Murah Dan Servis Terbaik Di Sg Wang Plaza

Secara kebetulan harini free dari sebarang aktiviti, kecuali malam nanti memang full dengan penyediaan copywriting dan artikel sebagainya. Berbalik pada harini, Cikza gigih naik grab terus ke Sg Wang Plaza tau, sebab katanya kat situ memang boleh dapatkan cermin mata murah serendah RM65 sahaja. Walaupun Cermin multicoated jer pun dah cukup untuk Cikza. Cikza dah survey beberapa kedai termasuk kedai yang jenama popular tu dekat Sg Wang Plaza. Harga – harga yang ditawarkan kebanyakkan walaupun multicoated sahaja RM 250 – 300 walaupun silau dan power yang sangat tinggi. Terus tengok balik CIMB CLICKS cukup ke tidak, syukur suami tambahkan sedikit.

Dekat Sg Wang Plaza ada banyak kedai cermin mata, tapi korang kena bijak memilih sendiri. Macam Cikza, akan ke 10 kedai dan compare semua harga. Sebab kita pelanggan dan harus bijak berbelanja. 

Kedai yang Cikza tuju ni agak baru, namanya DUO OPTICAL SDN BHD  alamat lupa nak minta tapi berhadapan dengan Famous Amous dalam Sg Wang Plaza. Pada awalnya dia tawarkan harga RM200 untuk multicoated sahaja ini bagi yang mempunyai tahap rabun yang sangat tinggi dan silau yang tinggi tapi mungkin harini rezeki Cikza, beliau beri harga RM150 siap cermin nipis dan protected multicoated.  Kalau tahap rabun biasa RM65 sahaja termasuk bingkai sekali. Siapa tak suka itu lah budget yang ada dalam tangan.

Rasanya ni kedai baru tapi sangat murah dan berpatutan | Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit Di Sg Wang Plaza
Terima kasih adik yang memberi penerangan yang cukup infomatif dan pandai sesuaikan budget | Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit Di Sg Wang Plaza

Pekerja kedai tersebut memang banyak membantu, dia punya penerangan tu sangat bagus dan pemilihan cermin bingkai semuanya dia lakukan. Cermin mata kalau nak beli sekalipun murah biarlah ianya bersesuaian mengikut mimik muka kita, kadang muka bulat sesuai yang berpetak, muka bujur sesuai yang bingkai bulat, muka petak sesuai dengan bingkai bersegi. Apapun jangan gelojoh nak buat pilihan. Pada Cikza semuanya tak terletak pada jenama, tapi yang penting berpatutan dan berkualiti.

Rambang Mata Nak Pilih Macam-Macam Bingkai 

Masa nak pilih bingkai cermin mata tu, Cikza video call suami nak tanya pendapat tau. Satu lagi sebab bosan pakai bingai plastik warna Coklat atau hitam. Harini Cikza tekad hati pilih warna yang jarang-jarang Cikza pakai. Terasa macam nak fefeeling korea. Kalau korang nak tahu, dah lama menyimpan hasrat nak pakai bingkai plastik warna lutsinar tau. Bukan senang seorang Cikza nak pakai yang bertentangan dengan kesukaan beliau. Usah risau di DUO OPTICAL SDN BHD ni ada pelbagai 1000 bingkai yang mengikut trendy masa sekarang. Ikut korang nak bingkai jenis apa.

Cikza kenan yang ni, tapi takde bingkai besar pulak | Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit Di Sg Wang Plaza
Dah kata rambang mata tau dibuatnya | Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit Di Sg Wang Plaza
Masa ni dah tak tahu nak pilih yang mana satu |Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit Di Sg Wang Plaza

Kenapa Cikza Memilih DUO OPTICAL SDN BHD

  • Harga yang sangat berpatutan dengan Cermin Yang ditawarkan
  • Pilihan bingkai yang pelbagai dan trend terkini.
  • Cermin mata siap dalam masa 30 minit  sahaja.
  • Kakitangan yang sangat membantu dan penerangan jelas
  • Ruang kedai yang terang dan luas selesa

Cermin Mata Termasuk Bingkai Untuk Silau Dan Power Tinggi RM150 Sahaja

Finally, dalam 10 kedai ini yang akan menjadi pilihan Cikza. Rupanya ada beberapa kawan pejabat pun nak suggest kedai ni sebab ramai yang kata servis cepat dan tip top. Harga berbeza 1 kali ganda dari kedai yang lain. Apa yang penting pada Cikza adalah kualiti dan layanan termasuk harga sekali.

Buat korang yang nak mencari kedai cermin mata murah tu, jangan lupa dapatkan di :

DUO OPTICAL SDN BHD

Berhadapan dengan Famous Amous

Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

 321 total views,  5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge