Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28 AKHIR Di TV3 ( Slot Akasia) | Salam pembaca semua, Drama Cinta Sekali Lagi telah ditayangkan di slot Akasia TV 3 bagi menggantikan drama Ryan Aralyn yang telah pun tamat. Macamana ending Ryan Aralyn? Terkesan tak? Jom kita tengok drama baru yang tengah hot ni. Bila Cikza tengok dalam drama ini ada Hannah Delishah, serius terkejut jugak, kebiasaan kita tengok dia selalu dapat watak baik-baik. Kalini dia bawa watak jahat pulak. Dalam jahat tu, muka macam barbie doll anak patung. Memang cantik sangat orangnya. Ramai peminat Hannah ke kat sini ?

Mana yang belum tahu lagi, drama Cinta Sekali lagi ini, bakal bersiaran untuk slot Akasia terbitan TV3. Jangan lupa setiap 7 Malam tau. Cikza tengok sebab ada Nelydia Senrose dan Hannah Delisha sahaja. Jom tengok barisan pelakon yang dikatakan “Panas” tu.

INFO DRAMA CINTA SEKALI LAGI SLOT AKASIA TV3

  • Bilangan Episod : 28
  • Tarikh Tayangan : 4 November 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Nieza Nahar
  • Pengarah : Pali Yahya
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Pelakon :
    • Saharul Ridzwan
    • Nelydia Senrose
    • Hannah Delisha
    • Raja Afiq
    • Luqman Hafidz
    • Ezzaty Abdullah
    • Dilla Ahmad
    • Haleeda Mazlin
    • Iman Zulkarnain
    • Isaac Iman
    • Tengku Zara
    • Zara Shelby
    • Alessandra Alyssa

Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi

Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda? Seramnya baca sinopsis jalan cerita betapa jahatnya si Amani ni.

Kredit :

myinfotaip.com

 

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28 AKHIR Di TV3 ( Slot Akasia)

Episod 1 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 2 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 3 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 4 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 5 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 6 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 7 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 8 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 9 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 10 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 11- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 11 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 12 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 13 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 14 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 15 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 16- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 17 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 18 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 19 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 20 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 21 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 22- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 23 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 24- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 25- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 26- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 27- Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia

Episod 28 – Drama Cinta Sekali Lagi TV3 Akasia (AKHIR)

 

 1,100 total views,  10 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge