WARDAH ACNEDERM SESUAI UNTUK KULIT BERJERAWAT TERUK

WARDAH TERBUKTI BERKESAN UNTUK KULIT BERJERAWAT TERUK | Cikza selalu lah tengok muka artis atau lah lelaki lembut, kadang jauh di sudut hati glowing sangat kulit muka dorang ni. Jangan terkejut, Cikza ni neutral dan berkawan dengan semua orang. Sejujurnya ada berkawan dengan mereka dari golongan lembut. Kadang penjagaan dorang tu, lagi simple dari kita tau. Nak dijadikan cerita. Rasanya sepanjang waktu PKP ni, ramai yang meroyan muka breakout. Macamtu lah Cikza alami. Sampai suami tegur rasa nak nangis je.

Bayangkanlah sebelum kahwin dulu, subhanallah rajinnya Cikza jaga penampilan head to toe jugaklah. Setiap bulan confirm ke mana-mana spa buat manicure and predicure tau. Lepastu muka jangan cakaplah, sebutir jerawat susah nak tumbuh tapi liang roma terbukak besar termasuk whitehead. Biasalah T-zone kan berminyak dan kawasan tu tumpuan kelenjar minyak tersumbat. Baru-baru ni, Cikza pernah suarakan dalam IG Story macamana nak atasi kulit jerawat yang teramat teruk.

WARDAH Terbukti Berkesan Untuk Kulit Berjerawat Teruk

Ada sahabat yang mengesyorkan supaya menggunakan produk Wardah, selain murah ianya sangat berpatutan. Cikza sebelum nak beli sesuatu yang melibatkan skincare tu akan search testimoni atau review terbaik untuk produk yang diperlukan. Bukan apa, kadang ada jenama mahal, nampak gah rupanya bad review. Sebenarnya dah hampir sebulan Cikza dah consume sejujurnya Cikza terlalu puas hati, walaupun mengambil masa untuk meredakan jerawat.

Wardah Acnederm salah satu dari sekian rangkaian produk dari Wardah yang dikatakan dari seberang. Apa yang Cikza perasan ni, produk Wardah ada pelbagai rangkaian seperti Wardah Nature Daily, Lightening, Perfect Bright, White Secret, Renew You, dan C Defense. Semua rangkaian skin care dari Wardah ini memiliki fungsi yang tersendiri. Seperti Wardah Acnederm yang Cikza consume kini merupakan rangkaian skin care yang diformulasikan khusus untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat. Jom baca sampai habis, review testimoni Cikza untuk produk ni.

Wardah Acnederm Pore Blackhead Balm 

Langkah pertama adalah menyapu Wardah Acnederm Pore Blackhead Balm terlebih dahulu disekitar spot yang ada whitehead atau blackhead, Teksturnya yang seperti balm yang berminyak rasanya pasti ada beberapa yang skip untuk pemakaian ni, sebab tak selesa. Cara penggunaan adalah secalit sahaja terus gosok sekitar spot tadi. Kelebihan Acnedem Pore Blackhead Balm adalah langkah pertama berfungsi sebagai :-

  • Mengurangkan blackhead di muka dan T zone
  • Merawat kulit yang berjerawat (untuk hasil yang terbaik, gunakan satu series Acnederm)
  • Membantu menyerap minyak berlebih di pori-pori kulit
  • Membantu melembapkan kulit
  • Kulit jadi terasa halus dan lembut
  • Tekstur balm yang lembut dengan formula nyaman di kulit

Wardah Acnederm Pure Foaming Cleanser 

Setelah panggunaan Balm tadi, selepas 10-15 minit terus Cikza cuci muka dengan Pure Foaming Cleanser yang merupakan langkah kedua. Selepas cuci tu rasa fresh je muka ni tau. Terasa mulus dan lembut pulak tu selepas pencucian. Pembersih wajah dengan kombinasi bahan aktif terpilih Derma Cleanse Actives dengan Salicylic Acid merupakan pencuci foaming yang paling terbaik, guna sedikit pun dah berbuih teruk tau, nak tau fungsinya jom baca sampai habis :-

  • Bantu membersihkan debu dan kotoran di wajah,
  • Bantu untuk mengurangi minyak berlebih
  • Bantu mencegah sel kulit mati yang menjadi penyebab kulit kusam
  • Bantu merawat kulit yang berjerawat (untuk hasil terbaik, gunakan satu series Wardah Acnederm)
  • Bantu menjaga hidrasi kulit dan menjadikan kulit terasa halus dan lembut,
  • Bantu kurangi kulit kemerahan akibat iritasi.

Wardah Acnederm Pore Refining Toner

Jika sebelum ni, Kulit muka Cikza sangat sensitif bab-bab penggunaan toner, dan hampir melepuh akibat tersalah pilih toner. Baru-baru ni, pertama kali cuba pakai toner tersebut, pada awal memang akan rasa panas disekitar kulit muka, setelah beberapa hari consume ni, terus jadi segar, dah hilang rasa panas tu. Kalau korang nak tahu wardah acnederm pore refining toner diformulasikan khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Dengan kombinasi bahan aktif terpilih seperti Derma Treat Actives dengan Witch Hazel dan Aloevera Extract selain, ianya berfungsi untuk :-

  • Bantu menutup pori-pori dan mencuci debu kotoran.
  • Bantu mengawal minyak berlebih di kulit
  • Membantu mengurangi kemerahan pada kulit akibat iritasi
  • Sangat sesuai untuk kulit berjerawat sebelum menggunakan krim pelembab

Wardah Acnederm Day Moisturizer Derma Actives With SPF15  

Merupakan pelembab yang digunakan pada pagi/siang hari untuk menjaga kelembaban dan membuat kulit lebih halus. Kandungan pelembab ini menagndungi SPF 15. Cikza menggunakan krim ini pada siang hari, mula-mula unexpected jugak sebab, sebelum ni pakai apa2 jenis krim mesti makin teruk. Cuma tertarik dengan krim ni, sebab seakan green cream ada bau mint sikit. ia berbeza dengan krim malam tau, jangan keliru pulak. Selain itu, ia berfungsi untuk :-

  • Membantu kulit dari terkena radiasi sinar UV yang akan membuat kulit semakin hari, semakin kusam
  • Membantu mengurangi kemerahan pada kulit akibat iritasi
  • Membantu menjadikan kulit terasa segar, lembut dan halus.
  • Selain membantu merawat kulit penyebab jerawat

Wardah Acnederm Night Treatment Moisturizer With 7 Plant Extracts 

Pelembab ni, Cikza gunakan pada malam sebelum nak tidur. Kulit pun perlukan masa untuk berehat, jadi Cikza memilih sebelum nak tidur untuk menggunakan krim ni, berbeza dengan krim siang ia dikatakan mampu menyamarkan bekas jerawat, selain mencerahkan kulit ketika tidur. Ini bukan Cikza yang cakap, tapi dah tertulis dekat botol tu. Memiliki fungsi yang sama dengan Wardah Acnederm Day Treatment Mosturizer, melembabkan dan merawat kulit yang sensitif dan berjerawat. Wardah Night Treatment Moisturizer ini berwarna putih dan teksturnya pun creamy jadi tidak gel seperti Wardah Acnederm Day Treatment Mosturizer.  Selain itu juga, krim ini cepat meresap dan melembabkan akan membuat kulit kita terasa lembab sentiasa. Kandungannya berfungsi :-

  • Membantu mengurangkan minyak yang berlebihan di kulit
  • Mengandungi Vitamin C yang dapat membantu menutrisikan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Membantu menjaga kelembapan kulit di malam hari
  • Membantu menjadikan kulit terasa halus dan lembut.

Wardah Acnederm ACNE Spot Treatment Gel 

Kandungannya terdiri daripada BHA dan WILLOWHERB Estrak, masa Cikza gunakan gel ni, terasa sejuk tau. Selepas beberapa kali pakai gel ni, Cikza terasa sangat-sangat berpuas hati, Hanya sapu je dekat tempat jerawat tu timbul atau bekas jerawat, confirm akan surut. Wardah Acne Treatment Gel merupakan perawatan kulit untuk kulit berjerawat dengan tekstur gel. Ia dikatakan mampu mendinginkan dan menyegarkan kulit serta memiliki tekstur yang ringan. Produk ini mampu menyerap minyak berlebih dan menyembuhkan jerawat

  • Membantu mengurangkan minyak yang berlebihan di kulit
  • Membantu kulit dari penyebab tumbuh jerawat
  • Mengelakkan kulit menjadi kasar akibat jerawat
  • Kulit tampak lebih halus dan dirawat.

WARDAH Terbukti Berkesan Untuk Kulit Berjerawat Teruk Selain Harganya Jauh Lebih Murah

Mulanya Cikza ingatkan harganya macam kayangan sangat, sebab packaging dah nampak macam kayangan style. Sumpah sangat berpatutan dan memang mampu milik, bayangkan harga foaming cleanser tu bawah RM10 sahaja tau, lepastu, Scrub muka Wardah RM5.00 tau bila promosi. Ingatkan produk murah tak bagus, rupanya sangat terbaik membantu Cikza berperang dengan jerawat tau.

Alhamdulillah, Yang Tinggal Hanya Bekas Jerawat | WARDAH Terbukti Berkesan Untuk Kulit Berjerawat Teruk

Kalau pakai secara konsisten, confirm dapat mengurangi lagi jerawat, Cikza teringat pesan sahabat, nak dapatkan kulit mulus macam orang korea tu, apa-apapun selesaikan masalah kulit muka berjerawat dan bermasalah. Ternyata sepanjang penggunaan wardah ni, memang sangat membantu Cikza. Untuk sekarang disebabkan usia makin meningkat Cikza cuba untuk belajar lagi tentang produk-produk lain yang bersesuaian dengan usia dan kulit muka Cikza. Sebelum berakhir, Cikza nak pesan, bila kita cuba salah satu produk jangan assume pakai terus elok, kena ada try and error jugak, bukan pakai harini esok terus hilang jerawat seketul. selain skincare, corak pemakanan juga harus jaga.

 

 

 

 

2 thoughts on “WARDAH ACNEDERM SESUAI UNTUK KULIT BERJERAWAT TERUK”
  1. Saya nk tahu untuk acne dream toner tu ,bleh tak untuk jenis kulit normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge