Fenomena Mael Totey The Movie Kini Hangat Diperkatakan

Fenomena Mael Totey The Movie Kini Hangat Diperkatakan | Jumaat lepas, suami buat kejutan katanya nak support filem Syahmi Sazli, sejujurnya Cikza cuma mengikuti beberpa drama pendek dekat youtube arahan Syahmi Sazli  ni. Cuma tak mengikuti secara langsung drama pendek Mael Totey dekat youtube, cuma yang rajin melayan tu, suami Cikza. Dari awal siri by siri beliau tengok.

Siapa tak kenal Syahmi Sazli seorang youtuber dan usahawan berjaya yang berjaya mencipta nama. Drama pendek arahan beliau seperti Drama Spontan dan macam-macam lagi, sejujurnya dia dimata Cikza adalah anak muda yang betul-betul berjaya telah buka mata dan minda untuk ketengahkan bakat OKU seperti Yoe dan Asif. Kalau korang nak tahu Yoe dan Hasif ni adalah mereka yang teristimewa, pelawak OKU yang sangat bersahaja. Percaya tak Drama Spontan 12 : Ashrul atau Ashley tu dah mencecah hampir 10 juta view, berdekah Cikza tengok cerita tu.

Fenomena Mael Totey The Movie Kini Hangat Diperkatakan

3 Kali Cikza duk ulang tengok cerita MTTM ni, memang tak jemu dan jalan cerita sangan bermanfaat buat semua. Tabik pada Syahmi Sazli yang suka hasilkan drama pendek yang berunsurkan kehidupan kini boleh duduk tersenyum hasil karya beliau dah masuk pawagam astro di rumah, dengan bayaran RM15 untuk 2 hari kalau tak silap. Masa pembuka cerita sahaja, Cikza dah gelak berdekah tengok gelagat Mael (Lakonan Syahmi Sendiri) tu. Lepas tu yang part Asif dan Yoe masuk sekolah tu, berdekah tak henti Cikza. Dapat pulak ayah yang pemalas, tahu main judi je kejenya. Mengharapkan anak-anak yang OKU jaga beliau dengan hasil jualan kutipan kotak tepi jalan. Tunggu Cikza ulas di penghujung nanti.

Kenapa Nama Mael Totey menjadi pilihan? 

Mael tu hanya sekadar panggilan sahaja kebiasan gelaran di beri, berbanding Totey tu adalah seseorang yang mempunyai perwatakan lurus dan mempunyai hati yang baik. Terkadang mereka yang lurus ni, selalu sangat di jadikan bahan buli. Seperti Mael yang dipergunakan oleh Yaya Toure, Eh! geram pulak Cikza dengan nama tu. Berlagak sangat dan punya hati sangat busuk, berbanding Cikgu Inggeris yang mengajar mereka.

Sinopsis Mael Totey The Movie

Filem Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Walhal tidak mengetahui Yaya cuma ingin mempermainkan hatinya tanpa disedari. Dengan bangga beliau telah berjaya menguasai bahasa inggeris seperti syarat yang di pinta oleh yaya, namun cintanya di tolak mentah-mentah sekali lagi. Dapatkah Mael bertemu Cinta sejatinya? Jangan lupa menonton Mael Totey di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

 

Ulasan Cikza Mengenai Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie Jalan cerita sangat menarik, 100% keseluruhan memaparkan jalan cerita hanya di Negeri Kelantan. Dalam MTTM ni, watak Mael tu digambarkan memang seorang yang tersangat lurus, Lurus dia tu sangat melampau-lampau sampai kena tinggal zaiton. Dalam zaman teknologi canggih ni, ada lagi ke Si Lurus bedul camtu? Tengah-tengah buat sesuatu sanggup tinggalkan semata-mata untuk perempuan hahahaha.

Selain jalan cerita penuh pengajaran, yang bagusnya Pengarah cuba ketengahkan bakat OKU dalam dunia lakonan, ini dapat dilihat, OKU juga hanyalah manusia biasa yang ingin jalani kehidupan seperti orang lain. Dalam kelas pun, ada satu part yang tersangat sentuh hati, agar tidak membeza-bezakan mereka yang normal dan OKU. Penataan cahaya bagus, shoot permandangan pun bagus tiada cacat cela. Para pelakon pun berjaya menaikkan cerita ni menjadi best, cuma part Yaya Toure masih lagi ada kekoknya tu. Rindu nak tengok pelakon lama seperti Aznah Hamid terubat, sebab Cikza minat tengok dia berlakon, sebab dia pun kalo di gilap boleh jadi pelakon lawak. Try lah tengok Adnan Sempit.

Dua dialek yang di ketengahkan seperti Loghat Kelantan dan English, menampakkan yang para kampung ni bukan biasa-biasa tapi luar biasa dapat bertutur dalam bahasa inggeris, dan menampakkan lagi ianya tidak ketinggalan. Jujurnya Syahmi telah buka mata tentang rakyat Kelantan ni adalah sangat luar biasa.

Yang bagusnya, masih mengekalkan lagi, skrip talk untuk pelakon OKU, sumpah kelakauu. Terbahak-bahak tengok keletah beliau. Terutama Asif mengikut je, dialog si Yoe tu. Kalau yang menghayati drama spontan awal-awal dahulu, sebenarnya skrip talk camni lah buat lagi lucu dan naikkan jalan cerita. Pada penghujung cerita memang akan ada kejutan yang akan buat korang berdekah. Cerita ni, sesuai di tonton oleh seisi keluarga. Rate yang paling tinggi saya akan beri adalah 9/10. Teruskan berkarya Syahmi walau jalan cerita nampak biasa tapi sebenarnya dah jadi luar biasa, berbaloi langgan RM15 tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge