5 Cara Nak Naikkan Views Dekat Youtube Dengan Headline Yang Padu | Mungkin perkongsian ini sedikit sebanyak membantu cara-cara korang nak dapatkan view untuk Channel Youtube masing-masing. Tak salah kalau mencuba. Beberapa hari ni, ramai yang mengeluh susah nak capai view walaupun video yang diciptakan tu sudah cukup gempak dan kreatif. Nak jadi seorang youtuber ni kena betul dengan caranya. Sangat susah nak dapatkan view yang natural. Cuma kalau kita pandai cari punca, mana tahu akan datang view boleh mencanak naik tanpa kita sedar.
Cikza masih lagi dalam mendalami ilmu-ilmu youtube ni, maklumlah belom betul-betul nak jadi Youtube tegar lagi. Tapi tak salah kalau Cikza mencuba dan terus gali ilmu yang ada lepastu sharing ilmu tu dengan orang lain. Nak jadi Youtuber ni sejujurnya memang susah, mula-mula nak buat video tu sampai berfikir, ada ke orang yang nak tengok. Satu lagi kena kreatif dalam penghasilan video.
5 Cara Nak Naikkan Views Dekat Youtube Dengan Headline Yang Padu
Masa mula-mula nak bukak Channel Cikza Com Youtube ni, memang zero ilmu sampai ke harini, Awal-awal dulu berjinak sekadar suka-suka sahaja. Lepas beberapa bulan tak bukak Channel sendiri kat Youtube, terkejut ada satu Video tu view sampai 40,000 ribu view tau. Walaupun video tu biasa-biasa. Mungkin sebab fenonmena je pun. Masa awal-awal tu main belasah tajuk ikut suka sahaja. Tak fikir apa-apa pun. Tapi sebenarnya ada caranya. Cuba tengok Youtuber Syahmi Sazli dari Biasa-Biasa terus luar biasa – Mael Totey The Movie Kini Hangat
1. Thumbnail Yang Menarik
Ramai yang terlepas pandang part ni, tapi Kalau korang nak tahu, Thumbnail yang menarik turut memainkan peranan dalam menarik minat view untuk melihat video kita sendiri. Newbie yang baru belajar untuk penghasilan thumbnail yang menarik ni umumnya ramai yang tidak tahu cara yang sesuai. Ada satu website yang cukup segalanya untuk newbie nak mencipta thumbnail yang bersesuaian. Macam Cikza menggunakan Platform Canva, dalam tu ada bermacam-macam editing yang boleh kita lakukan.
2. Penghasilan Video Yang Menarik
Korang dah cukup puashati yang video korang buat menarik ? Sebenarnya banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menghasilkan satu video untuk menarik perhatian penonton. Dah fikir apa nichie? Ini salah satu pentingnya dalam penghasilan Video, adakah Nichie bersesuaian dengan apa yang kita pilih? Selain daripada niche yang perlu pentingnya dititikberatkan, kualiti video juga memainkan peranan penting supaya penonton tertarik untuk menonton video kita hasilkan berulangkali. Apa jenama telefon dan kamera korang? Adakah ianya bersesuaian? Yang tu kena ambil kira tau.
3. Description Yang Sangat Bersuaian
Description untuk setiap video ni amat penting untuk korang teliti dan isi. Korang jangan buat remeh, sebab kat sini lah kita nak beritahu kepada penonton secara keseluruhan tentang video apa yang kita nak ketengahkan kepada penonton. Yang penting jangan dibiarkan kosong, nanti korang yang akan terasarugi, Sila rajinkan diri untuk menulis dalam ruangan kotak description yang disediakan. Manfaatkan dengan keyword yang berkaitan dengan video korang. Benda percuma takkannak lepaskan peluang begitu sahaja.
4. Teknik Tarik View Yang Betul
Macam mana nak tarik viewer untuk menonton video kita ? Ini lah yang menjadi persoalan dan tanda tanya. Cara Cikza nak menarik viewer adalah dengan menulis jalan penceritaan yang menarik dekat platform social media seperti Facebook, jangan lupa sertakan link video korang. Jalan cerita tu, yang paling penting sampai hati pembaca. Tapi bergantung atas niche channel youtube korang ciptakan. Apakah nichie dan konten yang korang hasilkan ? Masakan, Vlog, Mukbang. Itu yang paling penting sangat nak buat video ni perlu ikut niche yang korang minat. Baru penonton akan merasa nak ke channel kita dan subscribers pun saluran yang betul.
Sejujurnya subs for subs ni tak bagus, Jangan kita mengejar subs for subs semata nak dapatkan viewers dan subs semata-mata. Selebihnya bila dah capai apa yang korang dapat? Bila video seterusnya korang upload akan menjadi suam-suam kuku tak ramai yang nak tengok. Kalau tengok sebab korang tinggalkan link di comment-comment yang memerlukan subs for subs. Tak natural viewers dan tak pro namanya. Cuba fikirkan semula ye newbies.
5. Headline Yang Tersangat Padu Itu Penting
Cikza ada beli, beberapa ebooks untuk cuba sendiri. Walaupun nampak biasa-biasa tapi nampak ianya menjadi, Cikza post video menggunakan dalam platform youtube dan gunakan headline-headline yang telah tersedia dan hasilnya naik jugaklah view natural Cikza. Dalam ebook ini akan ajar cara yang betul buat headline atau tajuk yang disukai youtube dan bukan berfokus pada youtube sahaja, Instagram pun boleh korang cuba. Sama ada dari segi tajuk video, tag, description semua ada di dalam ebook ini. Berdasarkan pengalaman yang Cikza lakukan semua tempat kosong wajib diisi, dan jangan sesekali tinggal. Ramai yang nak tahu cara nak naikkan views tapi ramai yang lupa tajuk atau ” headline” adalah penting untuk tarik viewers klik video di channel kita. Tak percaya cubalah.
Buat youtuber newbie yang baru nak berjinak dalam dunia ni, korang kena gali ilmu dan cuba untuk faham yang kita bukannya artis. Kalau artis sekejap nya views naik. Tak sampai sejam pun dah beribu views. Bayangkan nak cuba dapatkan view beribu-ribu tu kena ada usaha dan gigih untuk mulakan. Channel kita pun masih baru dan masih lagi jauh ketinggalan penuhkan ramai subscriber. Kalau kalian nak cari tips dan banyak lagi rahsia dengan youtube, kalian kena dapatkan ebook ini dan mula untuk praktis sekarang. Cepat bertindak, cepat lah hasilnya.
Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline
Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline
Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline
Thanks atas perkongsian ini.akan dipraktikkan
Eddy Jaimi recently posted…Cara Transfer Penghasilan Adsense Terus Ke Akun Bank