Kempen #AyamBersamamu Di Kampung Orang Asli Seliaan JAKOA

Kempen #AyamBersamamu Di Kampung Orang Asli Seliaan JAKOA | Ramai yang dikatakan turut terjejas mata pencarian berikutan Pandemik Covid-19 yang berleluasa seluruh dunia. Jika di Malaysia ada yang tidak ketinggalan. Salah satunya komuniti orang asli yang dikatakan turut terjejas mata pencarian ekoran wabak COVID-19. Apa yang kita dapat lihat disini, bukan kita seorang sahaja yang terjejas, bahkan di luar sana ada diantara mereka yang turut terjejas umumnya kita tidak mengetahui.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terbaru sedang bekerjasama dengan satu jenama yang terkenal Ayam Brand di bawah kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamamu ke komuniti Orang Asli di Selangor di bawah seliaan JAKOA. Umumnya yang belum mengetahui, Pantri komuniti ini telah berdiri di 13 lokasi seluruh negara dengan kerjasama beberapa produk seperti Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kempen #AyamBersamamu Di Kampung Orang Asli Seliaan JAKOA 

Kempen kebajikan komuniti ini, turut membantu 39 keluarga Orang Asli di Changkat Bintang, Selangor yang turut terjejas pendapatan. Melalui kempen ini, Jakoa dan Ayam Brand dapat membantu memberi sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli melalui sumbangan makanan keperluan dalam tempoh yang agak sukar ini. Seperti yang kita tahu, komuniti Orang Asli ini agak jauh dari pedalaman. Bukan kerana mereka tidak ingin bertemu dengan mereka yang tinggal di bandar, asbab mungkin disitu mereka bertapak dari zaman nenek moyang mereka lagi.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti
tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup
keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada
masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka
tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan
terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat
ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo. (Ketua Pengarah JAKOA)

 

Cikza sendiri pernah bertemu dengan penduduk orang asli di kawasan Selangor. Keadaan mereka tidak sama seperti kita di bandar. Tetapi budi bahasa dan adab pertuturan mereka adalah seperti kita. Dan sebab itulah JAKOA, berinisiatif dalam mengendalikan sokongan dari segi logistik untuk agihan sekotak yang ada 27 pelbagai produk untuk di edarkan kepada Tok Batin dan orang tua-tua di kawasan tersebut, dan pada masa sama mengamalkan penjarakan sosial.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami
telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini
meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa
timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan
kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum
pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat
kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku. (Ketua Kampung Orang Asli Changkat Bintang, Selangor)

Rata-rata kebanyakkan penduduk orang asli disini, cukup mengenali produk AyamBrand tetapi belum pernah untuk mencubanya. Bagi mereka jenama Ayam Brand ni, adalah jenama yang paling mewah untuk dimiliki, dan sesuai untuk di jamah bila ada acara keraian sahaja. Kemampuan mereka hakikatnya sangat terbatas. Dan kegembiraan terpancar diwajah yang menyimpan 1001 penceritaan terima kasih untuk dikongsikan setelah menerima sumbangan produk tersebut.

13 Tahun Ayam Brand Telah Menyumbang 2 Juta Makanan Berkhasiat Kepada NGO Dan Barisan Hadapan Frontliner Sepanjang Wabak Covid-19

Rasanya ramai yang pernah melihat produk Ayam Brand yang pernah bekolaborasi dengan beberapa NGO, rupanya kalau korang nak tahu, Ayam Brand kini telah menyumbang hampir lebih 2 juta makanan yang berkhasiat kepada pertubuhan amal selain menyediakan makanan berkhasiat untuk 21,800 orang dari 524 organisasi amal dan NGO sepanjang 13 tahun. Disamping itu juga, turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim ibu tunggal dan orang-orang tua.  Satu tempoh agak lama dan rasanya ramai yang tidak ketahui kejayaan produk ini dalam memberi sumbangan.

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi
kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi
membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah
kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami
mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi
yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu
komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-
membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik
Teoh Wei Ling.

JAKOA adalah Jabatan Orang Asli yang dibawah seliaan KPLB turut memantau dan menyelia Pekebun Kecil atau penduduk Orang Asli di beberapa penempatan semenanjung Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge