Jom Dapatkan Proton X50 Mewah Dan Penuh Elegan Bermula RM500 | Assalammualaikum dan Salam sejahtera, perkongsian harini adalah buat peminat setia SUV. Pasti ramai yang ternanti-nanti keluaran terbaru proton model X50 yang bakal berada di pasaran tak lama lagi. Pastinya X50 ini memfokuskan golongan muda yang inginkan kemewahan dan penuh elegan.
Didatangkan dengan 2 tona warna yang berlainan seperti kemasan hitam berkilat pada bahagian bawah dan bumbung kenderaan. Khabarnya Proton X50 sudah pun membuka tempahan booking bermula harini 16 September 2020 dengan bayaran booking serendah RM500 sahaja. Memang sangat-sangat elegan dan sesuai sangat untuk golongan muda zaman sekarang ni.
Jom Dapatkan Proton X50 Mewah Dan Penuh Elegan Bermula RM500
Rasanya pasti ramai yang tak sabar nak dapatkan X50, tapi buat anak muda kalau boleh beringat sikit lah ye, sebenarnya sebelum nak membeli barangan keperluan diri. Wajarlah kita mengukur kemampuan kita sendiri. Bukan apa, Jangan kerana ingin bergaya rupanya kehidupan sebenar kita adalah papa kedana.
Seperti yang dilihat model proton X50ini merupakan SUV segmen B yang membezakan adalah logo proton yang semakin besar dan mudah dilihat. Interior dalamannya semua versi kulit termasuk kusyen dan paparan LCD yang lebih jelas. Termasuk mempunyai camera belakang yang memudahkan pergerakkan. Nak cerita memang payah, baik korang tengok sendiri gambar-gambar yang Cikza dapatkan sumber dari Facebook Oh!Media
Proton Buka Tempahan Bermula Harini Dengan Serendah RM500
Dah tergoda tak dengan gambar di atas? Cikza pun tergoda jugak tau tengok variasi X50 yang katanya dah buka untuk tempahan. Seperti sedia maklum, gambar X50 ni Cikza dapatkan dari sumber Facebook Oh! Media tau. Sedikit info lagi berkaitan X50, daripada teaser yang dikeluarkan oleh Proton, model ini akan dilengkapi dengan kunci yang boleh menghidupkan enjin kereta ini dari jarak jauh. Betul ke? Rasanya kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke Showroom berhampiran untuk melihat depan mata sendiri. Harga masih lagi dirahsiakan.
Eleh, gaji rm 2,000 sebulan, Mesti mampu pakai kereta murah ni.
hahaahah! mampu tengok je, banyak lagi keperluan lain patut didahulukan selain ubatan..