Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus | Baru-baru ni, mengadu dekat suami yang Cikza rasa semacam. Jadi macam tertekan, stress dan fikiran mudah jauh melayang. Selain tu, badan jangan cakap, kerap sangat lenguh dan sakit kepala melampau.

 

Ada ketika badan jadi malas. 8-9 tahu lepas, teringat lah pernah pergi darusyiffa. Maklumlah orang lemah semangat ni kata orang tua-tua mudah didekati. Tapi ada yang percaya ada yang tidak percaya. Terpulang pada pendapat masing-masing. Pada Cikza setiap kali stress pasti akan mencari sesuatu untuk dijadikan bahan terapi ais. Secara kebetulan, memang selalu stanby bahan di rumah.

Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

Benar kata orang terapi ais ni sangat bermanfaat buat mereka yang selalu lemah-lemah badan. Lepastu kesihatan luaran dan dalaman. Bakal pengantin pun digalakkan untuk mandi ais untuk menyegarkan badan dan menaikkan seri muka. Berbalik pada kisah Cikza. 2 -3 kali mencuba untuk rancang kehamilan, pasti tak jadi. Pergi berurut sampai 3-4 bidan mengurut bagitahu suruh cepat pergi pusat rawatan islam, sebab bahagian rahim terlalu panas untuk disentuh. Tapi kita tiada merasa apa-apa.

Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus
Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

Baru-baru ni, selalu dapat mimpi buruk, salah satunya kerap sangat mimpi orang kejar kita, dan orang macam nak beri sesuatu pada kita. Termasuk lah pernah suami kata Cikza pernah ada satu hari tu, tidur dalam keadaan menangis, mata terpejam, lepastu mengigau kata takut dan takut. seram kan. Tengah mencari masa untuk ke pusat rawatan islam, tapi suami kurang percaya sedikit. Tapi kita buat sendiri dekat rumah.

Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus
Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

Bahan Yang Diperlukan :-

  • Satu Baldi Air
  • Garam Bukit
  • Limau Nipis
  • Pati Bidara As-Syiffa / Terapi Oil YL
  • Ais
Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus
Terapi Ais Hilangkan Tekanan Stress Dan Gangguan Makhluk Halus

Cara Penyediaan :- 

  • Sediakan air satu baldi/ Lagi afdal air kolah masjid.
  • Potong Limau nipis 2 bahagian dan perahkan dalam baldi tersebut
  • Masukkan garam bukit segenggam
  • Masukkan Pati Bidara As Syiffa / Kalau ada Oil YL pun boleh je.
  • Masukkan Ais biarkan air tersebut sejuk.
  • Bila dah sejuk, Amalkan bacaan :-
    • Al- Fatihah – 7 kali
    • Bismillah5 – 7 kali
    • Surah Al-Ikhlas – 7 kali
    • Selawat – 3 Kali
    • Niat yang dihajati.

Cara Penyediaan ni, lebih baik disediakan luar dari bilik air, dan pastikan ia betul-betul sejuk. Seperti sedia maklum, jin atau syaitan suka berada di tempat yang kotor salah satunya seperti di bilik air. Jika badan terasa seperti ada gangguan memang sangat berguna sebab Jin dijadikan dari Api. Dan sangat takut pada benda sejuk. Jika kesan tidak hilang selama 3 hari berturut lebih baik terus ke Pusat rawatan Islam terdekat.

Khasiat Terapi Atau Manfaat Mandi Ais 

  • Melangsingkan Badan
  • Meningkatkan keseimbangan hormon dan sistem imun dalam badan
  • Sesuai untuk mereka yang sukar tidur malam
  • Untuk melancarkan pengaliran darah
  • Salah satu ratan kulit paling berkesan
  • Mengelakkan gangguan jin dan makhluk halus dalam badan.
  • Menaikkan seri wajah dan melonggarkan pengaliran darah urat tekanan agar beri keselesaan pada badan.

Kesan Selepas Mandi bagi Gangguan Makhluk Halus 

Ini based on my experience sendiri. 9 tahun lepas pernah terjadi, dan tergerak untuk cuba sekali lagi, 3 hari konsisten masa suami tiada Cikza cuba untuk lakukan, Alhamdulillah, lega sangat badan, tapi tak lama tu, bangu pagi terus rasa loya, dan sakit kepala teramat sangat, berlarutan. Sampai nak buat kerja memang betul tak fokus, makan panadol pun tak hilang. Cuba lagi malam kedua. nampak makin lega, tapi belakang dan peha rasa pedih rupanya ada garis-garis macam kena cakar.

Hari ketiga, kedua lengan ada kesan bergaris lagi, sebab sedar pun bila bangun nak mandi tu, time bila kulit terkena air terasa pedih sangat. sekali kiri kanan bergaris kena cakar. Nak kata mengaru, memang tak terasa apa-apa tidur pun sedar bangun untuk ke pejabat sahaja. Lepas dari tu, dah tahu dah punca. Jadi amalkan seminggu 3 kali dah cukup.

Kesan Selepas Mandi Bagi Untuk Tekanan Stress Dan Kecantikkan

Jika diamalkan, selama 3 hari, memang anda akan berasa sangat ringan tubuh badan. Sebab tu masa Cikza nak kahwin dulu, Juru mekap, minta ais, baca selawat dan sapu kat muka sebab nak buka rongga kulit dan bagi kulit lebih anjal dan aura seri pengantin tu naik. Kalau tak percaya cuba lah.

Untuk mereka yang tekanan di pejabat, rasanya tak salah mencuba. Sebab selepas mandi anda akan merasa badan lebih ringan, tenang dalam melakukan sesuatu. Rasa aura negatif dan perasaan marah tu dah hilang, sebab sejuk kan.

 

Selamat Mencuba

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge