Selesanya Pakai Tudung Labuh Cantik Patuh Syariah | Assalammualaikum rasanya dah lama Cikza tak buat perkongsian. Cuma harini berbeza sedikit seperti selalu. Perkongsia n harini merupakan pengalaman Cikza sendiri. Tapi nak tanya, berapa ramai yang suka tudung labuh ala Faezah Elai tu. ?

Selesanya Pakai Tudung Labuh Cantik Patuh Syariah

Cikza bukanlah seorang yang gemar berfesyen. Tapi selepas kahwin ni dah rasa macam anak berderet. Tak suka bermekap dan kalau boleh semuanya nak senang dan mudah kerja. Cuma baru-baru ni Cikza saja lah jalan-jalan dekat Aeon Big Ampang. Rambang mata dibuatnya sebab ada pelbagai kedai busana tudung di situ.

Kalau nak tahu, suami Cikza ni cerewet sangat bab-bab penampilan Cikza walaupun bertudung. Setiap kali nak pergi kerja, Cikza ni suka sangat nak buat pelbagai lilitan mengikut trend terkini tapi pantas sangat tangan beliau membetulkan tudung isterinya tu.

Maka dengan hasrat hati dan gembiranya, tercapailah satu tudung patuh syariah, ala Faezah Elai. Kata jurujual tu, memang tudung tu tengah jadi trend sekarang. Kisanya ni, Cikza pernah juga stalker Instagram Faezah Elai tu, Cuma kalau nak pakai tudung trend sebegitu, memang wajah, kena sesuailah kan. Tapi seperti biasa, rujuk kastam dulu, samada verify tak tudung yang diidamkan ni. Mulanya memang takut nak beli, maklumlah dapat suami suka bergurau, Nanti dia panggil kita ostajah pulak.

Tapi lepas dapat keizinan suami memang, sambar lah 1-2 helai kan. Untuk niat kegunaan pergi kerja. Tapi sememangnya dah pakai sekali-berkali-kali inginkan lagi. Warna yang di pilih adalah bersesuaian dengan warna yang menjadi kegemaran Cikza. Labuh dan ketebalan Chiffon tu Cikza rasa sangat puas hati. Harga cuma RM 30 sahaja. Tapi pasti ramai yang kata kenapa RM30, sebab dekat online RM15 sahaja. Nanti! sebab tak habis cerita lagi ni.

5 Sebab Kenapa Cikza Suka Tudung Labuh Cantik Ala Faezah Elai

1 – Mudah Nak Mencuci Hanya Bilas Sahaja

Memang pada awal Cikza, nak beli pun kalau boleh nak yang mudah, senang gosok dan senang mecuci. Pada awalnya Cikza, ingat susah sangat nak cuci. Rupanya mudah sahaja, Kalau ikut cara Cikza, untuk pertama hanya rendam bersama sabun cuci dan bilas menggunakan peluntur downy sahaja. Tak perlu spin kering, hanya sidai terus sahaja.

2 – Mudah Nak Menggosok

Kalau korang nak tahu, salah satu faktor Cikza suka tudung ni, senang nak gosok. Kebiasaan selepas kering tu, ada ketika tudung nampak berkedut. Tapi mungkin faktor cara bilasan dan pengeringan Cikza gosok buat sekadar syarat sahaja. Tak perlu nak bersusah-susah.

3 – Kain Chiffon Berat Dan Jahitan Kemas

Kalau korang nak tahu, Chiffon ni ada pelbagai jenis. Cikza sempat bertanya apa perbezaan dengan harga ada yang mahal dan ada yang murah. Rupanya perbezaan gred sahaja, kadang ada yang gred terbaik harganya mungkin ada yang jual murah dan mahal atau ada yang murah tapi jenis kain chiffon jenis nipis sahaja.  Macam yang Cikza pilih ni, adalah dari Chiffon yang tebal dan berat dan gred terbaik lah kiranya. Salah satu sebab kenapa perlu mendapatkan Chiffon yang tebal dan berat kerana mudah dan senang nak bentukkan tudung tersebut. Dan yang paling penting, jahitan kemas serta sejuk je rasa.

 

4 – Mudah Di Bentuk Dan Cuma Sarungkan Sahaja

Faktor utama selain mudah menggosok, yang penting tudung ni sangat mudah dibentuk, seperti para 3 diatas tadi, bila dapat kain Chiffon yang berat, pembentukkan tudung tersangat mudah. Sebab tu Cikza mencari tudung mudah di bentuk dan hanya sarung sahaja. Pengalaman nak pergi pasar atau sarapan pagi dengan suami sahaja, waktu tu mencar tudung nak gosok dulu, nak pilih dulu, nak gayakan dulu. Dengan tudung labuh ni, Cikza hanya sarung dah jimatkan masa sahaja.

5- Solat Friendly ( Mesra Solat )

Kenapa Cikza katakan ianya mesra solat, Bila korang nak kemana sahaja termasuk mall pasti waktu tu lah nak cabut tudung, waktulah nak cabut pin, waktulah nak cabut semuanya. lepastu nak mencari telekung pula, dah bazir masa. Pengalaman Cikza sendiri, lepas berwuduk terus sarung semula pakai Tudung Labuh Cantik ni dan terus solat. Habis solat pakai kasut terus sambung membeli. Tudung labuh tepati syariah kan. Kebiasaan Cikza akan keluar dengan pemakaian patuh syariah dan senang nak solat walau di mana Cikza berada.

Kalau Kita Mudahkan Orang, Diri Kita Akan Dipermudahkan

Kisahnya, Semoga tips dan mengapa Cikza suka tudung labuh cantik dapat memberi manfaat buat semua peminat tudung labuh ala faezah elai . Jadi ini adalah pengalaman Cikza sendiri sebagai pengguna tegar tudung labuh cantik ni. Kalau ada yang bertanya di mana Cikza beli, sebenarnya tudung ni boleh didapati di mana-mana cuma perbezaan harga sahaja.

 784 total views,  14 views today

6 thoughts on “Selesanya Pakai Tudung Labuh Cantik Patuh Syariah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge