Resepi Lontong Goreng Johor Style Idea Menarik Sarapan Pagi | Sebut sahaja lontong goreng, ada beberapa dikalangan mereka yang akan berasa pelik. Cikza nak tanya berapa ramai pembaca blog cikza dari johor. Rasanya pasti ramai yang tahu. Tapi bagi mereka yang tak biasa rasanya akan jadi luar biasa.
Lontong Goreng terkenal dekat sekitar negeri johor, rasanya lepas ni kalau ada belen-belen nasi impit atau ketupat lebih jangan dibuang tau. Macam Cikza haritu, rasanya lebihan hampir 20 biji, malam tu jugak Cikza panaskan semula ketupat tu. Ada setengah resepi lontong goreng, boleh di tambah pelbagai ramuan antaranya ayam daging dan pelbagai ramuan lain. Sekarang ni semua nak mudah kita campak apa ada sahaja.
Resepi Lontong Goreng Johor Style Idea Menarik Sarapan Pagi
Bahan-Bahan Penyediaan
- Ketupat Mini / Ketupat
- 2 ulas bawang Besar **
- 3 ulas bawang putih **
- 5 batang Cili Api Merah**
- 1 batang Cili Merah **
- Ikan Bilis **
- 2 biji telor
- Garam
- Serbuk Perasa
- Gula
- Minyak Untuk menggoreng
** Bahan Untuk Ditumbuk
Cara Penyediaan :
- Potong ketupat 4 bahagian, senang cerita potong seperti kiub.
- Tumbuk bahan-bahan seperti bawang besar/merah, bawang putih, ikan bilis dan cili sampai lumat.
- Panaskan Minyak, lepastu tumis perencah sampai pecah minyak, masukkan telor kacau separuh masak. biarkan 3 minit
- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa kacau 1 minit sebelum masukkan ketupat yang telah dipotong kiub. gaul sampai sekata.
- Biarkan 3 minit, gaul sekali lagi dah boleh terus hidang.
sedapnyaaa kita suka tapi bila masak kat kg semua pelik hahahha sebab maybe org pantai timur tak penah makan kot hahahha
suami cikza yang dari pantai timur, pertama kali makan, skang ni 3 minggu sekali kena buat
Dah pernah buat.. Diaorang belah2 utara ni
tak pandai makan..haha..
hahaha kak di, saya buat resepi sikit punya simple, sebab ada setengah siap letak macam-macam udang ayam daging bagai.