Resepi Pindang Ikan Tenggiri Johor Senang Dan Sedap

Resepi Pindang Ikan Tenggiri Johor Senang Dan Sedap | Rasanya kalau sebut asam pindang, mesti ramai yang tak tahu. Ada yang keliru dengan pindang, singgang dan telor pindang. Sebenarnya kalau tak silap Cikza sebelah pantai timur, ada yang menyebut singgang ikan. Setiap negeri berbeza sebutan . Sesuai kalau budak atau orang dewasa tak suka pedas, even masa berpantang, hari-hari abah masakkan asam pindang ni tau.

Resepi Pindang Ikan Tenggiri Johor Senang Dan Sedap
Resepi Pindang Ikan Tenggiri Johor Senang Dan Sedap

Kalau nak tahu, kami di Johor kalau ada Asam Pedas Ikan, pasti wajib ada Asam Pindang Ikan juga, sebab Cikza kalau makan asam pedas, wajib ada dua kuah tersebut, selain kicap manis. Perbezaan cara masakan ada yang menumis dan ada yang merebus sahaja. Tapi kebanyakkan menggunakan asam keping/ asam gelugor.

Resepi Pindang Ikan Tenggiri Johor Senang Dan Sedap

Bahan-Bahan :-

  • Ikan Tenggiri / Apa jenis Ikan Sekalipun
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • Air Asam Jawa
  • Cili Hijau/Cili Merah
  • Garam
  • Minyak

Cara Penyediaan :-

  • Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit sampai lumat.
  • Panaskan Minyak masak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa, biarkan seketika,
  • Masukkan ikan dan biarkan seketika.
  • Masukkan Cili Hijau di belah tengah sahaja, dan tunggu 5 minit dah siap.

Senang dan mudah cara penyediaan, rasanya kalau yang ada anak kecil, Cikza rasa sangat sesuai sebab ada dikalangan mereka yang tak tahan pedas. Macam Cikza punya style, letak kedua-dua kuah sekali memang sedap dan padu. sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya. Kebiasaan kalau berlawanan ikan yang sesuai adalah tenggiri.

 

Selamat Mencuba

Untuk mengetahui lebih banyak resepi dan tips memasak

Jangan Lupa Subs Youtube CikzacomĀ 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge