GB Network Best Hosting Provider | Sebut pasal hosting, Cikza sendiri pun nak ceritakan berkaitan hosting pun tak berapa mahir, tapi perkongsian harini menjurus kepada pengalaman menggunakan hosting provider untuk blog sendiri. Di Malaysia pun, ada pelbagai hosting providers yang banyak pilihan. Tapi setiap hosting mempunyai pelbagi kelebihan. Kenapa Cikza katakan GB Network The Best Hosting Provider In Malaysia semuanya dah tertulis dan baca sampai habis.

Peranan Domain Dan Hosting

Pasti ramai yang sudah ketahui, kedua-dua peranan ini tersangat penting dalam membina satu laman web. Untuk membina satu laman web atau blog keduanya sangat memainkan peranan. Asas membina laman web atau blog pastinya memerlukan domain yang kukuh dan unik. Domain yang kukuh dan unik tu adalah dimaksudkan pengenalan diri kita sendiri.

Domain yang terbaik adalah dari kalangan nama yang unik, hasil gabungan nama kita sendiri, seperti Cikza sendiri menggunakan nama sendiri sebagai pengenalan blog sendiri. jika dulu cikza sendiri menggunakan pelbagai nama seperti, jejaricomel, mezquitalifestyle, dan cikhaniblog. Tapi semuanya berubah selepas Cikza sendiri mengikuti Kelas Belajar Buat Blog Secara Santai  semua tu dah membuka mata cikza untuk rebranding semula menggunakan nama sendiri.

Hosting pula adalah tempat yang sering digunakan untuk penyimpanan data, yang merupakan salah satu platform yang menyediakan pautan server-server seperti HTTP,FTP,Email DNS dan sebagainya. Hosting tersebut kebiasaan samada ibarat secara bulanan atau tahunan. Macam Cikza sendiri, menyewa secara tahunan.

GB Network Best Hosting Provider Yang Menjadi Pilihan 

Sejak tahun 2016 lagi, selepas Cikza rebranding menggunakan domain CikzaCom kesemuanya diuruskan oleh GB Network. Pada awalnya Cikza kurang mahir tentang selok – belok sehingga bertemu dengan Cikgu Sohoque dan Cikgu Hafiz yang sedikit sebanyak menerangkan ilmu tentang Blogging dan Hosting.

GB Network adalah server hosting yang Cikza gunakan sehingga harini sejak tahun 2016 lagi. Rasanya dah hampir 4 tahun Cikza menggunakan servis dari mereka, yakni blog Cikza selepas di rebranding pun dah masuk tahun ke-4. Pejam celik lama jugak Cikza dah rebranding menggunakan nama tu.

Kelebihan GB Network Yang Menjadi Pilihan 

Sebagai permulaan, pasti ramai yang ingin mencari Best Hosting Providers atau Hosting yang terbaik untuk membina satu laman. Tak semestinya server hosting yang lain tidak bagus. Tapi Cikza menceritakan melalui pengalaman selama 4 tahun bersama GB Network sendiri. Apa kelebihan mereka, itu yang Cikza telah perolehi.

Enam perkara diatas adalah kelebihan GB Network itu sendiri. Selain mereka turut menyediakan perantara selama 24 jam, Cikza sangat berpuas hati, kerana setiap permasalahan dari blog Cikza telah seselasai dengan jayanya. Tapi ramai blogger baru nak berjinak dalam dunia blog cuma tidak mempunyai kewangan yang mencukupi namun usah khuatir, setiap pakej hosting yang ditawarkan adalah secara berpatutan.

Pada awalnya, Cikza menggunakan Pakej Rookie sebelum beralih ke Pakej Knight. Itu tidak termasuk dengan harga domain yang ditawarkan tau. Cikza lagi prefer mereka ambil domain sekali hosting dalam satu tempat sahaja. Tapi ikut keperluan masing-masing. Selain memudahkan, setiap permasalahan dari blog kita sendiri dapat diatasi oleh mereka sendiri. Sebaiknya Cikza mengalakkan semua di bawah satu nama.

Pengalaman GB Network Selesaikan Masalah Blog Cikza Sendiri 

Baru-baru ni, Cikza ni macam pro lah tukar theme sendiri. godek sana sini. Maklumlah nak nampak cantik dan puas hati. Dan kalau korang nak tahu Cikza sendiri pengguna tegar WordPress dan bukan Blogspot. Cuma paltform wordpress ni mudah sebab tak banyak guna coding sangat berbanding blogspot.

Nak dijadikan cerita, Cikza dapat notifikasi untuk update WordPress 5.5 mungkin lambat pada Cikza. Tapi bila dah update tu macam-macam terjadi. Tak semua plugin compatible dengan versi WordPress kalini. Ada beberapa plugin yang crash dengan WP kalini. seperti anti-spam dan sebagainya.

Bila update, tu macam-macam coding ayat keluar, tapi dimana pun Cikza tak tahu, puas jugak Cikza godek tengok sana-sini, temasuk buka satu persatu plugin untuk lihat sendiri. Lama-lama jalan penyelesaian sendiri tak jumpa terpaksa lah hubungi chat GB Network service Asistance tu. Yang bestnya korang ceritakan masalah, terus mereka akan cari punca masalah.

 

Alhamdulillah bantuan Servis Guide dari Technician melalui Chat sahaja dapat mencari punca permasalahan. Dan kalau korang nak tahu jangkaan masa selama 5 minit terus selesai. Puncanya ada beberapa plugin yang tidak sesuai untuk version WP kalini sahaja. Semuanya selesai seperti biasa. Itu salah satu sebab utama Cikza suka GB Network as Best Hosting Provider yang menjadi pilihan Cikza.

Bagaimana Nak Dapatkan Best Hosting Provide GB Network 

Facebook GB Network | Website GB Network | Instagram GB Network

 151 total views,  4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge