Cara Buang Tahi Telinga Yang Dah Lama Keras Cepat Dan Percuma| Perkongsian harini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Telinga tak dengar sebenarnya jangan ambil remeh. Boleh jadi ada serangga dah bertapak dalam telinga tanpa kita sedari atau tahi telinga mengeras yang dah lama terkumpul.
Sebenarnya dari bulan 4, waktu masih dalam Perintah Kawalan Pergerakkan lagi, baru Cikza sedar yang kepala seringkali berpusing, ibarat macam kena vertigo. Tapi dalam masa yang sama telinga tersumbat dan terasa sakit yang amat.
Telinga Tersumbat Dan Kepala Berpusing Sebagai Permulaan
Kata orang bila telinga dah tersumbat jangan main-main tau. Boleh jadi tahi telinga mengeras dalam tu. Pada awalnya Cikza hanya mengalami kepala berpusing atau pening kepala seakan vertigo. Dalam masa yang sama, telinga sebelah kanan terus tersumbat. Waktu tu kalau tak silap, hampir 3 klinik panel, Cikza pergi untuk dapatkan rawatan termasuk Klinik Kesihatan berhampiran.
Waktu permulaan tempohari, Cikza di beri Ointment sahaja dan antibiotik serta ubat tahan sakit, Setiap hari macam biasa akan titik sebelah pagi dan petang. Katanya bagus untuk mencairkan tahi telinga yang dah keras. Selang 2 minggu, Waktu tu, memang terasa pendengaran dah jelas nyata dan terang. Tapi macam biasa tangan ni, gatal sangat nak mengorek keluarkan tahi telinga yang dah cair.
Telinga Tersumbat Semula Dan Suspek Ada Kutu Babi
Baru-baru ni dalam bulan 8 ni juga, terjadi semula kurang pendengaran sebelah kanan seperti selalu, tapi kalini sakit tu berdenyut-denyut sampai nak tidur malam pun susah. Puas juga Cikza korek mana tahu ada lagi yang belum keluar sepenuhnya. Nampaknya belum berputus asa lagi. Walau makin di korek makin sakit, cuma bertabah sahaja.
Tahi telinga dikatakan tersumbat apabila ia terkumpul di liang telinga hingga ke tahap di mana terdapat tanda-tanda yang menyebabkan rasa tidak selesa. Adalah penting untuk diingatkan bahawa bagi kebanyakan orang, telinga mungkin tidak perlu dibersihkan kerana ia akan dibersihkan sendiri. Tahi telinga tersumbat (Blocked Ear Wax) sering berlaku apabila anda menggunakan alat seperti putik kapas atau “bobby pins” untuk cuba membersihkan telinga mereka. Tabiat ini akan menyebabkan tali telinga masuk lebih jauh ke dalam telinga dan boleh menyebabkan kecederaan pada telinga.- Sumber Doctor Oncall -Tahi Telinga Tersumbat
Sekali lagi pergi Klinik Panel di sekitar Bandar Baru Ampang, mujur ada peralatan yang boleh tengok dalam telinga tu. Pada awalnya katanya ada jangkitan dan diberitahu ada lagi tahi telinga keras. Cuma seperti biasalah, dibekalkan ubat dan antibiotik. Cuma kalini Cikza dibekalkan ear drop cair seperti biasa bukan ointment.
” Saya rasa telinga puan, kemungkinan samada ada serangga atau Kutu babi…”
Siapa tak terkejut, repeat seminggu ingatkan makin sihat, terus makin tak dengar. Doktor bekalkan surat untuk ke Hospital Ampang bertemu pakar E.N.T atau pakar telinga senang cerita. Asyik bertangguh beberapa hari sahaja, maka kebetulan, harini tiada aktiviti terus ajak suami ke hospital Ampang untuk dapatkan rawatan.
Cara Buang Tahi Telinga Yang Dah Lama Keras Cepat Dan Percuma
Untuk permulaan, Bila sampai sahaja di Hospital Ampang, terus ke klinik Pakar ENT dan Jururawat bertugas akan bertanya beberapa soalan setelah kita menyerahkan surat rujukan dari klinik berhampiran. Macam kes Cikza ni, dah lama terjadi dan berdenyut-denyut sakitnya tu. Terus di rujuk kepada pakar untuk permulaan seperti biasa kamera dimasukkan ke dalam telinga untuk melihat keadaan sebenar.
Setelah dapat pengesahan dan punca, pertama kali yang perlu dilakukan adalah terus mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan no MRN atau membuat bayaran. Disebabkan Cikza kakitangan kerajaan, maka segala proses cuci telinga ini adalah percuma.
Setelah nama didaftarkan, mula lahberdebar, tak tahu apa proses seterusnya. Setelah nama di panggil untuk kali kedua, Cikza dibawa ke bilik proses rawatan. Dekat situ diberi penerangan, akan merasakan sakit seperti biasa. Cuma kuat dengan tak kuat. Pertama telinga Cikza akan dititik katanya nama Soda Bicarbonate nak bagi lembutkan tahi telinga dalam tu.
Setelah 10 minit proses bermula, memang tak sakit dan mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit juga nak selesaikan hanya sebelah telinga sahaja. Proses tu tidak menyakitkan, dan di lakukan dengan penuh cermat dan sabar. Sesekali MA atau Medical Asistant akan beritahu progress samada dah hampir selesai atau tidak.
Selepas 30 minit, terus bahagia rasanya boleh dengar seperti biasa. Punyalah suka sampai menyanyi-nyanyi dari habis rawatan sampailah masuk dalam kereta. Hati jadi girang, rupanya mudahnya Cuci Tahi Telinga Keras Di Hospital Ampang, kos percuma bagi kakitangan kerajaan dan berbayar bagi bukan kakitangan kerajaan. Setelah jelas nyata dan terang pendengaran, seperti makanan telinga pun ada juga expired. Diberi masa 6 bulan dari tarikh temujanji harini untuk pemantauan dan dibekalkan ear drop yang ada antibiotik sekali.
Penting untuk diingati bahawa kehilangan pendengaran, pening, dan telinga sakit juga boleh disebabkan oleh punca-punca yang lain. Pemeriksaan perubatan yang lengkap dapat membantu menentukan sama ada masalah itu disebabkan oleh tahi telinga tersumbat atau masalah kesihatan yang lain.
CX plak yang rasa ngeri, sakit dan akhirnya lega. Dah macam cx plak yang kena. Into the scene sungguh baca entry cikza. Apa² pon semoga telinga cikza kekal sihat dan tak alami lagi perkara sama . ☺️
tau xpe.. sakit sikit bila dia nak sedut and tembak air tu
Macam mana nk pergi utk rawatan di Hospital Ampang ya? Kena ada surat dari klinik ke atau walk in je? Bayaran berapa ya?
Macam tempohari saya pergi klinik swasta, lepastu Dr akan buat surat refer ke hospital ampang