Bulgogi Samyang Sedap Dan Tak Pedas Rupanya| Kalau dah sebut ramen atau samyang, pasti terkenangkan ramen yang super duper pedas tak ingat tu. Sebenarnya dah berbulan jugak Cikza beli. tapi belum sekali pernah mencuba. Cuma seingat Cikza pernah cuba makan Samyang Spicy 3-4 tahun lepas terus tak boleh telan dah.
Terbaru ni sebab ada satu blogger up dalam facebook pasal bulgogi ramen. Kalau tengok memang terliur dibuatnya. Puas jugak pujuk hati ni supaya bertabah dan bersabar bila berhadapan dengan gambar makanan. Sebab Cikza memang mudah tergoda dengan gambar makanan, lepastu gosok laki supaya pergi terjah kedai tu.
Bulgogi Samyang Sedap Dan Tak Pedas Rupanya
Jika sebelum ni, Cikza selalu ke Village Grocer, kalau lalu di kawasan makanan korea confirm terpandang bulgogi ni. Tapi waktu tu, keinginan memang nak mencuba dah ada. Tapi terpaksa lupakan hasrat, selagi tak jumpa review pasal bulgogi ni. Bukan apa, sebab ramai yang bagi bad review pasal pengesahan status halal.
Jadi dah 4 bulan, ramen tu tergolek, belum ada ilham nak bukak untuk makan. Kisahnya bermula part satu hari tu, Cikza ke Village Grocer, dua tiga kali jugak lalu depan ramen tu, terpandang siap pegang lepastu letak balik. Masih tak dapat ilham lagi, terus berlalu pergi siap tawaf 3-4 kali dekat kawasan makan korea tu sahaja. Kali ke 5 malas nak fikir terus ambil masuk dalam troli. Tapi kena sorok dengan suami waktu tu, sebab kalau dia tahu confirm 7 hari 6 malam tak habis membebel.
Merajuk Dengan Suami Sebab Buat Maggi Tapi Untuk Diri Sendiri Sahaja
Nak tahu tak? Ilham nak mencuba Bulgogi Samyang ni datang, bila waktu tu Cikza merajuk dengan suami sebenarnya. Eh! manja tau Cikza ni sebenarnya dengan suami. Sebab nak jugak rasa air tangan suami. Dia buat Maggi Kari tapi tak bagi kita rasa, hanya buat untuk diri sendiri sahaja tau.
“Takpe-takpe, abang buat maggi untuk diri abang sendiri je, tak sayang saya lah tu…”
Secara kebetulan, terus bangun pergi dapur dan teringat pulak haritu ada tapau daging masak kunyit, duk 3-4 hari terbungkus dalam peti ais tu, sayang kalau nak buang. Membazir amalan syaitan katanya. Jadi apa lagi keluarkanlah apa yang patut. Hiburkan hati, pujuk hati lah kekononya ni masak sendiri, lepastu niat nak riak depan asben hehehe.
Plastik Besar Tapi Isi Dalam Kecil Je Rupanya
Excited jangan tanya, waktu bukak je plastik memang dah terbayang-bayang kepedasan, kesedapan, ditabur pulak daging goreng kunyit tu. Memang padu lah rasanya nanti. Itu sekadar berangan sahaja. Bukan Betul-betul pun. Sekali plastik dibuka, Laaa kecil rupanya isi dalam ni. memang kata orang sepeket tak cukup lah. Jadi Cikza buatlah 2 peket, dengan harapan berkongsi dengan encik husband.
Rasanya boleh lah repeat lagi, Cuma sekarang ni dekat Village Grocer macam dah Sold-Out ramen tersebut. Nampak gayanya kalau mengidam kena order dekat korea lah lepas ni. Jangan risau bagi mereka yang pertama kali mencuba. Bukannya pedas apa pun. Kalu yang suka pedas boleh potong cili api sebagai pengganti.