Bahagianya Seorang Wanita Tanpa Kehamilan Dan Zuriat Disisi | Tajuk ni agak sensitif sebab kebanyakkan di luar sana masih ramai yang masih belum dikurniakan zuriat disisi. Tapi ramai yang mengeluh dan hampir putus asa bila di sebut pasal zuriat dan kehamilan. Seperti biasa perkongsian Cikza mengenai Bahagianya Seorang Wanita Tanpa Kehamilan Dan Zuriat adalah dari pengalaman sendiri. Moga diberikan istiqamah.
Berkahwin Dan Rancang Masa Depan
Rancang masa depan itu jalan terbaik, bila dua hati dah menjadi satu ni. Seperti Cikza dan suami, tidak melalui fasa bercinta yang terlalu menonjol sangat, masing-masing mempunyai pengalaman sendiri. Ramai yang mempunyai pemikiran bila berkahwin hanya nak zuriat semata. Hampir masuk tahun ke 4 kami berkahwin. Mungkin masih belum dikurniakan rezeki zuriat lagi. Siapa tak ingin kan anak atau zuriat disisi. setiap perkahwinan semuanya berkeinginan begitu
Cikza merupakan pesakit SLE dan PCOS, sebelum berkahwin, memang suami sendiri tahu kondisi keadaan Cikza ketika itu. Sebelum berkahwin, suami pernah dipanggil untuk diberitahu mengenai tahap dan masa depan Cikza sebagai pesakit SLE oleh doktor kepada suami. Siapa tak sedih diri sendiri berpenyakit dan kondisi kesihatan ada terkait dengan masa hadapan.
7 Bulan Berkahwin Di Uji Dengan Kehamilan Luar Rahim
Bila dapat tahu, kehamilan pertama setelah 7 bulan berumah tangga, sememangnya dah dijangka oleh kami berdua. Kami terima takdir yang bakal terjadi. Cuma pada awalnya tu memang gembira. Siapa tak gembira, tiada pasangan yang tak gembira bila dapat tahu dalam rahim ada yang bakal menghuni walaupun masih diperingkat awal. Sebagai pesakit SLE, Cikza perlu diberi penekanan sepanjang awal kehamilan.
Waktu ni, memang suami bagi perhatian betul-betul. Apa sahaja keinginan semuanya ditunaikan. Tapi itulah rezeki pertama kehamilan selepas 7 bulan berkahwin. Semuanya indah tau, sebab itulah pengalaman Cikza merasa kesemuanya tau termasuk loya, keinginan nak makan sesuatu, lepastu mual dan macam-macamlah simptom awal kehamilan.
Soalan Suami Mencari Lain, Buat Cikza Jadi Down
Tahun 2019 dikira tahun kedua perkahwinan. dah 2 tahun waktu tu, tapi masih berdua. Siapa kata tak bahagia? Bahagia berdua itu datang bila suami dan isteri sentiasa memahami satu sama lain. Bagaimana mereka yang dah usia hampir 10 tahun perkahwinan. Cuma ada terkesan tau dengan segelintir yang pernah berkata-kata mengenai zuriat
” Dah 2 tahun kahwin, takda isi lagi ke?..”
” Eh! macam lama dah kahwin, memang tak boleh mengandung ke?..”
” Dah berapa orang anak dah, sebab dah 2 tahun kahwin kan?..”
” Jangan tunggu lama-lama, nanti suami cari lain..”
Siapa tak terasa kan, memang terasa sangat tau. Walaupun baru 2-3 tahun berkahwin. Tapi bagi yang 10 tahun berkahwin tu apa lagi ujian dan dugaan bagaimana nak menghadapi situasi camni. Bukan apa soalan-soalan macamni kalau ditanya bagi mereka yang tiada zuriat sangatlah sensitif. Kalau korang nak tahu, semuanya soalan tu datang dari saudara mara Cikza sendiri harap maklum. Bukan nak memburukkan tapi itulah dalam kehidupan bermasyarakat. Kuat atau tidak semuanya pada hati. ( Maaf buat yang terasa, siapa suruh bertanya )
Tahun 2020 Baru Sedar Diri Hamil Tapi Rezeki Chemical Pregnancy
Awal tahun 2020, baru sedar diri ni rupanya Chemical Pregnancy atau kehamilan kimia. Sepanjang tahun 2019 lepas dapat kata-kata pedas dari sekeliling memang Cikza cuba merancang sendiri kehamilan dengan pelbagai cara samada melalui clomid dan pregnyl tapi semuanya tak berjaya.
Cikza cuba ikut step by step apa yang pernah Cikza praktik kan sewaktu rancang awal kehamilan pertama dahulu, Alhamdulillah permulaan yang sangat padu, sebab pemantauan dilakukan setiap hari tau. Tapi kalau dah dikatakan Kun Faya Kun tu semua tertulis adalah takdir kehidupan kita. Mungkin rezeki belum masa lagi. Sejujurnya Cikza memang dah berputus harapan dah nak merancang lagi berbekalkan satu tiub follopian sahaja.
Cikza hanya ada satu tiub peranakkan sahaja, lepas mengandung luar rahim, satu tiub sebelah kanan terpaksa dibuang asbab katanya boleh mendatangkan bahaya dalam badan. Redha sahaja dengan satu tiub untuk merancang kehamilan. Tapi peluang katanya tipis.
Manusia Hanya Merancang Selebih Allah Yang Menentukan Dalam Urusan Rezeki Zuriat
Manusia Hanya Merancang Selebih Allah Yang Menentukan Dalam Urusan Rezeki Zuriat Sayang, Abang tak pernah minta bila kahwin terus nak anak sekalipun abang tahu keadaan macamana, Kita berdua pun belum tentu sempurna dalam kehidupan, ada juga masih perlu di perbetulkan sebelum menjadi ibu dan ayah. Mungkin Allah belum sedia beri rezeki sebab nak kita betulkan kesilapan yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Jangan mengeluh, abang tetap sayang dan disisi awak..
Jujurnya suami Cikza yang banyak beri kata-kata semangat dalam perjalanan kehidupan. Walaupun dia tahu keadaan isterinya bagaimana. Syukur dalam erti kata lain Cikza mendapat sokongan penuh dari suami dan kedua belah keluarga termasuk keluarga mentua Cikza sendiri.
Siapa kata berdua itu membosankan, Sepanjang 3 tahun kahwin berdua itu best tau. Dapat suami yang fham sama-sama kongsi minat yang sama tu satu kelebihan. Cikza pernah berselisih pendapat dengan suami tau, tapi semua tu adalah perkara yang paling best. Suami Cikza kata kalau bergaduh dengan Cikza ni memang best, sebab tak sampai 30 minit dah macam sweet lovely couple paling goal lah kiranya. Sebelum tu dah kira boleh baling pinggan dah.
Bahagianya Seorang Wanita Tanpa Kehamilan Dan Zuriat Disisi Cara Cikza
Nasihat Cikza pada mereka yang masih belum dikurniakan zuriat sehingga harini tu, perbanyakkan sabar. Kerana kunci kesabaran tu terletak pada hati. Cikza baru 3 tahun, kawan-kawan kita sekeliling yang dah hampir 10 tahun tu bagaimana perasaannya, tapi boleh dijadikan kekuatan dalam hati. Cikza dan suami sendiri tak pernah lepas doa walau dimana kami berada, bukan setakat tikar sejadah sahaja. Tapi acap kali bersedekah tak pernah berniat dan berdoa dikurniakan zuriat.
- Buat Aktiviti Bersama seperti Memasak, Mencuci Kereta, Jalan-Jalan Cari Makan Berdua atau bercuti berdua (Honeymoon)
- Bersedekah Jangan Lupa Niat Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Dikurniakan Zuriat
- Berbuat Baik Kepada Semua Orang Dengan Niat Semoga Allah Memakbulkan Urusan Doa Kita
- Sentiasa Bergembira Dalam Menjalani Kehidupan.
- Berbuat Baik Kepada Binatang Sekeliling seperti rajin memberi makan dan sentiasa berinteraksi minta didoakan agarkita dberi rezeki zuriat dan kehidupan yang baik.
- Lalui kehidupan seharian dengan penuh positif dan amalkan gaya hidup sihat. Jaga pemakanan itu penting.
- Jangan stress, tapi hiburkan hati dengan makanan dan sentiasa tenang.
Ingat satu sahaja, setiap rezeki ajal maut semua tertulis dari Allah swt. Mungkin rezeki kta bukan dari segi zuriat tapi kelebihan kita terletak pada yang lain. Jangan pernah berputus asa dengan ujian yang allah berikan. Jangan stress untuk berfikir, kerana dari sudut lain ada yang lagi susah daripada kita.
Sebak baca entri kali ni. Saya doakan Allah angkat dosa-dosa Cikza asbab sabarnya dalam usaha nak hamil ni. Allah dah rezekikan bahagia berdua dengan suami, semoga Allah bagi zuriat akhirnya nanti.
amin, terima kasih ya
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah.
Amir Azman recently posted…Storan Pendrive Lebih Rendah ?
amin, terima kasih ya