5 Sebab Kenapa Kita Wajib Di Bayar Untuk Menulis Artikel | Jarang saya nak ketengahkan Isu lama takut ada yang terasa. Tapi sengaja Cikza bercerita agar mereka yang tak faham atau baru nak mula menjadi blogger tu faham. Beberapa blogger sendiri telah membuat perkongsian mengenai isu ini.
Murahnya Harga Nilai Seorang Penulis Blog Bila Semuanya Percuma
Kebiasaan kita akan mendengar isu ini hangat diperkatakan buat mereka yang baru mula-mula nak menjadi seorang penulis blog. Sebagai permulaan sampai sanggup menerima tawaran percuma atau tiada win-win situation, agar content blog sentiasa update. Tapi ramai yang masih tak nampak lagi, Kenapa Kita Wajib Di Bayar Untuk Menulis Artikel?
Cikza sendiri, bermula dari tahun 2009, dan rebranding semula menggunakan jenama sendiri pada tahun 2016. Untuk permulaan memang agak struggle nak mencari content. Tapi inisiatif sendiri untuk mendapatkan. Tapi, tahun 2020, masih ada lagi yang terima tawaran menulis artikel secara percuma atau tiada win-win situation.
5 Sebab Kenapa Kita Wajib Di Bayar Untuk Menulis Artikel
Untuk sharing harini, sila baca sampai habis terutama kepada mereka yang baru berjinak dalam blog, kenapa seorang penulis perlu mengenakan Caj bagi setiap artikel yang akan di letakkan di blog. Mohon maaf seandainya artikel ini akan buatkan ramai yang terasa.
1 – Idea Kreativiti Sendiri
Terasa tau, salah satunya idea. Tapi kenapa idea? Sebenarnya idea yang datang dari kita sendiri adalah mahal harganya. Sebab itu adalah hak kita untuk berkarya, asbab niat memang baik untuk berkongsi tapi jika untuk penulisan sesuatu produk, karya idea kita wajib di kenakan caj, kerana itu adalah nilai sebenar harga diri kita sebagai seorang penulis blog dan produk.
2 – Blog Sebagai Sumber Pendapatan
Ya! Tahun 2020, blog masih relevan lagi dijadikan sebagai sumber pendapatan. Kaedah ini masih lagi relevan, umumnya ramai mengetahui yang kuasa penulisan dapat membantu menjadikan satu produk tu viral satu dunia. Sebagai contoh kisah Sugu Pavithra, bermula sebagai Youtuber sahaja, tapi kita menjadikan kisah beliau sebagai satu penulisan artikel di blog masing-masing. Dan secara tak langsung, blog kita akan menjadi sumber rujukan satu cerita.
3 – Bayaran Semula Penggunaan
Ramai yang terima tawaran jemputan Majlis dari luar, tapi tahukah anda, semua itu memerlukan kos, Antaranya kos minyak dan pengangkutan, itu semua kita kena fikir, bukan berkira/ Tapi sampai bila? jika semuanya secara percuma. Tanya diri sendiri. Jika kita terima tawaran secara percuma, siapa yang akan membayar, kos pengangkutan untuk ke tempat kejadian, tol, makan minum, dan kos internet yang digunakan untuk menulis artikel. ( Takkan kita nak duduk Starbuck’s Semata-mata nak dapatkan Wifi)
4 – Content Artikel Yang Berkualiti
Ramai yang terlepas pandang bab ni, Kalau anda rajin dan konsisten untuk menulis artikel yang berkualiti, itu adalah salah satu kelebihan yang ada pada diri kita. Dan secara konsistennya jika kita menulis artikel penuh kualiti, ini dapat juga membuka ruang rezeki buat kita semua. Sebagai contoh jika artikel menarik, dan menjadi buah mulut orang, seterusnya kita mendapat tawaran penulisan artikel, dan menjadikan satu artikel dari blog kita yang dah hangat diperkatakan, adakah anda masih lagi ingin meletakkan ianya secara PERCUMA tanpa tukaran sama nilai dengan harga caj yang kita tawarkan?
5 – Penghargaan Buat Diri Sendiri
Harga Diri sebagai penulis. Ya! ini adalah salah satu harga diri kita sebagai seorang penulis. Pernah tak, anda merasakan jika PR menawarkan satu penulisan artikel berbayar, dan kita akan akan terasa dihargai bila artikel tersebut di bayar atas rasa penghargaan sebagai sorang penulis.
Adakah Anda Masih Lagi Ingin Katakan Semuanya Secara Percuma?
Kesan juga dapat dilihat buat mereka yang telah lama berpengalaman dalam industri ini. Terutamanya mereka yang telah lama bertapak mencipta nama. Tapi dek kerana mereka yang baru nak mencipta nama menerima tawaran semuanya secara percuma, ini buat mereka yang di gelar otai dalam industri ini terkesan. Sebab semuanya secara percuma. Akhir kata jadilah Penulis yang bijak. Bukan kita nak mengharapkan bayaran atau baucar sebagai tukaran sama nilai dengan harganya tapi cukuplah diberi penghargaan.
Loving this article Cik Za! Harap semua blogger bersatu hati untuk katakan Tidak pada free product review😉
A Girl Like You recently posted…Yellow Brick Road @ Plaza Batai