Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga | Sementara hujung minggu ni, tak tahu nak masak apa, Cikza pasti ramai yang masih tercari-cari menu yang sesuai untuk dijamu bersama keluarga. Tapi Menu yang Cikza nak kongsikan ni pun boleh juga di buat jualan. Disebabkan Mak ayah Cikza berasal dari Johor. Harini Cikza nak buat perkongsian mengenai Laksa Johor, Jika entri lepas Cikza ada perkongsian mengenai resepi Beriani Johor.

Cikza belajar memasak Laksa Johor adalah dari mama Cikza sendiri, Puan Rosnah Abdul Rahman. Cikza bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang suka memasak, banyak resepi yang Cikza pelajari dari mama dan abah Cikza yang merupakan Chef bagi kami. Setiap kali menjelang raya pasti ternanti-nanti 2 chef ini beraksi.

Resepi Laksa Johor 

Bahan-Bahan Utama :- 

  • 3 kg Ikan Kembung / Tenggiri
  • 1 peket Spagethi
  • 2 sb Kerisik Kelapa
  • 5 sb Cili Boh
  • 1 peket kecil Serbuk Kari
  • 3 batang serai
  • 2 kotak kecil santan
  • Air
  • 8 keping Asam Gelugor ( 4 keping untuk rebusan ikan / 4 keping untuk kuah laksa )
  • Garam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Minyak

Bahan-Bahan Kisar :-

  • 4 ulas Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 2 sb Udang Kering

Bahan Hiasan :-

  • Daun Kesum
  • Kacang Panjang
  • Bunga Kantan
  • Timun
  • Limau Nipis
  • Bawang Besar
  • Taugeh

Cara Penyediaan Rebusan Ikan : 

  • Rebus ikan bersama asam gelugor sehingga masak, dan terus asingkan isi serta tulang-tulang ikan
  • Kisar Isi Ikan terlebih dahulu sampai lumat ( Jika pekat, tambah air sedikit )
  • Untuk dapatkan air ikan yang sedap, kisar kesemua tulang dan kepala ikan sekali ( kalau nak sedap guna air rebusan ikan tadi )
  • Tips : Untuk Kuah Lebih Sedap Guna 100% dari air rebusan ikan. 

Cara Penyediaan Kuah Laksa 

  • Tumiskan serai 3 batang sampai naik bau, masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan cili boh dan serbuk kari tumis sampai pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, terus masuk, isi ikan yang telah dikisar tadi, kacau bagi sekata
  • Masukkan air rebusan ikan dan biarkan didih. Lepastu boleh masukkan santan kacau bagi sekata.
  • Masukkan kerisik, garam, asam gelugor dan serbuk perasa.
  • Biarkan didih pekat seketika. Hidangkan bersama Spagethi dan Bahan Hiasan Yang Ada

Bahan-Bahan Sambal Belacan 

Bahan Penyediaan :-

  • 10 biji Limau nipis ( 3 biji untuk dikisar sekali )
  • Belacan
  • Cili Padi Merah / Cili Merah
  • Bawang Putih
  • Garam Halus
  • Additional : Gula

Cara Penyediaan : 

  • Satukan semua bahan seperti Cili Padi Merah, Bawang Putih, belacan dan Garam Halus, Kisar sampai Lumat.
  • Perahkan air limau nipis dalam bahan kisaran tadi.
  • Tips: Nak lagi sedap ambil 2-3 bji limau kisar bersama 

 

Semoga ianya bemanfaat buat semua, Cikza berkongsi moga ada yang mereka terkesan dengan MCO, boleh lah buat untuk berniaga kecil-kecilan. Doakan Cikza murah rezeki dan dikurniakan zuriat ye.

 

 

 

 1,047 total views,  4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge