Cara Masak Nasi Beriani Johor Sedap Senang Dan Puas Hati | Sementara hujung minggu ni, tak tahu nak masak apa, Cikza pasti ramai yang masih tercari-cari menu yang sesuai untuk dijamu bersama keluarga. Tapi Menu yang Cikza nak kongsikan ni pun boleh juga di buat jualan. Disebabkan Mak ayah Cikza berasal dari Johor. Harin Cikza nak buat perkongsian mengenai beriani Johor

Cikza belajar memasak beriani Johor adalah dari mama Cikza sendiri, Puan Rosnah Abdul Rahman. Cikza bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang suka memasak, banyak resepi yang Cikza pelajari dari mama dan abah Cikza yang merupakan Chef bagi kami. Setiap kali menjelang raya pasti ternanti-nanti 2 chef ini beraksi.

Resepi 1 : Nasi Beriani Johor 

Bahan Penyediaan : 

  • 5 Cawan  Beras Basmathi
  • 6 Cawan Air
  • 1/ 2 tin Susu Cair
  • 4 Sb Rempah Beriani
  • 3 Sb Minyak Sapi
  • Daun Ketumbar
  • Daun Pandan
  • Bawang Besar } Kisar Sampai Halus
  • Bawang Putih } Kisar Sampai Halus 
  • Halia } Kisar Sampai Halus
  • 2 biji Tomato belah 4
  • Rempah 4 sekawan ( Kayu Manis, Bunga Lawang, Cengkih, Buah Pelaga ) 
  • Garam
  • Kismis / Gajus
  • Pewarna Kuning
  • Tomato Puree ( Jika Perlu, Nak Nampak nasi Cantik ) 

Cara Penyediaan 

  • Basuh Beras dan sukat mengikut seperti diatas, sebab beras basmathi ni, sensitif tak boleh terlebih air nanti jadi terlalu lembik nasi.
  • Panaskan periuk, masukkan Minyak sapi, tumiskan rempah 4 sekawan ( Kayu Manis, Bunga Lawang, Cengkih, Buah Pelaga ), Daun Pandan, dan bahan kisar sehingga naik bau ( Kalau nak letak tomato puree adalah waktu penumisan ) 
  • Masukkan rempah beriani 4 sudu, Kismis dan Gajus dan kacau sampai  naik bau semerbak. Jangan lupa masuk garam.
  • Bila dah semerbak masukkan susu cair, air dan beras. kacau bagi rata. Perasa garam dan letak daun ketumbar, serta buah tomato.
  • Bila nasi dah hampir kering, masukkan pewarna kuning dan biarkan seketika.
  • Bila dah kering barulah kacau, nanti anda akan nampak selingan warna kuning yang nampak cantik.

Resepi 2 – Daging Masak Beriani

Bahan Penyediaan : 

  • 1.5kg Daging ( Rebus sampai empuk )  
  • Minyak
  • Garam
  • 1 cawan rempah beriani
  • 1/2 cawan rempah kurma ( jika nak lagi umpphh ) 
  • 1 Tin Kecil Tomato Puree
  • 2 Tin Susu Cair
  • 1 Tin Air
  • 4 Sb Gula Merah
  • Daun Ketumbar
  • Kismis / Gajus
  • 4 biji Tomato ( Belah 2 ) 
  • 4 biji Kentang
  • 4 Biji Telor Rebus

Bahan Kisar ( Untuk Dapatkan Kuah Lebih ) : 

  • 10 batang Cili Hijau
  • 5 bij Bawang Besar
  • 15 biji Bawang Putih
  • 4 batang akar daun ketumbar
  • 3 batang serai

Cara Penyediaan : 

  • Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik bau. Selepas tu masukkan rempah beriani, rempah kurma dan tomato puree kacau hingga garing sebelum masukkan air , garam dan kentang.
  • Biarkan seketika mendidih masukkan susu sejat, dan kacau sekata, bila dah separuh pekat masukkan kismis, gajus dan daging yang telah di goreng separuh masak. Biarkan seketika. Jangan lupa perasa garam dan kentang samada empuk atau tidak.
  • Bila dah hampir nak masak, masukkan tomato, gula melaka, dan daun ketumbar biarkan seketika.
  • Setelah masak, terus masukkan telor rebus. Okeh dah siap masak.

Resepi 3 – Acar Timun/Nenas 

Bahan Penyediaan : 

  • 1 batang Timun ( Hiris separa halus )
  • 1 bji nenas ( Hiris separa Halus )
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang Cili Merah ( Buang Biji Dan Hiris )
  • 1sk Garam
  • 1 sb Gula
  • 1 sk Oren Sunquick

Cara Penyediaan :- 

  • Satukan kesemua bahan diatas dan perapkan 1-2 jam di dalam peti ais.
  • Kacau bagi sekata sekali lagi dan hidangkan.

Resepi 4 – Pajeri Nenas 

Bahan Penyediaan :-

  • 1 biji nenas ( Potong Nipis ) 
  • 1/2 sk Serbuk Kunyit
  • 1 sk Garam
  • 1 sb Gula
  • Kayu Manis
  • Minyak

Bahan Kisar : 

  • 8 ulas Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 tangkai Cili Merah
  • 1sk Udang Kering

Cara Penyediaan : 

  • Tumis bahan kisar sampai garing, masukkan kayu manis, serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan nenas, dan gula biarkan sampai masak ( Tak perlu letak air, kerana nenas akan mengeluarkan air ) 
  • Taburkan bij sawi dan biarkan.

Resepi 5 – Ayam Masak Merah Kenduri ( Tatapan hampir 41k ) 

Bahan-Bahan 

  • 1kg ayam ( Goreng Terlebih Dahulu )
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1/2 tin susu cair
  • air
  • Minyak
  • Garam & Gula
  • Daun Ketumbar ( potong 4 bahagian )

Bahan Kisar 

  • Segenggam Cili Kering
  • 1 Ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch Halia

Cara Penyediaan

  • Tumiskan Bahan kisar tadi sehingga masak dan garing.
  • Masukkan tomato puree dan biarkan 5 minit.
  • Lepastu masukkan susu cair/air ( ikut suka ) sebab nak bagi berkuah/ garam/ gula dan biarkan seketika,
  • Bila dah didih masukkan ayam terus gaul rata. Lepastu tabur daun ketumbar dan kacau rata. Boleh terus hidang.
  • ( Kalau nak sedap letak kacang pea’s)

 

 

 2,636 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge