You Must Check These Pizza’s Out If You Are in Kuala Lumpur

You Must Check These Pizza’s Out If You Are in Kuala Lumpur | Waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, memang tak perlu keluar ke rumah jika tak penting. Ini adalah arahan daripada Kerajaan supaya kita semua terhindar dari mudarat penyakit Covid-19. Ia samada menjadi mangsa Covid-19 atau menjadi penyebar wabak penyakit ini. Cuma dalam kebelakangan ni, rasanya ramai yang dah mula bosan untuk jamah nasi.

Bagi mereka yang duduk di Kuala Lumpur, adalah satu kelebihan yang boleh di katakan sebagai “Lubuk Syurga Makanan“. Sebut sahaja di mana pasti ada sahaja tempat yang akan di syorkan. Tapi sepanjang tempoh Kawalan Pergerakkan Pemulihan ni, kebanyakkan kedai makan sudah mula beroperasi. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia, kena sentiasa berwaspada tentang wabak Covid19. Usah risau, tak perlu mengambil masa yang lama atau keluar memandu untuk dapatkan makanan yang diinginkan. Semuanya kini di hujung jari.

5 Pizza Paling Popular Di Kuala Lumpur Yang Menjadi Tumpuan

1 – La Risata Ampang & Damansara 

La Risata, yang bermaksud “ketawa”, adalah dua restoran yang meriah di pinggir bandar Ampang dan Medan Damansara. Turut menyajikan beberapa makanan Itali terbaik di Kuala Lumpur sejak tahun 1996. Rasanya Restoran ini sudah cukup terkenal di kalangan para pelancong dan mereka yang pernah berkunjung ke La Risata ni.  Terkenal dengan pelbagai gaya hidangan Itali asli dari tradisional ketuhar kayu bakar pizza. Yang pasti setiap gigitan akan meninggalkan satu kesan yang mendalam dalam hati.

2 – Me’Nate Steak House 

Me’Nate Steak House kebiasaan kita akan dengar jenama ni, disebabkan berkaitan dengan steak Daging dan masakan barat yang lain. Pertama kali sejak tahun 2011 dibuka, Cikza baru tahu rupanya Me’nate turut menyajikan sajian Pizza kepada penggemar makanan barat. Baru-baru ni Cikza adalah tengok beberapa menu unik yang disediakan untuk menarik minat pembeli sempena raya kalini. Antaranya seperti Pizza Satay dan Pizza Rendang. Tapi All time Pizza turut disediakan seperti biasa.

3 – Pizza Roma, Ampang 

Pizza Roma, Ampang terletak di jalan Ampang, berhadapan M-City rupanya turut menjadi tumpuan warga kota. Pelbagai variasi pizza yang boleh didapati di sini seperti Spicy Calamari, Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni dan banyak lagi. Selain itu juga turut menyajikan Pizza buatan itali sebenar yang juga korang boleh cuba. Hasil feedback dari orang ramai, rata-rata amat menyukai variasi pizza yang disediakan. Selain pizza turut juga disediakan hidangan lain seperti variasi pasta dan sandwich yang boleh korang pilih.

4 – Domino’s Pizza Malaysia 

Domino’s Pizza Malaysia ini menjadi pilihan Cikza dan mereka yang lain. Sebut je Domino’s pasti ramai yang dah tahu apa menu yang menarik disediakan disini. Tapi pilihan layer roti pizza pilihan Cikza adalah Chili Cheese Burst ada pedas dan lebih cheese meleleh. Memang sedap dan padu. Pelbagai variasi menu yang All Time Pizza turut disediakan seperti Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni dan macam-macam lagi. Selain Pizza, menu lain yang menjadi pilihan adalah “Party Box” ada pelbagai dalam tu seperti ayam, PopCorn Ayam, dan macam-macam lagi.

5 – Pizza Hut, Malaysia 

Pizza Hut, Malaysia usah di tanya lagi, sebelum ada dominos lagi, jenama ni dah popular di Malaysia. Kalau di Pizza Hut, antara yang menjadi sebutan adalah Pasta yang disebut-sebut. Variasi Pizza yang disediakan juga turut ada seperti Chicken Supreme, Island Supreme, Aloha Chicken dan macam – macam lagi lah. Selain pizza, turut disediakan variasi pasta. Cuma nak beritahu, kalau order pasta memang puas hati. Antara yang menjadi pilihan adalah seperti Creamy Spaghetti Carbonara lepastu tabur Chilli Flakes memang padu dan sedap.

FOOD PANDA Semuanya Kini Di Hujung Jari Dan Banyak Pilihan 

Rasanya semua dah tahu, Aplikasi Food Panda yang turut menyediakan pelbagai variasi makanan yang anda inginkan. Untuk Perintah Pergerakkan Kawalan Pergerakkan Pemulihan ni, rasanya pilihan terbaik adalah untuk menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan makanan tanpa perlu bersesak dan beratur panjang. Aplikasi ini juga, sangat membantu untuk anda yang malas nak beratur panjang untuk membeli makanan kegemaran. Di Food Panda semuanya ada.

Dari yang masakan melayu tradisional, Cina dan India termasuklah makanan barat yang sentiasa menjadi pilihan. Jika anda teringin nak makan Pizza, boleh rujuk aplikasi food Panda untuk antara kedai atau restoran yang turut menyediakan Pizza Delivery kegemaran anda. Jadi apa tunggu lagi. Cepat buat tempahan Pizza Kegemaran anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge