Semakan Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) | Assalammualaikum, Harini ada berita baik untuk mereka yang memohon Geran Khas Prihatin (GKP). Semua permohonan yang dibuat semasa tempoh permohonan dibuka pada bulan lepas kini boleh disemak mulai HARINI  3 Jun 2020. Rasanya pasti ramai yang terkesan dengan BPN tempohari. Diharapkan Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) dapat membantu buat para peniaga yang terkesan dengan kejatuhan perniagaan sepanjang PKP.

Menurut artikel Berita Harian bercetak yang ditulis oleh Mohd Zaky Zainudddin pada 2 Jun 2020. Artikel itu menerangkan bahawa segala capaian semakan permohonan boleh dilakukan mulai esok. Cikza nasihatkan elok semakan dibuat pada tengah malam kerana talian tidak berpa sibuk ketika tu. Based on pengalaman masa semakan Bantuan Prihatin Nasional tempohari.

Kerajaan meluluskan 488,857 atau 76 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro daripada 643,000 yang diterima setakat tarikh tutupnya 15 Mei lalu..

Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP)

GKP merupakan Geran Khas Prihatin (GKP) yang diwujudkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Melalui inisiatif ini juga, geran khas sebanyak RM3,000 telah disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka dimemanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Syarat Bantuan Gerakan Khas Prihatin (GKP)

  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik
    • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Maklumat Berkaitan Bantuan Gerakan Khas Prihatin 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan melalui 4 kaedah yang diumumkan oleh LHDNM seperti berikut :
  • Hasil Care Line (HCL) yang mengendalikan talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
  • Melalui HASiL Live Chat, disediakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan pantas Maklumbalas LHDN
  • Media sosial rasmi LHDNM, iaitu Facebook – Facebook LHDN Twitter Twitter LHDN
  • Portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) GKP

 

SEMAKAN BANTUAN KHAS PRIHATIN (GKP) 

 

 910 total views,  1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge