Sambal Kering Ikan Bilis Rangup Pedas Dan Sedap | Rasanya semua orang suka makan pedas betul tak? Tapi rasanya macam tak semua yang boleh tahan pedas. Macam Cikza, jenis tak tahan pedas. Mudah pedih dekat perut. Tapi bila di tanya suami, sememangnya beliau jenis pemakan dan kalau boleh satu hidangan yang disediakan pedas.
Terpanggil untuk mencuba satu produk keluaran SpicyMama, khabarnya ramai yang berkata buku bertemu ruas. Boleh dikatakan jika 10 orang yang mencuba, hanya 8 sahaja yang berjaya menahan pedas. Tapi sepanjang bulan puasa tempohari memang payah nak cari makanan kering. Maklumlah waktu tu Perintah Pergerakkan, jadi kebanyakkan kedai pun tutup.
Sambal Kering Ikan Bilis Rangup Pedas Dan Sedap
Kalau nak tahu, perkongsian harini mengenai Sambal Kering Bilis di katakan dah viral satu pejabat tau. Bukan apa, Cikza yang tak kuat pedas pun boleh tahan makan sambal tersebut begitu sahaja. Rasanya dah menjadi kewajipan untuk simpan dalam beg tangan. Mujurlah sambal tersebut mudah di bawa ke mana sahaja.
“Kenapa Sedap Sangat Sambal Ni…”
Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Cikza sewaktu mencuba sesudu sambal tersebut bersama nasi panas-panas. Bahan – Bahan yang terkandung dalam produk tu seperti Bawang Merah, Bawang Putih, Gula, Garam, Cili, Minyak Masak. Dan yang peling penting Ikan Bilis Premium. Patutlah sedap, rupanya menggunakan ikan bilis premium yang kalau anda semua tahu, harga nya tak boleh nak kata, tapi berbaloi.
Antara Sebab Mengapa Sambal Kering Ikan Bilis Rangup tu sentiasa mendapat sambutan sampai kehabisan stok dibuatnya :-
- Menggunakan Stok Ikan Bilis Premium
- Tahap kepedasan yang boleh buat orang rasa nak lagi dan lagi;
- Yang paling penting adalah buatan Malaysia dan bukan Import dari mana-mana
- Ikan bilis yang rangup tu boleh jadi tarikan untuk dijadikan kudapan begitu sahaja.
- Bukan setakat nasi, ia juga boleh dihidangkan bersama sup dan jangan terkejut boleh dijadikan pes nasi goreng
- Yang paling penting Halal dan sesuai boleh di bawa Travel kemana-mana sebab botol yang kecil boleh memuatkan dalam beg tangan.
Jadi Kedekut Disebabkan Sambal Ikan Bilis Rangup Terlalu Sedap
Kalau nak tahu, disebabkan sambal ni terlalu sedap, Cikza sangggup tidak berkongsi dengan sesiapa pun. Dan sentiasa bawa sambal tersebut dalam beg walau kemana Cikza pergi. Termasuklah makan di kedai makan mana-mana sekalipun. Jangan kata Cikza, suami pun dah turut tertanya-tanya sambal tesebut. Setiap kali nak mula menyuap makanan mula lah beliau bertanya sambal. Tanpa segan silu Cikza keluarkan dari beg tangan tau.
Kebetulan, mak mertua datang rumah, Cikza bagi mak mertua rasa tau. Tapi kebiasaan apa yang orang tua kata memang betul. Mak mertua kita puji melambung sambal ni terlalu sedap sampai nak beli buat stok di rumah. Pujian diberikan dan sambal bilis ni ramuanya semuanya cukup tiada yang terkurang. Berbaloi kalau beli simpan.
Ini Baru Buku Bertemu Ruas, Selepas Sekali Suapan
Betul tau, ini baru buku bertemu ruas. walau pedas tapi sejujurnya Cikza yang tak kuat makan pedas, terus jadi pemakan makanan pedas. Kalau makan tu, tapi sambal bilis ni tidak terhidang sama, bagaikan ianya belum cukup syarat lagi. Wajib dalam setiap hidangan letak sesudu dalam pinggan. Kalau tak cuba kita tak tahu rasa sedap ke tidak, tapi bila dah cuba ternyata sambal ikan bilis rangup ni Cikza percaya boleh pergi jauh. Kalau korang nak tahu, SpicyMamam akan beri giveaway Sambal Bilis Rangup kepada mereka 50 yang bertuah. Kalau anda nak jadi yang bertuah sila isi form di bawah
Kalau ada yang nak mencuba keenakkan sambal ni, anda boleh terus tengok detail di bawah:
Facebook SpicyMama | Instagram SpicyMama
kalau makan ni memang susah nak berhenti, memang sedap
Tau x pelah, tak berhenti.. ni pun nak beli lagi buat stok