RESEPI MUDAH AYAM PANGGANG KENNY ROGERS | Dekat rumah Cikza untuk sekarang, memang suami hanya jamah nasi sehari sekali sahaja. Sebagai isteri Cikza sedang cuba untuk mencari alternatif makanan sihat untuk suami. Maklumlah selepas di sahkan berpenyakit darah tinggi ni, kena berpantang dan jaga makan minum beliau.
Jika sebelum ni, pernah cuba buat seakan ayam percik, lelama suami jadi bosan, cubalah Cikza untuk mencari kelainan. Sesekali nak juga cuba resepi baru, sememangnya kalau kita olah campak-campak memang sangat menjadi. Cuma kalini resepi yang sangat mudah sememangnya seakan makan di nandos atau Kenny Rogers Roasters tau. Suami siap beri pujian melambung selepas ni jimat tak perlu pergi tempat mahal-mahal lagi.
Sayang, lepas ni rasanya tak perlu pergi tempat mahal-mahal lagi dah, sebab semuanya sayang dah pakar tapau buatkan untuk abang…”
RESEPI MUDAH AYAM PANGGANG KENNY ROGERS
Bahan-Bahan
- Ayam 1 kg potong 4 Bahagian ( Tapi Cikza guna Spring Chicken, Di Village Grocer RM10.20)
- 3 Ulas Bawang Besar
- 4 Ulas Bawang Putih
- 1 inci Halia
- 2 SB Lada Hitam Kasar
- 2 SB Madu
- 1 kiub Ayam Knorr
- 2 SB Mixed Herbs
- 1 1/2 SK Garam Halus
- 3 SB Olive Oil ( Guna Minyak Biasa Pun Boleh )
Cara Penyediaan :
- Pertama sekali perapkan ayam dengan Mixed Herbs / sedikit Lada Hitam Kasar / Madu / Olive Oil
- Lepastu, unuk penyediaan rempah perapan, kisarkan Bawang Besar / Bawang Putih / Halia / Lada Hitam Kasar / Kiub Ayam Knorr / Garam kisar sampai halus tanpa air. ( Kalau lebih lada hitam kasar lagi umphh )
- Selepas dah kisar sampai lumat, terus lumurkan pada ayam untuk sempurnakan perapan. Perasa garam, jika kurang boleh tambah.
- Untuk perapan ayam, seeloknya dibuat 4-5 jam sebelum nak panggang atau bakar. Lagi lama perap, lagi sedap sebab bahan dalam tu dah sebati dalam perapan tersebut.
- Panggan dalam oven ikut suhu 180″ selama 45-50 minit. Nak lagi mudah guna Air Fryer sahaja hanya set masa 20min dalam suhu yang sama. Tapi setiap 10 minit tu sila tukar kedudukan ayam tadi nak bagi masak sekata.
- Ayam panggang siap bila warna bertukar kekuningan dan nampak juicy
Hallamak. Terus rasa nak manggang ayam ni.
haaaaa senang je, campak2 terus jadi tau
Fuhhhh boleh cuba ni.. Kita mmg suka ayam panggang ala2 kenny rogers ni. Lebihan ayam boleh buat sandwich ayam. Thanks share resipi ni cikza
aah, tempohari ada ayam x habis, suami grill balik then buat sandwich
Sedap ni dini pernah buat resepi lebih kurang gini memang sedap 😁👍
haaa kan. yang ni ada yang cikza olah sikit