Peluang Bina Kerjaya Di MyFutureJobs | Penganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah yang mencari kerja boleh mendaftar terus di MyFutureJobs mulai harini. Rasanya ramai graduan dan mereka yang berkerjaya kini di buang kerja akibat Covid-19. Program Insentif Pengambilan Pekerja ( PenjanaKerjaya ) adalah bertujuan membantu mereka mencari dan mengisi jawatan kosong yang di tawarkan.
Program ini adalah di bawah seliaan Perkeso di mana Majikan yang mencari pekerja juga boleh mendaftar kekosongan jawatan dan profil syarikat mereka dalam laman sesawang PenjanaKerjaya untuk layak terima insentif mulai 1 Julai 2020. Kesemua mereka yang mencari pekerjaan hanya perlu mendaftarkan diri melalui secara atas talian (Online) tanpa perlu ke Pejabat Perkeso berhampiran.
Cara Daftar MyFutureJobs Untuk Pencari Kerja
MyFutureJobs merupakan portal percuma untuk semua pencari kerja dan majikan yang dibangunkan berdasarkan kerangka Perkhidmatan Pekerjaan Awam mengikut definisi Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Jadi bagi pencari pekerjaan seperti graduan menganggur, anda tidak perlu khuatir atau risau kerana portal yang di sediakan sangat bermanfaat untuk semua.
- Terus Ke Laman Penjana Kerjaya My FutureJobs
- Klik Icon Untuk Pencari Kerja
- Isi Butiran Yang Disediakan di ruangan “Job Seeker Sign In”
- Selepas itu anda boleh memulakan padanan pekerjaan dan pencarian pekerjaan
Cara Mohon Insentif PenjanaKerjaya
- Bagi majikan yang telah mengambil pekerja melalui program MyFutureJobs, mereka diwajibkan mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.
- Mulai 15 Jun 2020, semua majikan boleh mendaftarkan profil majikan di portal Penjana Kerjaya melalui laman sesawang Penjana Kerjaya MyFutureJobs
- Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui Penjana Kerjaya MyFutureJobs untuk kelulusan bayaran insentif.
Capaian Internet Kawasan Luar Bandar
Untuk mereka yang di luar bandar, mempunyai capaian internet yang kurang memuaskan, usah khuatir. Anda hanya perlu ke Pusat Internet Desa berhampiran untuk melayari laman sesawang berikut. Kita pun umum mengetahui, yang capaian kelajuan internet di kawasan luar bandar agak kurang memuaskan. Justeru itu, setiap Pusat Internet Desa telah di tempatkan mereka yang berpengalaman untuk mengendalikan semuanya.
Untuk makluman semua, MyFuture Jobs Perkeso adalah satu portal yang disediakan untuk membantu mereka yang pencari kerja dan untuk padanan pekerjaan, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk memanfaatkan Perkhidmatan Pekerjaan Negara, melalui MyFutureJobs yang berkait rapat dengan fungsi bagi membolehkan Kaunselor Kerjaya Perkeso menyediakan satu sokongan individu untuk pencari kerja terutama golongan mereka yang terjejas.