Cara Buat Tuntutan Di MySalam Akibat Covid-19 | Baru-baru ni, kalau ada yang mengikuti perkembangan Cikza, tempohari dalam bulan April 2020, Cikza telah pun di kuarantin hanya disebabkan disyaki Covid-19. Waktu tu, hanya tuhan sahaja yang tahu.
Baca : Pengalaman Di Wad Isolasi Dan Bebas Virus Covid-19
Tahukah anda? Walau di syaki Virus Covid-19 oleh hospital kerajaan sekalipun, masih boleh membuat tuntutan di Portal MySalam. Kalau sebelum ni, hanya dikalangan mereka yang di sahkan terkena virus Covid-19 cuma boleh buat tuntutan. Tapi untuk sekarang, rangkuman termasuk yang di syaki.
Cara Buat Tuntutan Di MySalam Akibat Covid-19
Rasanya ramai yang masih belum tahu lagi, selain Covid-19, kita juga boleh buat tuntutan bermalam di wad hospital kerajaan terpilih sahaja. Sebagai contoh, Cikza pesakit SLE, telah disahkan oleh docktor, dan terpaksa masuk wad akibat radang penyakit tersebut. Maknanya Cikza boleh buat tuntutan elaun harian duduk di wad hospital kerajaan.
Cara Buat Tuntutan Di MySalam Akibat Covid-19
- Masuk terus ke Portal MySalam
- Daftar Masuk No Kad Pengenalan & Kata Laluan
- Terus Klik Pada “Tuntutan”
- Sebelum membuat tuntutan pastikan semua dokumen yang di perlukan cukup.
- Kad Pengenalan Depan Belakang
- Nota Discaj Dari Hospital Kerajaan
- Klik Pada “Penyerahan Tuntutan”
- Dan Terus Klik Pada yang di kehendakki
- Tuntutan Hospitaliti ( Bagi tuntutan kemasukkan wad)
- Tuntutan Penyakit Kritikal
- Isi Butiran Yang diperlukan seperti :-
- Tarikh Kemasukkan Wad
- Tarikh Keluar Wad
- Muat Naik Dokumen
- Selepas Muat Naik Dokumen Pastikan klik Pada Butang “Lampirkan”
- Klik pada butang “Hantar”
- Dan seecara automatik, permohonan akan di masukkan ke ruangan “Status Tuntutan”
Tempoh Pembayaran Tuntutan MySalam
Untuk tempoh pembayaran tuntutan MySalam adalah selama 2 minggu dari tarikh di daftarkan. Umumnya ramai yang tidak mengetahui akan kelebihan MySalam ini. Penerima Bantuan Sara Hidup adalah secara automatik layak menerima tuntutan MySalam. Jadi semak sekarang, jangan tunggu-tunggu. Semoga tuntutan ini dapat memberi manfaat kepada semua.