Asam Pedas Melaka Terbaik Di Ampang, Selangor | Baru-baru ni, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masing-masing dah mula bertugas seperti biasa. Ada satu hari tu, suami teringin nak makan asam pedas melaka, sampai tanya perlu ke kita pergi Melaka semata nak makan asam pedas sahaja.
Rupanya, selang beberapa hari, beliau dah buat risikan dari kawan-kawan, tak perlu susah payah ke Melaka semata nak makan Asam Pedas Melaka. Di Ampang ni rupanya ada satu tempat yang betul-betul sedap seakan macam makan Asam Pedas Di Melaka. Ramuan yang cukup, rasa yang padu, rasanya tak ramai lagi yang tahu.
Asam Pedas Melaka Terbaik Di Ampang, Selangor
Lokasi terletak berhampiran dengan Pangsapuri Dato’Ahmad Razali, Ampang. Kedai yang di belakang sekali dari deretan yang ada. Tapi parking di situ agak susah sikit, tapi sebab nak dapatkan Asam Pedas yang terbaik, Suami kata tak kisah semua tu. Tapi selain asam pedas, ada beberapa hidangan lain yang padu wajib anda cuba.
Dalam pada itu, Asam Pedas Melaka di Kedai Zaiton Tomyam ni sememangnya sedap, dan sangat disyorkan kepada semua peminat Asam Pedas. Cikza order Set Asam Pedas Ikan Tenggiri didatangkan bersama ulam dan satu nasi putih dengan harga RM13.00 betul berbaloi sebab, saiz ikan yang di hidangkan tu, cukup untuk 2 orang makan.
Zaiton Tomyam Lain Dari Yang LainÂ
Selain Asam Pedas, turut mendapat permintaan adalah beberapa hidangan yang lain dari pada lain seperti aneka sambal telor ikan bilis hijau, sambal telor ikanbilis merah dan sebagainya. Anda wajib datang kesini, sebab rata-rata ramai yang komen, asam pedas dan sambal yang disediakan tersangat sedap dan padu. Seakan berada di rumah. Macam haritu Cikza cuba sambal telor ikan bilis merah tapau bawa balik rumah, cicah dengan jejemput tepung memang padu dan sedap.
Tapi memang Cikza syorkan korang cuba asam pedas sini, tapi gorengan pun sedap. Sebab terpandang meja sebelah yang order nasi goreng, portion bukan sikit-sikit tapi banyak. Sangat puas hati. Sebelum ke sini, memang Cikza dah pun tengok testimoni, rata-rata semuanya berikan feedback positif dan ada yang memuji lain dari yang lain. Tapi pilihan lain, anda boleh tapau tapi kena call buat tempahan terlebih dahulu.
feveret kami sekeluarga, kalau masak asam pedas sama ada ikan atau ayam, dedua pun husband and anak-anak suka
ajumohit recently posted…Shopping online di Cmasa.my dan Menang Gold Bar
Cikza pun, tapi asam pedas paling mantul bila kuahnya pekat dan pedas huihhhh
Nampak sedap dan terliur gambar asam pedas tu. Sudah pastinya sedap sanga tu… 🙂
kena cuba tau, asam pedas kedai ni memang padu, siap boleh hirup lagi
lama tak makan asam pedas terliur plak nampak.. dan asam pedas dengan negeri melaka mana boleh berpisah kan? Memang mabeles betul tu haa
betul tau xpe, kita sendiri pun tak boleh challenge yang asam pedas ni, sebab sedap berasa tau