Adsense 101 : Cara Nak Buat Akaun Adsense Secara Percuma

Adsense 101 : Cara Nak Buat Akaun Adsense Secara Percuma | Ramai yang DM Cikza, Bertanyakan tentang, masih relevankah blog sebagai platform jana pendapatan? Jawapan yang Cikza berikan adalah ya! Selain penulisan, kita boleh pasang iklan di ruangan blog sebagai sampingan. Ada yang tak percaya bahawa menerusi blog, mereka boleh dapat sehingga USD100 setiap bulan. Tanpa perlu menjual barang dan sebagainya.

Walaupun Adsense Cikza tidak sekencang orang lain, tapi selang 2-3 bulan boleh jugaklah kiranya untuk merasa pendapatan sampingan sampingan Adsense setelah cukup kuota USD100 untuk di tukarkan kepada RM. Ramai blogger baru tidak mengetahui yang Adsesnse mampu membantu menaikkan blog mereka.

Adsense 101 – Buat Duit USD100 Tepi Secara Percuma 

Ada tiga perkara penting yang perlu anda lihat sendiri, samada adakah ianya telah mencapai syarat-syarat yang di tetapkan. Jika syarat dibawah semuanya di penuhi, maka anda boleh terus ke langkah seterusnya.

  • Akaun Google. Anda mesti ada akaun Google yang aktif, paling mudah gunakan akaun Gmail anda. Zaman sekarang, saya fikir semua orang yang ada smartphone mesti akan ada akaun Gmail sendiri
  • Cara paling mudah ialah gunakan blog percuma (blogspot/wordpress). Daftar sebuah blog percuma pun mudah, hanya gunakan akaun Google anda sahaja.
  • Akaun Google Adsense – mesti daftar dahulu. Pendaftaran adalah percuma.

Untuk mereka yang masih tak tahu cara nak buka akaun Adsense ini, hanya ikuti langkah mudah di bawah ini.

  • Pergi ke laman web Google Adsense di pautan ini – https://www.google.com/adsense/
  • Masukkan url blog anda, contohnya: www.cikza.com dan email Google (Gmail) anda. ( Sebaiknya ada domain sendiri )
  • Login ke Adsense dengan akaun email Google.
  • Ikuti langkah-langkah ditunjukkan di skrin komputer anda, di dashboard Adsense anda.
  • Isi segala butiran dikehendaki, dan akhir sekali klik ‘apply’.

Pihak Google Adsense akan buat review mengenai permohonan anda. Pertama sekali, mereka akan lihat samada blog anda sesuai untuk menjana id mereka.  Jika tidak sesuai, atau langgar terma dan syarat (samada semua atau sebahagian), mungkin permohonan anda akan ditolak. Namun, jangan risau, Adsense akan menghantar email kepada anda sehingga permohonan anda diterima sepenuhnya.

Perkongsian seterusnya Cikza akan tunjukkan cara setelah Adsense telah terima lamaran kita. Atau blog di terima oleh Adsense. Jangan risau, kita sama-sama belajar. Walau Cikza sendiri tidak sekencang mereka yang power, tapi Cikza dah niat akan berkongsi tips-tips untuk anda semua.

 

 

 

 

 

 

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge