Resepi Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Perkongsian Cikza harini adalah berkaitan juadah yang sering menjadi pilihan untuk hari raya, tapi bukan itu sahaja. Hari biasa bukan perayaan pun ramai jugak yang buat. Bila dikira ni baru puasa hari kedua. Tapi terliur macam dah nak dekat raya.

1 Syawal bakal menjelma dan hidangan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Bila sebut je rendang dah tentu ada juadah yang dihidang sama seperti nasi, ketupat, lemang atau roti. Rendang merupakan hidangan yang sentiasa menjadi pilihan kerana ianya dimasak secara perlahan untuk mendapatkan kepekatan kuah yang sangat memikat. Bagi anak perantauan, rendang menjadi pilihan kerana ianya setara dengan air tangan ibu di rumah.

Kepelbagaian Rasa Dan Tekstur Rendang

Kalau korang nak tahu, setiap negeri juadah rendang agak berlainan caranya umpana Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor, dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Tapi bukan itu sahaja, setiap apa jua rendang yang terhasil masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Resepi Rendang Ayam Sedap Dan Tahan Lama

( Bahan-Bahan )

  • 1 Ekor Ayam ( Potong 14 )
  • 2 helai Daun Kunyit ( Hiris Halus )
  • 2 peket kerisik saiz kecil
  • 2 keping Asam Gelugor
  • 750 ml Santan Ayam Brand
  • 1 blok Gula Melaka
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak

Bahan Untuk Di Kisar

  • 2 ulas Bawang Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 Batang Serai
  • 1/2 inci Halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 5-6 sudu Cili Kisar ( Cili Kering )
  • 10 tangkai Cili Padi Hijau

Cara Penyediaan :

  • Ayam perlu di goreng terlebih dahulu separuh masak, ini kerana ayam takkan hancur bila dalam kuali sewaktu menunggu kuah rendang tu pekat dan kering.
  • Kisar kesemua Bahan Yang Bertanda Untuk Di Kisar sehingga Lumat. Masukkan bersama serbuk kunyit dalam bahan kisaran tu.
  • Tumiskan bahan kisar, dan satukan kesemua bahan tersebut kecuali kerisik.
  • Setelah satukan kesemua bahan, Kacaukan bahan tersebut bagi sekata. Dan didihkan kesemuanya. Setelah kuah telah pun mendidih, bolehlah masukkan kerisik. Dan tunggu separuh pekat.
  • Setelah kuah telah pun pekat, boleh terus perasa garam. Rendang ni kalau lagi pekat lagi sedap.

Tips : Penggunaan Santan Kotak adalah buatkan rendang tersebut tahan lebih lama, dan rasanya sangat sedap.

Cikza Memilih Santan Keluaran Ayam Brand

Kalau korang nak tahu, Cikza memilih Santan Keluaran Ayam Brand kerana ketulenan dan Kualitinya yang berkrim dan menjadikan ianya sangat mudah. Pek terdiri dari tiga pilihan Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% Kurang Lemak) Dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak). Macam-macam yang korang boleh cuba dengan santan ni tau, sebab Cikza dah cuba kesemuanya.

Apakah Resipi Istimewa Rendang Korang Nanti

Korang yang suka memasak seperti Cikza, Kalau korang nak tahu Ayam Brand kini ada menyediakan Hadiah-hadiah yang sangat menarik untuk pemenang yang bertuah. Syaratnya korang kena guna mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman di Instagram dan Facebook dan jangan lupa tag Ayam Brand serta gunakan #BERAYAMBRAND. Peraduan ini bermula 5 April 2020 dan berakhir pada 16 Jun 2020 dengan 16 hadiah mingguan dan 2 hadiah utama untuk dimenangi

 

 

 644 total views,  1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge