Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer | Assalammualaikum rasanya ramai yang mencari resepi berkaitan daging bakar. Bagi sesiapa yang pernah ke sempadan Thailand atau di Danok. Daging Bakar ni sememangnya menjadi pilihan kerana itu salah satu tarikan juadah paling popular di sana. Cikza pernah kesana, ternyata sememangnya kesedapan terletak pada perapan dan sos pencicah yang disediakan.
Tiba-tiba suami minta nak disediakan Daging Bakar Ala Danok, mulalah tercari-cari tapi ada yang sedikit untuk perapan daging yang Cikza telah olahkan untuk memudahkan lagi sedap dan juicy. Daging kalau dibakar kesedapannya bila sambil dipotong tu terasa juicy sangat daging tu.Tapi perkongsian Cikza kalini adalah menggunakan Air Fryer yang jimat masa dan mudah.
Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer
Perapan Daging (Bahan-Bahan)
- 500gm Daging Batang Pinang
- 2 sb Gula
- 2 sb Maggi Cukup Rasa
- 1 pek Perencah Lada Hitam Istimewa Maggi
- 2 sb Sos Tiram
- 2 sb Sos Ikan
Cara Penyediaan :
- Satukan kesemua bahan diatas, dan perapkan daging bersama perapan tersebut dalam masa 2-3 jam
- Selepas 2 – 3 jam, Set Kan Air Fryer kepada 180-190’ sebelum tu panaskan Air Fryer tersebut dalam 2-3 minit.
- Untuk tidak melekat, sapukan minyak pada gril tapak besi Air Fryer tersebut dan bakar selama 30 minit.
- 15 minit pertama tukar kedudukan daging tersebut, agar ianya masak dan sekata.
- Bila dah masak, terus keluarkan dan hiris nipis-nipis.
Sos Pencicah Ala Thai, Danok
(Bahan-Bahan)
- 3 sb beras
- 1 biji bawang
- 1 biji Limau Nipis
- Akar Daun Ketumbar
- 5-6 Tangkai Cili Padi
- 4-5 sb Chili Flakes
- Air Asam Jawa
- 3 sb Sos Ikan
- Gula Melaka
- Daun Ketumbar
Cara Penyediaan :
- Sangai beras sehingga perang. Kemudian tumbukkan bersama Akar daun ketumbar sampai lumat. Masukkan cili dan bawang besar tumbuk sekali lagi sampai lumat.
- Setelah lumat, masukkan dalam mangkuk, satukan baki barang kesemuanya dan gaul. Jika terasa kurang kuah, boleh tambah samada sos ikan atau air asam jawa. Untuk nampak lebih merah adalah bergantung pada kapasiti Chili Flakes yang dimasukkan.
- Setelah semuanya gaul sebati dan sekata, maka sejukkan dalam peti ais.
tampaknya lezat ini
wajib buat untuks santapan keluarga ya
mmg sedap…dah lama tak buat sos pencicah ni sbb dah lama tak buat daging bakar..kalau balik Kedah waktu Raya Haji best la dpt daging fresh jd sedap makan dgn sos ni
hehe, raya ni wajib ada juadah daging bakar.. nak mudah boleh je buat stock simpan peti..