MUDAHNYA DAPAT CASHBACK DENGAN SHOPPING DI PG MALL | Baru-baru ni, adik Cikza sendiri sibuk ajak shopping di PG Mall, katanya barangan yang ditawarkan sangat murah dari harga pasarana luar. Mulanya Cikza sendiri malas nak ambil kisah. Tapi katanya berbaloi-baloi terus Cikza buka laman web PG Mall untuk melihatnya sendiri
Rasanya pasti ramai yang dah mengetahui tentang PG Mall ni, tapi bila terlihat hujung disebut-sebut mall tu, pasti ramai yang merindui suasana membeli belah di mall seperti KLCC, Parkson dan sebagainya seperti selalu. Terkesan bila bulan puasa ni, nak beli kelengkapan raya semuanya berkonsepkan nak masuk mall atau mana-mana kedai wajib catat suhu dan nama.
Tentang PG Mall Yang Perlu Di Ketahui
Rupanya PG Mall ni telah terkenal sejak tahun 2017 lagi. Platform perdagangan [ E-Commerce] merupakan satu-satunya platform tempatan yang mendapat sokongan penuh oleh PG Group. Mempromosikan pelbagai barangan seperti, barangan elektrik, barangan rumah, makanan dan sebagainya. Pasti ramai yang merasakan PG Mall ini biasa-biasa sahaja kan. Jangan tak ambil maklum, PG Mall ini telah tersenarai Top 3 Most Visited Online Marketplace di Malaysia oleh iPrice sendiri ( The Maps Of E-Commerce Malaysia By Iprice )
Daripada pendapatan RM500,000 yang dicatatkan pada tahun 2017, Kini pendapatan PG Mall sendiri telah meningkat sebanyak 10 kali ganda pada tahun berikutnya kepada RM5 juta dan kini rasanya PG Mall sendiri telah mencapai sasarannya pada akhir tahun lepas sebanyak RM20 juta.
Maybank Qr Pay 20% Cash Back X PG Mall
Nak tahu tak? Ada tawaran terbaru yang wajib korang dapatkan tau, siapa nak bagi sebab berbaloi-baloi. Pernah tak korang terfikir, bila korang shopping sakan, lepastu akan dapat semula Cashback sebanyak 20% sehingga RM40, tapi terhad dengan setiap pembelian RM30 keatas. Dan dalam sebulan korang akan dapat pulangan 2 kali tau (RM20x2 = RM40). Berbaloi sangat, Cikza tengok rice cooker tengah sale tu, macam nak masuk whistlist barang dapur je.
Kempen bermula dari 4 Mei 2020 (04/05/2020) sehingga 26 Jun 2020 (26/06/2020) kepada semua pemegang akaun maybank. Dan pastikan ada QR Pay atau MAE ye untuk memudahkan lagi transaksi. Rasanya dah boleh lah korang melihat sendiri barangan keperluan yang diperlukan.
Consumer Merchant Adalah Konsep Sebenar PG Mall
Ramai yang tidak tahu, mengenai konsep Consumer Merchant pada dasarnya adalah rancangan pembahagian keuntungan yang dikembangkan untuk memberi manfaat kepada Pembeli PG Mall dengan pulangan tunai sehingga 3.5% pada setiap transaksi yang berjaya. Ibarat Shop, Share And Earn.
Sebagai Contoh:
Katakan Cikza mendaftar dan membeli di PG Mall. Cikza akan diberikan refferal link yang mana kita boleh berkongsi link tersebut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Bila ada ahli keluarga dan rakan yang menggunakan refferal link yang Cikza share, jangan terkejut, secara tak langsung akan mendapat pulangan semula. Maka lagi banyak kita kongsi, lagi ramai yang menggunakan refferal link Cikza lagi banyak pulangan yang CIkza akan perolehi. Siapa nak bagi Cashback banyak dengan usaha kita sendiri…
(More Info : Consumer Merchant Concept)
Berbaloi Kalau Shopping Di PG Mall, Macam-Macam Ada
Selain laman mesra pengguna, Ketika Perintah Berkurung Bersyarat ni seharusnya dimanfaatkan menggunakan pembelian dalam talian sepenuhnya tanpa perlu bersesak payah ke mall. Usah risau semuanya di hujung jari. Penghantaran mudah dan sangat pantas.
Cikza dah tengok sepenuhnya laman PG Mall tersebut, ada beberapa barangan yang telah buat Cikza terus cepat-cepat masuk dalam bakul keluar. Bukan apa takut sold-out nanti gigit jari sebab tak dapat beli. Tengah murah boleh beli terus. Tengah murah tu, rasanya banyak lagi yang Cikza nak ceritakan, apa kata korang terus tengok detail di bawah.
Website PG Mall | Facebook PG Mall | Instagram PG Mall
CashBack is so good to make some money easily. I always use it. About 200$ yet.
00CashBack recently posted…Super Sunday iGraal – TopCashBack : Castorama – Samsung – UltraPremium – ZooPlus – Electrolux – GlossyBox – ShopDisney – Red – NYX – Luko