RESIPI AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK | Salam Sejahtera Semua! Dah masak ke? Pasti buntu untuk fikir masakan nak dihidangkan buat keluarga tersayang. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ni seeloknya kita harus berjimat cermat. Tapi sebagai isteri atau ibu, rasanya semua dah pandai manage bahan basah sepanjang tempoh PKP ni.
Pernah dengar tak? Kedai 3 budak Gemok. Tapi harini suami teringin nak makan Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok tu. What!!!!! Maka kita cuba lah ye, Cuma tak 100% sama macam kedai tu buat ye. Cikza bukan tokey kedai nak 100% sama. Tapi cukuplah sekadar hampir menyerupai.
AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK
Bahan – Bahan
- 1/2 ekor Ayam ( Dipotong Kecil )
- 2 Batang Serai ( Nak Bagi Naik Bau )
- Asam Gelugor
- Kicap Manis
- Garam
- Gula
Bahan Kisar :
- 2 ulas Bawang Besar
- 1 ulas Bawang Putih
- 1 inci Halia
- 5 tangkai Cili Padi ( Hijau )
Cara Penyediaan Ayam Kicap :
- Lumurkan Ayam dengan Garam Dan Kunyit, Goreng Samapi Garing
- Kisar Bawang Besar , Bawang Putih, Halia Dan Cili Padi Sampai Lumat
- Tumiskan Serai untuk dapatkan bau yang sempurna, Masukkan bahan kisar, dan Asam keping, Tumis Sehingga Garing Sampai Pecah Minyak
- Masukkan Sedikit Gula Dan Perasa Garam
- Gaul Bagi sekata, Terus masukkan Kicap kacau 1-2 minit
- Padamkan Api, lepas 2 minit, masukkan ayam yang dah digoreng tadi, gaul bagi rata
Sambal Ala 3 Budak Gemok
Bahan Sambal :
- 2 ulas Bawang Besar
- 1 ulas Bawang Putih
- 20 Tangkai Cili Padi
- Garam / Gula
Cara Penyediaan ( Sambal )
- Panaskan Minyak, Goreng Bawang Besar, Bawang Putih Dan Cili Padi Tidak terlalu garing.
- Toskan Minyak, dan biarkan sejuk.
- Tumbuk Bahan-bahan tos tadi sehingga lumat
- Setelah lumat, masukkan garam dan gula
- Dah Boleh Hidang
Face MaskDi saat CONVID-19 ini MAGS PREMIUM GIFTS menyediakan Ready Stock Face Mask untuk anda. Dapatkan segera dengan Team Sales kami sementara stock masih ad.
Ready Stock Original 3ply
Kualiti terjamin (with CE Certificate)
Tidak serap air
Tapis habuk, virus, air, bakteria
Selesa dipakai dan membolehkan pernafasan yang lebih bebas
Hubungi kami untuk dapatkan facemask sementara stock masih ada:
Mags Premium Gifts Sdn Bhd
Sales Team: 017 300 1977 / 018 299 3097