PENGALAMAN DI WAD ISOLASI DAN BEBAS VIRUS COVID-19 | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Rasanya harini baru Cikza berkesempatan untuk membuat perkongsian tentang pengalaman Cikza ketika di Isolasi Hospital Ampang. Kalau dengar je COVID-19 pasti ramai yang takut dijangkiti, kerana virus ni mudahnya dijangkiti oleh mereka yang mempunyai Auto-Imun yang rendah.
Baca : Penawar Covid-19 Wajib Kita Ambil Tahu
Covid-19 ni adalah wabak virus yang telah menggemparkan dunia, bukan apa, Virus ini memerlukan perumah baru, jadi cara untuk putuskan rangkaian Covid-19 ni wajiblah kita kuarantin di rumah. Atau kalau boleh elakkan bertemu rapat dengan kluster-kluster yang disebutkan. Ramai di kalangan mereka, untuk mengelakkan kuarantin, sanggup menipu pihak frontliner demi kepentingan masing-masing.
Tahukah korang, Jika korang yang pernah ke luar negara, tapi hakikatnya korang sebenarnya Positif Covid-19 lepastu, korang menipu frontliner, korang di kira dah menyusahkan semua orang dan akan menyebabkan mereka yang berada di sekeliling terdedah dalam bahaya, silap-silap, kematian pun berpunca dari korang sendiri.
Kronologi -Kronologi Suspek Covid-19
08 April 2020 ( Rabu ) | 12.30 Pagi
Kisahnya, nak hantar suami ke kecemasan, berikutan beliau sendiri dah beberapa hari menanggung kesakitan. Terus di masukkan ke Zon Kuning. Secara kebetulan, di luar kaunter kecemasan ada terdapat kaunter saringan untuk mereka saring samada ada simptom Covid-19 atau tidak. Sambil menunggu suami, Cikza pun saring terus berikutan ada beberapa simptom seperti Demam, sakit tekak, batuk berpanjangan, selsema dan sakit kepala. Pada awalnya, Cikza tidak di layan, sedih tau, tapi kita faham lah petugas semuanya penat.

08 April 2020 ( Rabu ) | 2,30 pagi
Waktu ni, nama di panggil dan terus untuk melakukan beberapa ujian seperti pengambilan darah dan X-ray. Waktu tu terasa suram sangat, kebiasaan Wad Kecemasan biasanya riuh dengan mereka yang sakit. Sepanjang menanti keputusan, Cikza menyaksikan satu kematian dan 2 kes melibatkan mereka yang diambil di rumah. Dalam kepala dah macam-macam fikir, sebelum terlupa, untuk kakitangan kerajaan adalah percuma untuk buat saringan dan mereka yang bukakn kakitangan kerajaan perlu membayar RM1 kalau tak silap,
08 April 2020 (Rabu) | 4.35 Pagi
Waktu ni, keputusan darah dan Xray dah keluar, didapati, pada X-ray ada kuman di paru-paru Cikza, dan terus dari acuh tak acuh di layannya terus ke Zon merah untuk rawatan selanjutnya. Dekat situ, ada beberapa staf medica; termasuk doctor pakai baju ala angkasawan ke bulan (PPE). Satu dalam fikiran Cikza adalah suami sahaja, Bagaimana keadaany di Zon Kuning. Alhamdulillah, Suami dalam keadaan stabil, tapi dia sepatutnya tidak boleh ke zon merah, kerana disitu, semua yang di suspek Covid-19 di rawat sebelum di masukkan ke wad isolasi. Tapi sebelum tu, Cikza di tanya beberapa soalan berkaitan samada pernah kemana-mana sebelum ni dalam masa 2-3 bulan ni.

Antara Ujian yang di ambil adalah, tekanan darah / suhu badan / beberapa spesimen darah nadi, oksigen dan FBC sekali lagi. Waktu tu kita jenis urat halus, sampai terpaksa guna ultrasound nak mencari uratnya. Dah 11 tahun ada penyakit SLE ni, salah satu faktor utama adalah Auto Imun lemah. Jadi kalini agak sakit sikit bila bab nak ambil darah nadi / oksigen dalam badan tu. Sampai terkena ada satu urat. ( Untill now kalau tergeliat, seakan terkena renjatan elektrik)

08 April 2020 ( Rabu ) | 5.30 Pagi
Bersedia untuk di tolak ke Wad Isolasi 6C, Kalini agak perit sekali nak terima, saat nak di tolak tu, guard dan staff medical akan pastikan tiada orang akan lalu di laluan satelit dari lobi nak ke wad kecemasan.
“ Ok! Clear laluan…. “
Saat ditolak keluar tu, banyak mata yang memerhati, dari pintu kaca lobi utama, berkerumun orang ingin melihat, tidak kurang ada yang cuba ingin mengambil gambar, dan ada yang berebut-rebut nak tengok ibarat kita buat salah besar. Waktu tu teringat mama, abah dan suami. Nak menangis pun ada. Kita bukan artis pun.

08 April 2020 ( Rabu ) | 7.15 Pagi – 12.00 Malam
UJian pertama, diambil adalah swab Covid-19 di hidung dan tekak. Jangan risau tak berapa sakit pun. Kalau korang di beri peluang saring pergilah. Untuk keputusan Ujian ni adalah selama 48jam ye. Paling cepat adalah 24 jam. Segala swab test kita ni, bukan di lakukan di makmal Hospital Ampang tau. Semua tu di hantar ke hospital Sungai Buloh. Segala keputusan bergantung daripada makmal sana.


Antibiotik pertama diberi, sebagai langkah pertama, disamping dapat cover antibodi badan kita. Cuma sepanjang di Wad Isolasi, Cikza di tempatkan di ruangan bilik, yang pada asalnya sebilik ni, untuk 4 katil, tapi semenjak kes Covid-19 ni di kurangkan kepada 2 katil sahaja. Dan dalam bilik tersebut, tiada kipas mahupun penghawa dingin. Dalam erti kata lin, kita berkipas dalam tu. Seperti biasa, setiap 3-4 jam ada loceng berbunyi menandakan ada kes baru masuk di wad Isolasi. Gerunnya tuhan je yang tahu. Tapi sayu je, bila masuk wad tersebut, Cikza teringat ada sorang nenek tu duduk di kubikel pertama, dan tepi tingkap sayu pandang luar.
09 April 2020 ( Khamis ) | 10,30 pagi
Doktor medical buat lawatan, seperti biasa, semakan suhu dan sebagainya untuk pemantauan. Dan antibiotik di beri selama 3 kali, jam 8 pagi, 4 petang dan 9 malam. Cuma jangan terkejut, di wad ni semua nurse berpakaian seperti ke bulan, even nak beri baju pada pesakit pun kena pakai baju PPE tu ye. Pasal makan, korang jangan risau, di hospital kerajaan pun, hidangan yang disediakan tetap sedap dan syukur semuanya mencukupi.

09 April 2020 (Khamis) | 5.00 Petang
“ Haniza…Sila siap sedia kita nak pindah ke tempat lain…”
Dekat situ dah terfikir, eh keputusan aku dah ada ke? Dah keluar ke? Terus aku tanya nurse yang bertugas, pindah mane? Sg Buloh ke? Rupanya keputusan aku, negatif Covid-19. Rasa beryukur sangat-sangat. Rupanya bersiap nak di masukkan ke wad medical untuk pemantauan secara teliti. Kami dipindahkan ke wad medikal, rasanya pada asalnya wad ini adalah untuk kelas satu, siap ada peghawa dingin bagai. Berbanding di wad isolasi, panas tu tuhan je yang tahu. Sampai di wad medikal 8A, ujian pertama adalah pengambilan darah dan antibiotik.
10 April 2020 (Jumaat) | 1.00 Petang
Semua keputusan Cikza dah beransur pulih, selebihnya adalah rawatan sendiri, sebab ramai lagi yang masih menanti untuk dimasukkan ke medikal sini. Doktor yang merawat membenarkan Cikza balik dan surat serta ubat siap sepenuhnya pada jam 3.00 petang. Rasanya setakat harini Cikza sangat berpuashati, cara Hospital Ampang, menangani Isu Covid-19 walaupun suspek belum lagi disahkan Positif.

Pertama sekali, bersyukur dapat discaj sepenuhnya, terima kasih kepada kakitangan frontliner di Hospital Ampang, Dan nasihat Cikza kepada di luar sana, Jika korang baru balik dari luar negara, sila lah Jujur, kerana Kejujuran Anda Boleh Menyelamatkan Ribuan Nyawa Yang Ada. Akhir kata, dengarlah seruan kerajaan, sila duduk di rumah, dan patuh pada segala peraturan yang disediakan. Cuci tangan sekerap yang boleh dan sentiasa bawa Hand – Sanitizer walau kemana korang berada.
dari first cikza share di fb masuk ward isolasi ni, risau dah hati aida.
berdoa utk cikza, agar negatif. bukannya pe. sedih la dgn semua yg positif.
di isolate kan dari famili. sayu membaca pengalaman mereka di fb.
alhamdulillah cikza negatif. stay healthy ye.
Alhamdulillah jangan risauu. Cuma jaga kesihatan dikalangankita
Yerima kasih tau ayda.. Mulanya memang sedih.. Duduk berdua sahaja dalam wad tu tau
“Untuk menjadi manusia yang hebat, kita perlu melalui dugaabn yang hebat”, teringat ayat pakar motivasi zaman SPM dulu-dulu. Tahniah atas ketabahan melalui semua pengalaman ini dan tahniah kerana bebas CoV-19. Semoga wabak ini segera terkawal dan Malaysia kembali sejahtera.
Wazir recently posted…10 Disiplin Ketenteraan Yang Boleh Diamalkan Oleh Orang Awam.
Terima kasih tuan..