McDonald’s Perkenalkan Foldover Ikan Rangup Sempena Ramadhan

McDonald’s Perkenalkan Foldover Ikan Rangup Sempena Ramadhan | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Rasanya bulan ramadhan ikutkan tanggal beberapa hari lagi. Tapi kan, Cikza saja lah scroll Apps-Mc Donald’s kekonon tak mau makan nasi, Rupanya ada menu baru, dan satu menu lama di kekalkan sempena ramadhan ni.

Bulan Ramadan ini, McDonald’s Malaysia terus menyajikan pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan melalui menu Ramadan istimewanya yang sentiasa mencari peluang kelainan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah Foldover Ikan Rangup dan Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis baharu.

Kelainan Faldover Ikan Ranggup Ayam Goreng McDonald’s Dan Sos Manis Yang Menjadi Tarikan

Macam biasa setiap kali korang order menu McValue McDonald’s ni pasti disediakan Air berkarbonat atau Teh o Ais Limau dan kentang goreng, Itu dah jadi kebiasaan, Jika Faldover Ayam cuma kalini yang di Grill diperkenalkan semula, cuma setiap tahun dah ulang rasa sebab jadi dah tahu rasanya yang macam mana. Tapi kalau korang nak tahu Foldover Ikan Rangup didatangkan dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato, dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis hangat.

“Foldover Ayam Grill” sememangnya menjadi kegemaran aku, dan kalau korang nak tahu ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan ketika mula diperkenalkan semula pada tahun lalu. Memang sedap, repeat dua kali pun tak jemu tau. Sebab waktu tu, sekali beli mesti dua pek tau, Purchase with Purchase dengan harga murah.

Buat penggemar Ayam Goreng McD,kini korang boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu, iaitu bersama Sos Cili Manis enak yang memberikan rasa yang lebih mengagumkan. Tidak lupa hidangan taklengkap jika tiada Nasi Lemak McD yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadan, bukan sahaja membuka selera mereka yang berpuasa.

Foldover Ayam Gril dan Foldover Ikan Rangup masing-masing berharga RM16.99, lengkap dengan Kentang Goreng dan Teh Ais Limau dalam saiz sederhana. Set 2 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis pula berharga RM15.49, manakala set 3 ketul ayam pula berharga RM20.24. Sementara itu, set Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD boleh didapati dengan harga RM12.99, manakala set 2 ketul ayam pula berharga RM15.99. Jangan lupa dah boleh terjah dapatkan di kaunter Drive Thru berhampiran tau.

Pai Coklat Pisang Dan Minuman Kurma Baru Hidangan Baru Menjadi Sampingan

Kalau korang nak tahu, Pai Coklat Pisang merupakan pencuci mulut terbaharu, yang menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup. Wah! Memang sedap, sebab gabungan coklat dan pisang. Padu rasanya. Buat Penggemar kopi, korang tidak akan kecewa, kerana McCafe akan memperkenalkan minuman Kurma baharu dengan ekstrak Kurma sebenar, yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais, dan Susu Kurma Ais.

Rasanya untuk PKP adalah lebih baik, korang mengamalkan jarak sosial, seperti membuat pembelian atas talian, dan terus buat bayaran. Dengan itu, kita dapat menghapuskan rantaian Covid-19 yang berleluasa ketika ini, atau terus ke pandu lalu.


Langkah-Langkah Keselamatan McDonald’s yang Dipertingkatkan Sepanjang PKP

Sepanjang tempoh PKP, McDonald’s Malaysia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan Warga Kerja dan Pelanggannya. Ini termasuk pelancaran sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk perkhidmatan McDelivery. Bagi penghantar makanan, mereka mesti mematuhi langkah berjaga-jaga sebagaimana berikut ketika menghantar makanan kepada pelanggan:

  • Mereka dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis McDonald’s
  • Mereka dikehendaki melakukan sanitasi tangan
  • Penghantar makanan mesti menjalani pemeriksaan suhu badan di luar restoran setiap hari
  • Seorang kru akan ditugaskan melakukan proses sanitasi dan membersihkan beg penghantaran setiap seorang penghantar makanan sebelum memasukkan makanan ke dalam beg masing-masing
  • Pengasingan tempat pengambilan makanan (pick-up points)bagi penghantar makanan perkhidmatan McDelivery (MDS) dan penghantar makanan Grab Food dan Food Panda di restoran-restoran McDonald’s

Dengan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh McDonald’s, langkah-langkah keselamatan tambahan dan amalan penjarakan sosial yang dipertingkatkan telah dilaksanakan, seperti:

  • Beg bawa pulang (take-away)ditutup rapi, dengan bacaan suhu badan penghantar makanan dan kru ditampal pada beg
  • Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi penghantaran
  • Penghantar makanan akan meletakkan makanan di tempat selamat yang telah dipersetujui

Di peringkat restoran, pihak syarikat telah memastikan standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi dipatuhi. Selepas restoran ditutup, setiap restoran akan menugaskan seorang Pengurus dan 4 kru untuk menjalankan pembersihan restoran secara menyeluruh dan terperinci. Ini meliputi ruangan seperti dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan, dan ruang penyimpanan. Semua kru dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan setiap masa. Ini termasuk kru yang ditugaskan memeriksa suhu badan pelanggan dan penghantar makanan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

McDonald”s Malaysia

 

 

 

 

8 thoughts on “McDonald’s Perkenalkan Foldover Ikan Rangup Sempena Ramadhan”
  1. this one serious nak try. i really love their foldover. plus that banana and chocolate pie and ice cream is a must try. it’s probably gonna taste really sweet but who cares haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge