CARA BUAT BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE

CARA BUAT BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah sejak hari pertama berpuasa Cikza dan adik telah pun lunaskan zakat fitrah untuk kedua orang tua dan dan nenek di kampung. Setiap kali tiba bulan ramadhan mesti akan secara automatik pasti ramai yang akan menyerbu amil zakat.

Tapi semenjak Perintah Kawal Pergerakkan ( PKP ) hampir sebulan lebih, bila termasuk sekali dalam bulan Ramadhan pasti tertanya-tanya bagaimana kaedah pembayaran yang boleh dilakukan. Secara atas talian ia adalah penting sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Di Malaysia Sendiri Ada beberapa Platform yang memudahkan umat islam untuk membayar zakat secara atas talian. Macam Cikza di kawasan Kuala Lumpur. Hanya perlukan beberapa langkah untuk membuat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan melalui transaksi FPX dan Kad Kredit. Harga di setiap negeri adalah berbeza-beza. Macam kmi di Kuala Lumpur RM5 & RM7 sahaja.

BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE MELALUI MAIWP BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR 

Kaedah atas talian adalah sangat di perlukan untuk harini semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan di perketatkan, Korang boleh rujuk di bawah cara Cikza buat pembayaran melalui atas talian di laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Isi Butiran Peribadi | CARA BUAT BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE
  • Selepas Itu Akan Terpapar Ruangan Kaedah Pembayaran Samada Melalui FPX ( Perbankan Internet) Atau Kad Kredit / Debit Islamik
Pembayaran Boleh Dipilih Melalui 2 Kaedah | CARA BUAT BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE
  • Cikza memilih CIMB Clicks , Sebelum tu baca Akad Yang Di Paparkan Sebelum Klik Link – Bayar
Cikza memilih untuk pembayaran secara Perbankan Atas Talian | CARA BUAT BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE
  • Setelah Pembayaran Berjaya Dilakukan, Resit Rasmi Dikeluarkan. Perlu Diingatkan sebaiknya simpan untuk rujukan pengecualian pembayaran Cukai.
Resit Rasmi Dikeluarkan, Jika Transaksi Berjaya | CARA BUAT BAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI ONLINE

PERLU DIINGATKAN KADAR BAYARAN MENGIKUT NEGERI ADALAH BERBEZA

Perlu diingatkan, setiap negeri adalah berlainan kadar Zakat Fitrah tersebut. Sebaiknya boleh merujuk Pusat Zakat Online Negeri masing-masing. Alhamdulillah bila dah lunaskan Zakat ni terasa lega. Sebaiknya adalah bagus untuk lunaskan awal-awal dan tidak terkejar-kejar bila kemudian hari. Kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Kaedah ini di rasakan paling selamat. Dan sangat mudah. Inilah Tanggungjawab Kita Sebagai Anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge