Puas Hati Menginap Di Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu | Kuala Terengganu kalau diingatkan memang satu benda dalam kepala ni, nak makan kepok lekor dan celop-celop tepung. Baru-baru ni, berkesempatanlah Cikza bersama keluarga mentua untuk ke Terengganu. Memang itu hajat mak mentua nak ke Terengganu selepas adik ipar Cikza habis SPM. Kebetulan mak dan adik ipar nak cari baju raya sekali sambil tu jalan-jalan cari makan kat sana.

Dari Tingkat 30 tau! | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu

Hampir 2 bulan jugaklah suami dan keluarganya planning nak bagi terlaksana, jadi saja-saja lah tangan ni gatal nak cari homestay yang murah, selesa dan boleh masuk 7 orang dalam satu masa. Mulanya memang give up lah kan sebab tengok Agoda semuanya mahal-mahal belaka. Tapi keselesaan tu ada cuma tempat parking sahaja menjadi punca utama.

Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu Menjadi Pilihan

Awal-awal suami dah tunjuk gambar homestay ni, namun perasaan berdebar pasti ada. Maklumlah sebab nak duduk 3 hari 2 malam jadi kalau boleh nak pastikan semuanya mendapat keselesaan yang berbaloi dengan harga. Kalini Cikza memilih Baiti Rizqi Homestay untuk penginapan sepanjang berada di Kuala Terengganu. Menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang ada water heater dan hadiah pemandangan yang menarik dari Tingkat 30.

“Mak! Kita duduk tingkat 30 tau nanti..”

Sungguh! memang duduk tingkat 30 paling tinggi. Tapi melangkah masuk rumah tersebut memang Cikza terpegun dengan susun atur homestay ni walau nampak simple tapi semua peralatan cukup dan sempurna. Cikza bercerita dari melangkah masuk tau! Nak masuk rumah ni bukan calang-calang orang boleh akses, ada kod akses tau baru boleh bukak kotak kunci. Tapi memang, environment dalam rumah ni memang best, tersusun. Suami dah berangan dah jika kiranya ada rezeki rumah sendiri, nak buat susunan seperti rumah homestay yang kami diami ni.

Ruang Tamu Yang Minimal Dan Simple | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu
Bilik Tidur Utama Yang Sangat Luas | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu
Bilik Tidur Si Bujang | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu
Bilik Kedua Turut DIsediakan Seterika | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu
First Masuk Mesti Cari Toilet, Yes! Bersih Yang Amat | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu
Ruang Santai Bilik Bujang, Turut Menyediakan Sejadah | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu
Walau Dapur nampak Kecil, Tapi Sangat Tersusun | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu

Kenapa Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Selain Harga Berpatutan 

Bagi Cikza, ia menjadi pilihan sebab kemudahan akses yang sangat hampir dengan bandar Kuala Terengganu, hanya 5 minit dah sampai ke Payang, Tempat soping mak-mak tau. 2 minit nak ke Pantai Batu Buruk, 10 minit ke Masjid Terapung, Muzium Terengganu dan 15 minit ke Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal.  Dan yang menjadi tarikan utama kat sini adalah Draw Bridge Terengganu akses berhampiran pasar payang sahaja.

Drawn Bridge Adalah Salah Satu Tarikan Pengunjung Di Sini | Baiti Rizqi Homestay, Kuala Terengganu

Kebetulan, telekung Cikza tertinggal, jadi mujurlah Homestay turut menyediakan sepasang telekung untuk kegunaan pengunjung yang menginap di sini. Petunjuk arah kiblat turut di sediakan, Jadi tak perlu korang risau. Dan inilah salah satu tarikan utama Cikza suka menginap di homestay ni. Harga untuk satu malam RM 180 memang sangat berbaloi yang boleh memuatkan 8 – 10 orang. Kalau korang berminat nak menginap kat sini. Boleh tengok detail kat bawah ni. Apepun terima kasih tuan punya homestay, kami sekeluarga sangat puas hati.

Baiti Rizqi Homestay 

Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu
No Tel : 014-526 8787

Baiti Rizqi Facebook 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge