Tips Elakkan Terkena Jangkitan COVID-19 | Semakin hari, semakin meningkat pesakit yang disahkan positif Covid – 19 atau lebih di kenali sebagai Corona Virus Desease. Tapi segelintir masih ramai yang tidak ambil peduli tentang wabak tersebut. Macam Cikza seorang pesakit SLE yang mempunyai sistem imun yang lemah perlu penjagaan yang tinggi.

Sebenarnya Jangkitan COVID-19 ni boleh dielakkan jika kita mengikuti beberapa langkah yang wajib diambil tahu. Dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Adakalanya jika negara yang terkena wabak semakin tinggi, rata-rata ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut. Sebaiknya elakkan dahulu.

5 Tips Elakkan Terkena Jangkitan COVID-19

#1 – Selalu Mengamalkan Tahap Kebersihan Yang Tinggi 

Ini yang paling utama, kadang kita pergi kedai makan tu, biasa dekat sinki cuci tangan ada disediakan sabun, namun ada yang pandang sebelah mata, cukup sekadar bilas-bilas tangan lepastu dah. Tapi yakin ke tangan tu dah bersih bila cuci tanpa sabun. Kalau boleh cucilah sekerap mana pun, seandainya setelah melakukan kerja-kerja kotor seperti angkat barang berhabuk dan sebagainya. Hand sanitizer wajib menjadi sahabat baik ketika ni. Macam Cikza suka pakai yang brand Lifebuoy Immunity Boosting 99.99 germs tanpa air.

Penggunaan Hand Sanitizer Yang Kerap Boleh Mengelakkan Kuman Yang Ada Pada Tangan – Sumber Facebook

#2 – Jangan Pergi Ke Tempat Atau Negara Yang Disyaki Pembawa Covid-19

Ini yang selalu kita lihat, ada beberapa negara yang tidak digalakkan pergi, tapi ramai jugak yang tidak hiraukan keselamatan dan kesihatan diri. Jika dah beli tiket penerbangan sekalipun kita boleh dapat refund tapi perlu lalui beberapa step. Satu lagi bila ketika budak kecil bawah 3 tahun atau yang baru beberapa bulan lahir, seperti yang kita tahu tahap imun badan masih lemah lagi. Kalau boleh elakkan terdedah di tempat khayalak ramai atau ke premis yang terlalu sesak.

#3 – Sentiasa Pakai Penutup Hidung ( Wajib Ambil Tahu ) 

Ramai yang ambil lewa. Kadang memang ada penutup hidung yang mempunyai spec yang wajib kita ikut, Tapi tak kisah bagaimana spec pun, berwaspadalah. Macam Cikza ada dalam simpanan Penutup hidung yang jenis cotton tu rasanya itu pun boleh pakai sebagai langkah pencegahan. Boleh dicuci dan digunapakai semula.

Penggunaan Facemask – Sumber Facebook

#4- Elakkan Dari Memakan Sebarang Produk Haiwan Yang Mentah

Ramai yang suka makan daging haiwan yang masih mentah, tapi jaga-jaga tau, kalau boleh elakkan, harus elakkan buat sementara waktu. Atau daging yang tidak masak dengan sempurna. Kebiasaanya ada beberapa kedai di ibu negara yang ada jual hidangan sebegitu. Bukan apa kadang bakteria yang ada ni pun belum tentu hapus dengan jayanya.

Daging Mentah Yang Paling Popular Di Japan Dan Sewaktu Dengannya – Sumber Google

#5 – Segera Mendapatkan Rawatan 

Jika korang baru balik dari negara yang disyaki wabak, segeralah buat saringan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 berleluasa dengan luasnya. Atau korang yang rasa seperti demam, sesak nafas atau yang berjumpa dengan mereka yang ada jaringan wabak COVID-19 segeralah ke klinik atau hospital berhampiran untuk membuat saringan. Kadang ada sesetengah rakyat kita ambil benda tersebut sambil lewa. Kita boleh elak jika kita lakukan kesemua di atas.

 

Kaunter Saringan COVID-19 _ Sumber Facebook Farid Jasmin

 975 total views,  10 views today

3 thoughts on “5 Tips Terbaik Untuk Elakkan Terkena Jangkitan COVID-19”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge