Stadium Sultan Ibrahim Mercu Tanda Terbaru Johor Darul Takzim ( JDT )

Stadium Sultan Ibrahim Mercu Tanda Terbaru Johor Darul Takzim ( JDT ) | Sebelum terlambat, Cikza nak ucap tahniah sekalilag buat keluarga Diraja Johor. Malam tadi merupakan Majlis Perasmian mercu tanda Johor terbaru, Stadium Sultan Ibrahim. Siapa tak bangga jadi anak johor. Tahniah juga buat warga Johor.

Mercu Tanda JDT | Sumber Johor Southern Tigers

Dikhabarkan katanya sebagai stadium tersebut tersedia dengan kemudahan bertaraf dunia, jadi tidak hairanlah ramai yang tidak sabar melihat sendiri hasilnya. Malam tadi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim.

Memuatkan 40,000 Orang Dalam Satu Masa 

Jadi tidak hairanlah, Dengan kos RM200 juta, stadium tersebut boleh memuatkan 40,000 orang dalam satu masa. Betapa luasnya stadium tersebut. Satu hari, mesti Cikza akan sampai sana nanti. Dengan berkeluasan 28.3 hektar Stadium tersebut bakal menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin. Yang bagusnya, Tunku Ismail (TMJ) sendiri sentiasa memantau pembinaan stadium berkenaan demi memastikan kedudukan stadium ini menerima pencahayaan matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput.

Stadium Dalam Pembinaan | Sumber Johor Southern Tigers

Bukan Calang-Calang Stadium Bila Dapat Kelulusan Dari FIFA 

Reka bentuk stadium ni pun telah  mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden dan sisrtem bunyi yang canggih. Memang terlalu gah dan canggih. Dan setaraf dengan antarabangsa tau. Mungkin itu impian TMJ ingin letakkan Kelab JDT setanding dengan Kelab Bola Eropah.

Padang Yang Luas | Sumber Johor Southern Tigers

Perasmian Stadium Sultan Ibrahim Penuh Gilang-Gemilang 

Acara perasmian gilang-gemilang akan dilangsungkan malam ini, dengan penghibur antarabangsa, Leona Lewis akan membuat persembahan. Fuh! merecik habis tau. Cikza tertarik tengok 3 ekor ghimau yang duk bertenggek atas stadium tu, warna biru, merah dan putih itu warna rasmi tau katanya. Kalau korang nak tahu Dengan perasmian itu, JDT akan menggunakan stadium baharu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bermula menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super dan merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada 28 Februari 2020 ( Jumaat ) 

Empat Tonggak Utama Kelab JDT | Sumber Johor Southern Tigers Fecebook
Stadium Penuh Warna-Warni Kebanggaan Johor | Sumber Johor Southern Tigers Fecebook
Gah! Dan Gah! Mercu Tanda Johor Terbaru | Sumber Johor Southern Tigers Fecebook
Sultan Ibrahim Perkenan Untuk Merasmikan Stadium Sultan Ibrahim Malam Tadi | Sumber Johor Southern Tigers Fecebook
Kelihatan YM Che Puan Khaleeda Turut Hadir Majlis Perasmian Tersebut | Sumber Johor Southern Tigers Fecebook
YB Khairy Jamaluddin Pun Ada Tau! | Sumber Johor Southern Tigers Facebook
Stadium Sultan Ibrahim | Sumber Johor Southern Tiger

Untuk Kesini, Korang Boleh terus Waze je

Stadium Sultan Ibrahim,

Jalan Gelang Patah, 79200 Nusajaya, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge