Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati | Yang dimaksudkan Faraid adalah ketetapan, Tapi selain tu ia juga membawa maksud yang banyak seperti menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Tapi menurut istilah syara’ adalah pembahagian harta seorang islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya.
Harus diingat, sebenarnya tak semua layak diterima selain anak, isteri, suami, ibu dan lain-lain, menurut hukum islam. Tapi ada turutan siapakah yang layak sebenarnya menerima mengikut hukum. Jadi kita semua diharapkan jangan judge dari luar. Asbab disebabkan harta adik beradik boleh bergaduh, dan mereka yang di kalangan baik-baik pun boleh jadi sebaliknya. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan.
Rukun Faraid Yang Perlu Di Ketahui Terlebih Dahulu
Perlu di ambil kira adalah rukun faraid, supaya kita lebih jelas tentang pembahagian tersebut. Umumnya ramai yang belum mengetahui tentang rukun faraid ni. Jom kita tengok lebih jelas tentangnya :
- Ada Yang Mati
- Jika tiada yang meninggal, pembahagian secara faraid ini tidak berfungsi kerana tidak cukup syarat, Kematian hanya melibatkan ibu, bapa, isteri dan anak-anak lainnya
- Ada Harta Ditinggalkan
-
- Si mati meninggal dunia wajib mempunyai harta, kerana jika tiada harta, tiada apa yang boleh dibahagikan, Maka Faraid tidak boleh di laksanakan.
-
- Ada Waris DItinggalkan
- Jika sewaktu seseorang itu meninggal adalah yatim piatu dan tiada waris, tidak di wajibkan faraid. Ia hanya terpakai untuk mereka yang mempunyai waris sahaja.
Jenis Harta Yang Di Faraid
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang di tinggalkan setelah di tolak semuanya seperti dari segi pengurusan jenazah, hutang pewaris, ( zakat, nazar dan lain-lain) dan wasiat yang di benarkan dalam bentuk syara’. Bentuk harta yang boleh di bahagikan secara faraid adalah terbahagi kepada dua :
- Harta Tak Alih
- Tanah Dan Bangunan ( Rumah )
- Harta Alih
- Wang Simpanan Arwah
- Saham-saham yang di laburkan
- KWSP yang di carumkan
- Tabung haji simpanan arwah
- Insuran & Koperasi
- Barang-barang kemas dan seumpanya.
Waris Yang Layak Menerima Harta Pusaka
Ini ramai yang tertanya-tanya tentang siapa yang layak atau tidak. Sumber yang Cikza perolehi adalah sahih dan maaf sekiranya tersalah, cecepat maklum kepada Cikza untuk perbetulkan. Hakikat sebenar tak semua yang layak menerima harta pusaka yang ditinggalkan. Hanya sebahagian sahaja yang akan mewarisi harta si mati, sekiranya masih hidup. Telah juga di tetapkan bahawa hanya 25 golongan sahaja yang layak untuk menerima harta si mati :
Terdapat lagi beberapa pecahan bagi pembahagian harta yang ditinggalkan wajib kita semua ambil tahu. Gambaran pecahan yang wajib kita tahu, ini mungkin dapat menyelesaikan beberapa perkara yang rumit ketika ini.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan Sijil Faraid Di Mahkamah Syariah
Sebelum membuat tuntutan, adalah lebih baiknya kita selidik dahulu siapa sebenarnya yang layak, agar di kemudian hari waris kita tidak berasa susah untuk meneruskan kehidupan. Dan proses tersebut bukan mengambil masa 1 hari untuk siap semuanya, tapi mengambil masa memerlukan untuk siasatan keseluruhan. Antara beberapa dokumen yang diperlukan :
- Borang Permohonan Yang Lengkap ( Boleh di dapati di Website E-Syariah )
- Salinan Sijil Si Mati Atau Surat Akuan Lengkap
- Salinan Kad Pengenalan Waris-Waris, Sijil Kelahiran atau Surat Akuan
- Salinan geran harta / Buku Akaun / Penyata
- Sijil Nilaian Harta ( Jika Ada )
- Wang Proses mengikut nilai penuh harta pusaka.
Sumber : Website E-Syariah
Kesan Tidak Melaksanakan Faraid Dalam Kehidupan
Dan bagimu (para suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh istri-istrimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika istri-istrimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar utangnya. Para istri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para istri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar utang-utangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (Surah an-Nisa ayat 12)
Wajib laksanakan pembahagian ni, sekiranya masih ada waris. Sebab terkadang kita dapat melihat, kerana harta yang banyak ditinggalkan ni boleh bergaduh sedara mara tau. Jika tidak dilaksanakan atau diabaikan pembahagian tersebut dengan menggunakan sistem faraid ini. Di khuatiri akan terjadi beberapa perkara seperti Memakan harta anak yatim, Memakan harta saudara mara dan Memakan Harta Baitulmal.
Sumber Rujukan :